Setelah lama berlari, akhirnya dia tiba di tempat abang sulung dan kawan-kawannya berkumpul. Nafasnya kencang. Peluh menitik keluar.Hampir sahaja dia jatuh ke lantai namun sempat ditahan Axiel. Di saat ini, dia rasa lemah yang teramat.
" Yana? " Axiel diam sebelum dia menggeleng kecil.
" El.. sabar," ujar Axiel lalu membawa Ariel ke tempat duduk. Aisy, Fahmi dan Danish hanya memerhati. Kasihan dengan nasib dua beradik itu.
" Papa.. tahu? " Axiel mengangguk.
" Papa kata kejap lagi lagi dia sampai," ujar Axiel. Ariel mengangguk kecil.
" Apa jadi? " soal Ariel perlahan. Axiel, Aisy, Fahmi dan Danish diam. Sebenarnya, mereka juga tak faham apa yang terjadi.
" Accident. Ada kereta langgar dia. I don't want to say that.. it is an accident because.. kejadian dia bukan macam kemalangan. But it's like dah dirancang. Lampu jalan dah banyak yang terbuka. Tak akan si pemandu tak nampak Yana ada dekat situ? Nak kata mabuk, dia memandu macam orang normal. Boleh kata, langgar lari," terang Axiel panjang lebar berdasarkan apa yang disiasat oleh anak buahnya tadi.
Ariel diam. Siapa? Kenapa?
" Yana? Ok? " soal Ariel perlahan. Hancur juga hatinya saat menerima khabar bahawa adiknya kemalangan.
Axiel menunduk. Lidahnya bagai terkelu.
" Doktor sahkan kaki Yana lumpuh," celah Aisy Eidlan. Membantu Axiel.
Ariel terkedu. Lum..puh?
" Allah," ucap Ariel perlahan. Sungguh dia terkejut tak kepalang." El balik bilik El. Along boleh jaga Yana. Apa-apa along bagitahu El okay? " Ariel menggeleng laju.
" Tak nak. El nak jaga Yana. El nak jumpa Yana! " bantah Ariel tegas.
" El. Listen to me! You're sick and you need rest. Kalau El tak nak dengar cakap along, El jangan jumpa Yana," hati Ariel bagai direntap.
" Aisy. Tolong bawa dia balik bilik," pinta Axiel kepada Aisy. Aisy pula hanya mengangguk.
" El! Ariel! " panggilan itu buat Ariel tersedar dari lenanya. Dia tertidur selepas puas menangis ditemani Aisy tadi. Dia terlalu takut kehilangan Aliyana. Sebab itulah dia mahu menjaga Aliyana tadi namun Axiel pula yang menghalang.
" Bangun! " Ariel hairan namun diikut juga suruhan itu. Baru dia sedar, ada bunyi siren di hospital tersebut. Kuat. Di luar juga terdengar suara kecoh orang-orang.
" Kenapa ni? " iris kelabu cair itu bertembung iris unik Aisy.
" Jom! Ada bom jangka masa dalam hospital ni. Kita kena keluar. Cepat!! " tanpa sempat membalas, tangannya sudah direntap Aisy. Lantas Aisy membawa Ariel keluar daripada bilik wad.
Ariel sempat melihat kelibat Fahmi dan Danish di luar wad. Ariel kemudian berpaling ke belakang.
" Yana! Yana mana? Along?? " soal Ariel cemas.
" Abang Axiel dekat luar sejak sebelum kebakaran ni bermula. Aliyana.. aku tak tahu," terang Aisy sambil menarik tangan Ariel. Jantung Ariel berdebar kencang. Dia risau. Jikalau Aliyana masih tak keluar?
YOU ARE READING
𝐃𝐈𝐀 | ℂ
Action( 𝙲𝚘𝚖𝚙𝚕𝚎𝚝𝚎𝚍 ) Dikenali dengan sifatnya yang dingin bak salju. Tak pernah kata-kata nya tidak menyakitkan hati. Semua yang keluar dari mulutnya, semua berbisa. Menusuk ke dalam kalbu. Iris kelabu cerahnya selalu sahaja menikam tajam orang-or...