TOK TOK!" Masuk," arah profeser Nadia. Wanita itu meletakkan bukunya di atas meja.
" Kenapa kamu lamb-- " profeser Nadia terdiam saat melihat wajah lebam Ariel. Walaupun Ariel dah tutup lebam tu sikit, tetap sahaja wanita itu dapat lihat. Matanya tajam.
" Ariel? Kenapa dengan muka kamu? " Ariel membatu. Dia dapat rasakan semua orang tumpukan perhatian kepadanya.
" T.. Tak. Tak ada apa. S.. Saya terjatuh prof," terang Ariel tak jujur. Profeser Nadia diam merenung Ariel. Dia tahu jejaka itu tidak jujur. Tapi, dia tak mahu bertanya hal peribadi lelaki itu. Tahu Ariel tak mahu beritahu.
" Kalau macam tu, cepat duduk," Ariel mengangguk sekali. Dia berjalan ke arah tempat duduknya yang berada di atas sekali dan merupakan duduk yang paling belakang. Kelas mereka tempat duduknya bertingkat seperti wayang. Papan putih pula sangat besar. Sapa tak nampak lagi tu kena pergi cek matalah solusinya.
Seusai melabuhkan punggung, Ariel mengeluarkan buku nota dan alat tulis untuk menyalin apa yang diajar profeser Nadia. Sibuk Ariel fokus pada profeser itu sehingga tidak sedar ada mata yang memerhati.
" Something wrong with him," kata Danish Darien perlahan kepada Fahmi Zariel. Fahmi mengerling Ariel sekilas sebelum dia mengangguk setuju.
" Dia macam kena.. pukul je," ujar Fahmi. Danish angguk setuju.
" Oi. Fokus," celah Aisy Eidlan tegas. Mereka bertiga terus menumpukan perhatian kepada pengajaran profesor Nadia. Jangan buat main dengan Aisy, sekali dia serius, memang kau kena dengar cakap dia. Kalau tak, say goodbye to the world.
Habis sahaja kelas panjang mereka bersama profesor Nadia, mereka semua keluar untuk berehat selama dua jam itu. Niat Ariel untuk ke kedai berdekatan terbantut apabila hujan turun dengan lebat. Bukan tak boleh dia redah hujan tu cuma, dia ada sebab tertentu.
Jadi, Ariel ambil keputusan untuk tetap di kelas dua jam itu. Ariel hanya membaringkan kepalanya di meja dengan earphone yang disumbat ke dalam kedua-dua belah telinga. Lagu kegemarannya dipasang kuat sehinggakan dia langsung tidak dengar bunyi rintikan hujan lebat.
Kurang sedikit gementar di hati.
Sedar tak sedar, dua jam sudah berlalu dan kelas diteruskan dengan ajaran daripada profeser Iskandar.
Dua jam lagi sudah berlalu dan kelas mereka semua juga tamat sepenuhnya. Pelajar-pelajar bergerak keluar daripada kelas untuk pulang ke rumah masing-masing. Hujan masih belum berhenti, cuma ianya tidaklah lebat seperti tadi.
Ariel memandang datar Danish, Aisy dan Fahmi yang menghalang laluannya. Nafas dihelas kasar.
" A. Ri. El! " teruja Danish Darien menyebut satu persatu nama Ariel.
" Jom keluar makan! " ajak Fahmi Zariel terus terang. Ariel diam seketika sebelum menggeleng perlahan.
" Aku ada hal," dalih Ariel kemudian berlalu meninggalkan mereka bertiga. Namun, mereka tak mengalah. Ariel diekori mereka daripada belakang sambil kedengaran ajakan dan celoteh daripada mereka. Semua gara-gara ingin mengajak Ariel makan bersama.
" Ariel~~ Jomlah," ajak Aisy Eidlan pula. Ariel pejam matanya menahan sabar.
Kaki menjejak keluar daripada pagar universiti. Hujan masih belum berhenti jadi, Ariel hanya berdiri di tepi luar pagar universiti itu. Nanti hujan dah reda dia baliklah.
" Ariel... Jom-- "
" Abang!! " Ariel pantas menoleh saat suara comel itu memanggilnya. Membulat matanya melihat figura yang sedang berlari ke arahnya. Dengan baju tidur putihnya. Dah lah tak pakai selipar!
Terkebil-kebil mereka bertiga memandang gadis comel itu. Tak bertudung. Freehair. Gadis itu putih melepak. Anak matanya kelabu gelap dan rambut panjangnya juga unik. Berwarna kelabu asap sama seperti Ariel. Senang kata, gadis itu persis Ariel.
" Aliyana! " Ariel berlari mendapatkan Aliyana lalu menarik gadis itu supaya berlindung di tempat yang mempunyai atap. Jantungnya berdegup kencang. Dahinya juga berkerut risau. Namun, lain pula dengan Aliyana. Gadis itu tersenyum gembira.
" Yana buat apa dekat sini, sayang? Kenapa tak pakai selipar? Baju sejuk pun tak pakai! " Aliyana tersenyum menampakkan barisan gigi putihnya.
Ariel tanpa membuang masa terus membuka hoodie nya daripada badan dan disarungkan pada badan kecil Aliyana. Kasut sukannya juga dicabut dan disarungkan pada kedua-dua belah kaki Aliyana. Walaupun besar, tak apalah. Janji berkasut.
Kemudian, tubuh kecil Aliyana ditarik masuk ke dalam pelukan. Nafas dihela kecil. Aliyana pula masih tersenyum. Dia suka dapat jumpa abang kesayangan dia! Aliyana memeluk erat pinggang abangnya itu. Pipi kirinya disembamkan pada dada bidang Ariel.
Dihiraukan sahaja pandangan hairan orang yang lalu lalang dan empat jejaka yang memerhati sejak tadi.
" Kenapa Yana keluar? Yana buat abang risau tahu? Nanti demam macam mana? " kepala Aliyana diusap sayang. Sungguh dia risaukan Aliyana saat ini. Sudahlah tubuh badan Aliyana mudah jatuh sakit. Nanti kena demam panas macam mana?
" Hehe," Aliyana tergelak kecil. Dia suka bila Ariel risaukan dia. Rasa disayangi.
" Tadi hujan lebat, Yana risaukan abang. Yana takut trauma abang datang. Yana keluarlah cari abang! Abang jangan marah, ya? Nanti cepat tua," Ariel menggeleng kecil. Mana ada dia marah. Dia cuma risau. Perangai Aliyana ni susah dijangka, nakal betul.
Aliyana kemudiannya menongkat dagu pada dada bidang Ariel. Mendongak kepalanya ingin melihat wajah Ariel yang lebih tinggi darinya itu.
" Abang ok? " Ariel angguk.
" Ok. Lain kali jangan buat macam ni lagi ya? Walau apa pun jadi, jangan keluar macam ni lagi. Faham, Aliyana? " Aliyana tersenyum kecil sebelum mengangguk.
" Sorry, abang," Aliyana kemudiannya menyembamkan pipi kanannya pada dada Ariel. Kornea mata dihiasi dengan wajah-wajah tampan tiga jejaka itu. Terus senyuman dilebarkan untuk mereka berempat. Pelukan dileraikan secara mengejut. Ariel pandang Aliyana hairan.
Aliyana tuding jari pada ketiga-tiga jejaka itu sebelum memandang Ariel.
" Kawan abang ke?! Abang dah ada kawan? " Ariel nampak keterujaan dari dalam mata Aliyana. Ariel tak sanggup nak kata jujur. Nanti Aliyana sedih.
" Y.. Ya," Aliyana semakin tersenyum. Ariel melihat sahaja tingkah adik perempuannya itu.
" Hai! Nama saya Aliyana Fashadatul! Saya adik kesayangan abang! Semua orang panggil saya Yana. Abang saya suka panggil saya angle sebab saya comel! Jaga abang saya elok-elok ya? Terima kasih! " Danish, Aisy dan Fahmi tersenyum kekok pada Aliyana. Kenapa gadis ini ramah sangat? Kekok mereka jadinya. Nasih comel.
" Nama abang, Danish. Panggil Nish pun boleh,"
" Abang pula, Fahmi! Ini Aisy! " Aliyana tersenyum-senyum melihat jejaka-jejaka tampan di hadapannya.
" Abang Nish, abang Mi dan abang Aisy! Yay! Yana dah ada kawan! " Aliyana senyum lebar. Ariel menatap kosong tingkah adiknya.
" Yana. Jom balik? " Aliyana kembali murung. Dia memandang abangnya tak puas hati.
" Tapi, Yana tak nak balik," ujar Aliyana perlahan. Ariel diam. Tangan naik mengusap kepala Aliyana.
" Nanti abang bawa Yana jalan-jalan. Kita balik ok? Abang takut Yana demam," Ariel berkata lembut.
" Janji? " Ariel mengangguk.
" Janji sayang," Aliyana tersenyum suka.
" Jom balik! " Tangan Ariel ditarik Aliyana.
" Careful, angle! "
" Bye abang-abang hensem! Yana balik dulu! " laung Aliyana sambil melambaikan tangan pada Danish, Fahmi dan Aisy.
𝒴. 𝒮𝒽𝒶
YOU ARE READING
𝐃𝐈𝐀 | ℂ
Acción( 𝙲𝚘𝚖𝚙𝚕𝚎𝚝𝚎𝚍 ) Dikenali dengan sifatnya yang dingin bak salju. Tak pernah kata-kata nya tidak menyakitkan hati. Semua yang keluar dari mulutnya, semua berbisa. Menusuk ke dalam kalbu. Iris kelabu cerahnya selalu sahaja menikam tajam orang-or...