Ariel Farrel mengambil air mineral dan susu kotak kecil untuk adik kesayangannya. Alang-alang dah singgah 7E, belilah susu untuk Aliyana. Lagipun, Aliyana peminat susu Dutch Lady. Walaupun dia dah besar. Dah 17 tahun dah. Muda setahun aje dari Ariel.Ariel kemudiannya bergerak ke arah kaunter untuk membayar kedua-dua minuman tersebut.
Seusai membayar, dia mengambil kedua-dua minuman itu lalu disimpan ke dalam beg galas hitamnya. Kemudian, Ariel keluar daripada 7E itu.
Dia baru sahaja habis kelas. Lepas solat dekat masjid tadi, dia terus singgah 7E.
Sedang dia berjalan di laluan pejalan kaki, dia terdengar suara-suara manusia yang sedang bising di lorong gelap berdekatan. Ada juga kedengaran suara seseorang yang menjerit meminta tolong dan meraung kesakitan.
Sempat Ariel berhenti seketika di sekitar lorong itu. Selepas beberapa saat, dia kembali meneruskan perjalanan. Tak berminat nak tolong.
" ARGH! "
Tapi, suara yang seringkali meraung sakit itu buatkan Ariel tak senang hati. Mendengar raungan lelaki itu, dia jadi teringat akan nasib dirinya yang sering meminta papanya agar berhenti memukulnya.
Namun, papa tetap tak berhenti pukul, malahan semakin kuat dia memukul Ariel.
Ariel mengambil keputusan untuk menolong orang malang itu. Dia masuk ke dalam lorong gelap tersebut. Selepas beberapa tapak berjalan, kornea mata sudah melihat siapa yang mencetuskan masalah di lorong itu.
" Lepaskan dia," suara dingin Ariel Farrel menghentikan situasi di situ. Si mangsa dan tiga orang samseng itu terus sahaja memandang Ariel Farrel.
" Kau siapa nak arah kami? Sampah macam kau, tak layak tahu arah kitorang? Layak jadi punching bag kitorang aje! HAHA! " mereka bertiga tergelak sakan. Namun, Ariel kekal berwajah dingin dan tak membalas apa-apa.
" Aku kata, lepaskan dia,"
" Kalau tak nak? Nak bantai kitorang? Meh ah! " ujar si ketua samseng dengan nada mengejek.
" Jangan buat aku ulang benda sama," tegas Ariel. Mata kelabunya menikam tiga orang samseng jalanan tersebut. Tangan terus menggenggam kemas sebatang kayu yang tersandar pada dinding.
" Meh lah! Pengecut lah! Kata nak lawan?! HAHAHA "
" Aku kata, lepaskan dia!! " seraya itu, kayu panjang itu dilempar tepat kepada tiga orang samseng itu.
BAM!
Tak cukup dengan itu, dua kayu yang berpaku diambil Ariel lalu dibaling sekali lagi kepada samseng - samseng itu.
BAM! BAM!
" ARGH! " lelaki yang bertatu di lehernya menjerit kesakitan saat paku panjang pada kayu yang dibaling Ariel menusuk masuk ke dalam kakinya. Mereka bertiga jatuh menyembam lantai.
" Tak guna!! "
Membulat matanya apabila Ariel sudah mendekatinya.
BUK! BUK! BUK!
Tumbukan padu mengenai wajah lelaki itu. Kuat bunyinya hinggakan bunyi retak pada tulang hidung ketua samseng itu kedengaran. Ngeri sungguh bunyinya. Sehinggakan si mangsa pun memejam matanya daripada melihat adegan ganas itu.
BAK! PRAK!!
Tak cukup dengan tumbukan, tendangan dan sepakan pula yang dilepaskan Ariel.
Ariel kemudiannya berdiri tegak. Nafasnya turun naik. Lelah.
" L..Lari! " tiga orang samseng itu cabut lari tanpa sempat Ariel Farrel menyambung tumbukannya.
" Tsk," Ariel Farrel memandang luka yang terhasil pada jarinya kerana menumbuk samseng tadi. Dia kemudiannya menghelas nafas kasar. Kenapa dia perlu bersusah payah hanya untuk orang yang tak dikenali?
" Danish!! " si mangsa yang hanya diam memerhati sejak tadi menoleh saat namanya dipanggil seseorang. Bibir mengukir senyuman nipis apabila tiga orang sahabatnya sudah tiba untuk menyelamatkannya.
" Kau! Itulah kau! Cari pasal lagi! Kan dah kena macam ni!! " sahabat si mangsa memarahi jejaka itu. Dia pula hanya tersenyum kekok mendengar leteran daripada sahabatnya.
Mereka bertiga terus mengalihkan perhatian kepada Ariel apabila jejaka itu mengambil beg galasnya yang terjatuh di atas lantai. Beg itu digantung pada bahu kanannya. Dia berpaling, memandang ketiga-tiga jejaka tampan itu dengan pandangan kosong.
Tanpa membuang masa, Ariel berjalan melintasi mereka bertiga. Namun, belum sempat dia beredar sepenuhnya. Tangannya kembali ditarik oleh seseorang. Ariel terundur beberapa tapak ke belakang. Lantas dia berpaling semula untuk memandang gerangan yang menariknya. Rupanya, dia adalah orang yang Ariel selamatkan tadi.
" Terima kasih, sebab selamatkan aku," Ariel balas dengan gumaman.
" Aku Danish Darien! Kau? " soalnya laju. Gementar. Tapi, demi buat Ariel jadi kawannya, dia sanggup buang gementar dia tu.
" Tak penting," balas Ariel Farrel mendatar sebelum dia berpaling untuk kembali berjalan. Namun, sekali lagi dia ditarik Danish Darian.
" Penting! Kau penyelamat aku, jadi mulai hari ini, kita kawan! " Ariel memandang Danish mendatar. Tak pernah seorang pun yang sudi berkawan dengan dia memandangkan semua orang menganggapnya menggerunkan dan kejam. Mungkin juga psiko. Itu semua kerana sifat Ariel yang dingin, pendiam dan mulut berbisa.
Ariel menarik pergelangan tangannya kuat. Sakit tahu? Dah lah ada luka baharu.
" Semua orang tak nak berkawan dengan aku. Jadi, jangan buat macam kau nak berkawan dengan aku,"
" Tapi, aku betul-betul na-- " kata-katanya dipintas Ariel Farrel tanpa sempat dia menghabiskan ayat.
" Jangan menyibuk. Kau buat kerja kau, aku buat kerja aku. Simple," nada Ariel sungguh menggerunkan hati mereka berempat.
Akhirnya, Danish Darien hanya membiarkan Ariel Farrel pergi meninggalkan mereka. Dia kemudiannya hela nafas kecewa. Dia gagal buat Ariel jadi kawan.
" Bukan ke dia sekelas dengan kita? Pendiam, dingin, and ada orang kata dia kejam. Siapa ya nama dia? " jejaka beriris hitam pekat buat gaya memikir.
" Tak silap aku... Ariel.. Ariel Farrel. Yes! Ariel Farrel!! " ujar jejaka beriris
hijau zamrud pula." Apa pun, kita kena jadikan dia kawan kita! Aku rasa, dia taklah macam yang kita sangka," ujar Danish Darien dengan penuh keyakinan. Mereka berdua mengangguk kecil. Bersetuju dengan pendapat sahabat mereka.
𝒴. 𝒮𝒽𝒶
YOU ARE READING
𝐃𝐈𝐀 | ℂ
Akcja( 𝙲𝚘𝚖𝚙𝚕𝚎𝚝𝚎𝚍 ) Dikenali dengan sifatnya yang dingin bak salju. Tak pernah kata-kata nya tidak menyakitkan hati. Semua yang keluar dari mulutnya, semua berbisa. Menusuk ke dalam kalbu. Iris kelabu cerahnya selalu sahaja menikam tajam orang-or...