" Abang~ " meleret Aliyana memanggil Ariel. Ariel menggumam kecil sambil tangannya menarik selimut supaya tubuh adiknya tak kesejukan." Yana.. macam pernah jumpa abang Aisy," kata Aliyana sambil memandang tepat anak mata kelabu cerah abangnya. Ariel terkedu. Aliyana.. masih ingat?
" Dah lah. Yana tidur. Dah lewat ni, nanti esok bangun lambat pula. Terlepas subuh jangan salahkan abang pula," usik Ariel. Walaupun Aliyana tak terbangun waktu Subuh nanti, dia akan bangunkan. Bukannya dia biar adiknya terlepas waktu solat. Solat itu kan wajib.
Aliyana mencebik kecil. Dia kemudiannya akur. Mata dipejam rapat sambil tangan mulusnya itu menarik lengan Ariel untuk dipeluk.
Ariel tersenyum kecil. Ini kalau dah dipeluk, kena tunggu Aliyana terlena dulu lah baru dia boleh pergi tidur.
PRANG!
Ariel tersentak daripada tidurnya. Apa pula yang bunyi tadi tu? Ariel turun dari katil dan membuka pintu bilik.
Daripada bilik, dia melihat papanya mengambil satu serpihan kaca pasu bunga dan kemudiannya dia menaiki tangga. Yang pasti, Avriel menuju ke arah bilik Ariel.
Jantung Ariel berdegup kencang.
" ARIEL FARREL! " panggil Avriel kuat dan tegas. Sebaik sahaja melihat kelibat Ariel di muka pintu, Avriel terus menarik Ariel keluar.
" Pa! Papa!! " meraung Ariel apabila dia ditarik kuat oleh Avriel sebelum dia dilemparkan ke bawah melalui tangga. Ariel tak sempat berbuat apa, tubuhnya jatuh ke tingkat bawah.
Dia mendesis kecil apabila kepalanya rasa sakit. Mungkin kerana terhantuk pada anak tangga.
" P.. Pa.. Kenapa? A..Apa salah Ariel? " soal Ariel lemah. Avriel diam merenung tajam anak terunanya.
" Kau tak jaga adik kau betul-betul! Kau buat anak aku demam panas, Ariel Farrel!! " memetir suara Avriel. Ariel terkedu. Aliyana.. demam?
" Yana.. demam? "
" Jangan buat-buat tanya, sial! Kau punca dia masuk hospital!! "
ZAP!
Serpihan tajam pasu bunga dilemparkan pada Ariel. Hasilnya, serpihan itu menusuk ke dalam perutnya. Ariel memejam matanya. Dia terbaring lemah di lantai.
" Pa.. " Ariel menatap kabur kelibat Avriel yang sedang menghampirinya. Lelaki itu bertindak menyepak perutnya dengan kuat. Sehinggakan Ariel berganjak ke belakang.
" Tak habis-habis menyusahkan aku lah! " tempik Avriel sebelum dia keluar daripada rumah itu. Membiarkan Ariel menanggung sakit sendirian di situ.
Ariel bangun. Dia berusaha menyandarkan tubuhnya di dinding. Serpihan kaca yang menusuk dalam perutnya dicapai sebelum perlahan-lahan dia mencabutnya. Kepala ditoleh ke arah lain semasa mencabut kaca itu. Bibir bawahnya digigit kuat.
Sakit, Ya Allah.
Air mata mengalir jua. Dia tak sekuat itu untuk tidak menangis pada saat begini. Teresak-esak dia menangis sendirian di situ. Tubuh badannya terasa sakit, kebas.
Dia tiada sesiapa untuk dihubungi.
Tetapi, ada seseorang.
Ariel menggeleng kecil. Dia tak nak menghubungi orang itu. Dia takut. Dia takut orang itu akan memarahi dia.
Tetapi, dia tiada cara lain. Kalau dia tidak menghubungi sesiapa, dia berkemungkinan akan mati sendirian di situ kerana kehilangan darah. Kepalanya juga terasa amat pening sekarang.
Sakit di tubuh badan jangan dikata. Sangat menyeksakan.
Ariel capai telefonnya dari dalam kocek. Kali ini sahaja dia akan meminta tolong.
" Hello? " suara garau di sebelah sana kedengaran. Mungkin bingung siapa yang menghubungi malam-malam ini.
" A.. Aisy.. " suara di balik sana terdiam.
" A.. Ariel? Kau ke tu? "
" T.. Tolong.. a..ku, bo..leh? Sa..kit sa..ngat Aisy," pinta Ariel lemah. Dia benar-benar kesakitan sekarang.
" Kau dekat rumah kan? Aku on the way! Jangan letak telefon,"
" Oi Aisy. Kau nak pergi mana tu?! " Kedengaran suara Danish Darien yang menegur Aisy Eidlan.
Namun, berkemungkinan Aisy menghiraukan Danish.
" Aisy.. a..ku.. tak.. su..sah..kan kau.. kan? " dalam sakit, Ariel tetap menutur kata.
" Tak, Ariel. Berhenti bercakap! Tunggu aku," kedengaran suara Aisy Eidlan di sana bergetar menahan tangisan.
Ariel tersenyum kecil. Rindunya dia ingin bersahabat dengan Aisy Eidlan. Seperti dahulu.
" Aisy.. "
" A..ku ra..sa macam.. nak.. ma..ti,"
" Diam Ariel Farrel! " Ariel tersenyum. Aisy.. masih risaukan dia ya?
" A..isy.. a..ku.. rin..du k..au y..ang du..lu," Aisy di seberang sana terus menitiskan air mata.
" Bodoh. Bodoh kau Ariel. Kenapa? Kenapa kau masih harapkan aku yang dulu? Bodoh kau Ariel Farrel! " Ariel tersenyum perit. Dia memejam matanya rapat.
" Ta.. pi, ke..na..pa ka..u ting..gal..kan aku ma..lam tu? "
" Maaf. Aku minta maaf, Ariel. Aku bodoh masa tu,"
Ariel terbaring di atas lantai itu. Lantai simen itu dipenuhi dengan darah merah pekat milik Ariel. Dia sekarang fikirkan adiknya. Bagaimana keadaan Aliyana di hospital? Ariel risaukan Aliyana. Tapi, mungkin tak perlu risau. Sebab Avriel ada untuk menemani Aliyana. Avriel pasti tidak akan balik beberaoa hari kerana menjaga Aliyana di hospital.
Ariel pula akan dibiarkan sahaja di rumah sepanjang tempoh itu. Lantak kau lah, nak mati ke nak bunuh diri ke, tak kisah.. bak kata Avriel.
" Ariel? Kau dengar? " Ariel diam. Samar-samar dia mendengar suara Aisy sebelum dia akhirnya hilang kesedaran diri. Semuanya jadi gelap. Darah merah pekat semakin mengalir di lantai. Hanyir rumah sunyi itu dengan darah segar tersebut.
Tapi, tiada siapa yang tahu kejadian itu.
Tiada.
𝒴. 𝒮𝒽𝒶
YOU ARE READING
𝐃𝐈𝐀 | ℂ
Azione( 𝙲𝚘𝚖𝚙𝚕𝚎𝚝𝚎𝚍 ) Dikenali dengan sifatnya yang dingin bak salju. Tak pernah kata-kata nya tidak menyakitkan hati. Semua yang keluar dari mulutnya, semua berbisa. Menusuk ke dalam kalbu. Iris kelabu cerahnya selalu sahaja menikam tajam orang-or...