TOK TOK TOK!Pintu utama diketuk bagai nak roboh. Tergesa-gesa Avriel ke pintu dan membuka pintu tersebut. Saat pintu dibuka, dia terkedu sendiri di tempatnya.
Lelaki berambut panjang di hadapannya selamba masuk ke dalam rumah Avriel dan melabuhkan duduk di sofa ruang tamu. Kedua-dua belah tangannya berada di dalam poket seluar.
" K.. kau buat apa dekat sini? " gagap Avriel menyoal. Lelaki berambut panjang itu memandang Avriel kosong.
" Dah seminggu Avriel. Mana duit aku? " soal lelaki itu terus terang. Dia sudah bangun daripada sofa dan berdiri menghadap Avriel yang masih tercegat di muka pintu.
" B.. Bagi aku seminggu lagi. Tolonglah! " Lelaki itu tergelak sinis. Terhibur.
" Aku bagi kau sebulan, kau minta lagi sebulan. Aku bagi seminggu, kau minta lagi seminggu. Dah bagi betis nak paha. Bodoh," maki lelaki itu selamba.
" Dengar sini, malam ni aku tak terima duit aku, anak kau yang akan mati. Faham? " Avriel terdiam sendiri di tempatnya. Namun, wajahnya masih tak menunjukkan sebarang reaksi.
Lelaki itu mendekati Avriel lalu menepuk dua kali bahu Avriel.
" Kalau kau tak nak tengok anak-anak kau mati, baik kau bayar," ugut lelaki itu sebelum dia beredae daripada rumah banglo Avriel.
Avriel menghantar pemergian lelaki itu dengan ekor mata sebelum dia menutup pintu rumah. Kaki melangkah ke arah sofa sebelum dia menghempas badan ke sofa empuk tersebut.
" Whatever. Dia ugut je, tak berani lah nak bunuh anak aku," ujar Avriel sendirian dengan penuh keyakinan.
Aliyana berjalan-jalan sendirian di jalan pejalan kaki di lebuh raya sunyi itu. Lebuh raya tersebut dekat sahaja dengan hospital yang menempatkan abang kandungnya, Ariel Farrel.
Selepas mendengar luahan Ariel dari luar pintu tadi, ada suatu perasaan yang terbit. Perasaan sedih, kecewa.
Dia kecewa apabila punca abangnya mempunyai penyakit mental adalah dirinha sendiri. Siapa je tak kecewa bila dia sendiri mengakibatkan orang yang disayangi mempunyai penyakit? Lagi-lagi penyakit mental.
Tiada yang gembira. Percayalah.
Lemah. Hanya perkataan itu yang sesuai untuk dirinya sepanjang dia hidup di atas muka bumi Allah SWT ini. Dia lemah sehingga menyusahkan Ariel.
Avriel salah. Yang sebenar-benarnya beban bukan Ariel, namun Aliyana. Mengapa Avriel lihat yang Ariel lebih menyusahkan?
Lamunan panjang itu tidak mampu menyedarkan Aliyana bahawa dia sudah berada di tengah-tengah lebuh raya bersimpang empat yang sunyi itu.
Aliyana tersentak daripada lamunannya saat dia mendengar bunyi geseran tayar kereta yang laju membelah jalan. Aliyana lantas menoleh ke arah kereta mewah berjenama Range Rover berwarna hitam.
Satu saat.
Dua saat.
Sejengkal lagi dan kereta itu akan melanggar Aliyana namun Aliyana masih kekal kaku di tempatnya. Kereta itu pula seperti tiada tanda langsung untuk berhenti meski ada seorang gadis di tengah-tengah lebuh raya.
BAM! BAM!!
Buat seketika, tubuh badannya merasai sakit yang teramat. Darah merah pekat mengalir keluar daripada seluruh tubuh badan.
" A.. bang.. sorry,"
Seusai itu, pemandangannya menjadi gelap gelita. Sakit yang terasa tadi beransur hilang dek kesedaran yang diambil.
𝒴. 𝒮𝒽𝒶
YOU ARE READING
𝐃𝐈𝐀 | ℂ
Action( 𝙲𝚘𝚖𝚙𝚕𝚎𝚝𝚎𝚍 ) Dikenali dengan sifatnya yang dingin bak salju. Tak pernah kata-kata nya tidak menyakitkan hati. Semua yang keluar dari mulutnya, semua berbisa. Menusuk ke dalam kalbu. Iris kelabu cerahnya selalu sahaja menikam tajam orang-or...