Bunyi mesin jantung di wad persendirian itu bergema di dalam bilik luas tersebut. Langsir yang menutupi tingkap besar dibuka oleh nurse yang bertugas.Seusai pemeriksaan daripada doktor, Aisy, Fahmi dan Danish pula yang masuk ke dalam ruangan tersebut. Wajah pucat dan tak bermaya Ariel ditatap mereka.
Aisy duduk di birai katil Ariel. Mangkuk bubur dicapai lalu dia menyua satu sudu bubur untuk Ariel. Ariel menggeleng.
" Makan, Ariel Farrel," ujar Aisy tegas. Ariel akur. Jika Aisy sudah tegas, dia tak boleh membantah.
Selepas suapan ketiga, Ariel menggeleng lagi. Aisy akur. Dia letakkan mangkuk di atas meja.
" Kau gila ke Ariel? " Ariel pejam matanya rapat. Sudah agak dia akan dibebel sebegini.
" Kalau kau mati macam mana? Cuba kau fikir sikit! " ujar Aisy dalam nada menahan amarah. Bengang juga dia apabila Ariel dalam cubaan membunuh diri. Mujur sahaja dia sempat menyelamatkan Ariel malam semalam.
Ariel menunduk. Tangannya meramas sesama sendiri. Bibir bawahnya digigit perlahan. Air matanya mengalir jua. Tubuh badannya bergetar kecil.
Aisy rasa bersalah namun amarah menguasai dirinya. Dia betul-betul risau dengan Ariel. Ariel buat kerja gila! Kalau dia mati?
" Aisy. Sudahlah," ujar Danish lembut. Dia turut sedih jika Ariel sedih.
" Erm.. kitorang pergi beli makanan kejap," ujar Fahmi saat melihar situasi tegang itu. Dia tak mahu Ariel semakin dimarahi jika mereka berdua masuk campur.
Apabila mereka berdua sudah keluar, Aisy mengeluh kecil. Tubuh sahabatnya itu ditarik masuk ke dalam pelukan. Belakang kepala Ariel diusapnya lembut.
" Dah. Aku minta maaf sebab marah kau. Aku cuma risaukan kau," semakin kuat esakan Ariel kedengaran di bilik wad itu.
Beberapa minit kemudian, esakan dan tangisan Ariel sudah reda. Aisy meleraikan pelukan. Mata merah dan wajah sembab Ariel dipandangnya lucu. Comel.
Aisy mengesat sisa air mata di pipi Ariel dengan lengan bajunya. Aisy tergelak kecil. Comel betul budak ni.
" Jangan lah gelak," ujar Ariel perlahan dengan sisa esakannya. Hidungnya yang memerah buat Aisy tersenyum kecil.
" Tak. Kau comel sangat lah. Baik jadi anak aku je lah kau ni,"
PAK!
Ditolak kuat tubuh Aisy sehingga Aisy terjatuh ke lantai. Aisy mengaduh sakit. Sakit woi punggung aku!
" Aku tak comellah! " berkerut dahi Ariel berkata. Aisy menjungkit bahu. Katalah apa pun, Ariel tetap comel.
KTAK!
" Abang!! " tubuh tegap Ariel terus dipeluk oleh Aliyana sebaik sahaja dia masuk ke dalam. Ariel terkejut namun beberapa saat selepas itu, dia membalas dakapan Aliyana.
" K.. kenapa abang selalu buat Yana risau? Kalau abang.. mati semalam.. Yana tak tau apa yang akan jadi dengan Yana," esakan kecil kedengaran di ruangan tersebut. Aliyana dah mula menangis.
Ariel hanya mendiamkan diri. Dia memejam matanya buat seketika. Perlahan-lahan air matanya kembali mengalir. Dia tahu dia salah. Dia lupa akan satu perkara.
YOU ARE READING
𝐃𝐈𝐀 | ℂ
Acción( 𝙲𝚘𝚖𝚙𝚕𝚎𝚝𝚎𝚍 ) Dikenali dengan sifatnya yang dingin bak salju. Tak pernah kata-kata nya tidak menyakitkan hati. Semua yang keluar dari mulutnya, semua berbisa. Menusuk ke dalam kalbu. Iris kelabu cerahnya selalu sahaja menikam tajam orang-or...