𝐂𝐡𝐚𝐩𝐭𝐞𝐫 10

148 6 0
                                    


         Sebaik sahaja kelas pada pagi itu tamat, Ariel terus pulang ke rumahnya. Seusai membersihkan diri, Ariel sempat menyiapkan tugasan yang diberikan oleh lecturer tadi.

         TOK TOK!

        KLAK!

         Ariel paling ke belakang apabila pintu itu dibuka tanpa perlu dia bangun. Kelihatan wajah Aliyana yang sudah tersenyum manis terhadapnya.

        " Abang. Kawan-kawan abang datang. Katanya nak ajak abang pergi pantai," kata Aliyana lembut. Ariel diam. Oh, dia lupa Aisy ajak dia pergi pantai semalam.

         " Papa tahu? "

         " Tak, papa keluar pergi office. Tiba-tiba ada meeting," jelas Aliyana. Ariel mengangguk faham. Ariel bangun daripada kerusi dan kemudian menarik tangan Aliyana untuk mengikutinya.

          " El! " tegur Danish Darien saat kelibat Ariel dan Aliyana muncul di muka pintu. Ariel diam menyarungkan kasut pada kakinya. Aliyana hanya memerhati.

          " Abangg " meleret Aliyana memanggil abangnya. Ariel toleh memandang si adik.

          " Boleh tak.. Boleh tak.. erm.. Yana nak ikut? " teragak-agak Aliyana meminta keizinan. Ariel diam. Dia tenung iris kelabu gelap Aliyana.

          " No," tegas Ariel. Aliyana cebik bibir.

         Ariel kemudiannya berpaling menghadap rakan-rakannya. Eh, kawan ke?

       Tetapi, mereka berempat tak memandang Ariel malah memandang Aliyana dengan kasihan.

         Tak sempat Ariel ingin buka mulut, Aliyana menghalang. Gadis itu memegang lengan Ariel lembut. Ariel kembali berpusing ke belakang.

          " Bolehlah abang,"

          " Bolehlah bolehlah," rayu Aliyana dengan mata yang berkaca. Ariel diam. Dia sebenarnya takut nak bawa Aliyana.

         " No angle," halang Ariel lagi. Aliyana tersebik kecil. Semakin kemas genggamannya pada lengan Ariel. Ariel mendesis kecil. Hanya dia yang mendengarnya. Aliyana pegang lengan yang dia cederakan semalam.

         " Abanggg .. abang dah janji nak bawa Yana jalan-jalan haritu! Abang tipu Yana ke? Sampai hati abang," hati Ariel bagaikan tersentak. Setitis air mata Aliyana mengalir dan hati Ariel terus menerus rasa sakit.

         " Takpelah.. abang dah tak sayang Yana," Aliyana melepaskan pegangan. Dia menunduk. Tangannya disilangkan ke belakang.

         Merajuk..

         " El, bagi jelah dia ikut. Kesian dia," ujar Fahmi Zariel. Kesian pula tengok si budak tu.

         " Kali ni je Yana," Aliyana mendongak.

         " Tapi, janji dengan abang. Jangan pergi mana-mana tanpa kebenaran abang, stay with me ," Aliyana mengangguk laju.

          " Maceh abang!! Sayang abang ketat-ketat! " mereka berempat di belakang tergelak kecil. Comelnya lahai si gadis.

        

    

             Ariel Farrel menggenggam erat tangan kecil Aliyana Fashadatul. Sebelah lagi tangan dimasukkan ke dalam poket seluar. Kini, mereka berdua sedang duduk di bangku yang terdapat di pantai indah itu.

           Aisy, Fahmi dan Danish pula pergi ke food truck yang terdapat beberapa tapak dari pantai itu untuk membeli makanan untuk mereka semua.

         " Abang penat? " soalan Aliyana buat Ariel menoleh.

         " Abang penat tak dengan hidup abang? " Ariel diam. Tunak matanya memandang sisi wajah Aliyana.

         " Kalau Yana, Yana penat. Hari-hari terkurung dekat rumah. Tak boleh keluar, tak boleh buat itu, tak boleh buat ini. Semua tak boleh. Kalaulah Yana tak mudah sakit, mesti Yana tengah seronok bersekolah sekarang. Mesti Yana ada kawan. Kan, abang? " Aliyana mengeluh kecil sebelum dia menyandarkan kepalanya pada bahu Ariel. Tangan Ariel naik mengusap kepala si gadis.

          " Abang tahu.. Yana bosan dekat rumah. Abang nak bawa Yana jalan-jalan hari-hari, tapi, papa selalu halang. Papa terlalu takut Yana sakit. Papa terlalu sayangkan Yana. Yana kena bersyukur sebab dapat kasih sayang papa. Berbanding dengan abang, abang tak pernah dapat kasih sayang papa," tangan Aliyana naik memeluk pinggang Ariel dari tepi.

          " Yana minta maaf, sebab tak mampu buat apa. Yana tak mampu ubah papa," pinta Aliyana dengan nada bergetar. Dia kesal.

         " Sometimes, i don't understand.. kenapa papa terlalu bencikan abang? Kenapa papa selalu pukul abang? " soalan itu keluar daripada mulut Aliyana. Dia betul-betul tak faham.

         " Sebab abang punca mama mati. Sebab abang sakit. Abang gila. Abang tak normal," jelas Ariel perlahan. Aliyana mengangkat wajahnya. Dia memandang sisi wajah Ariel.

        " Papa tetap sayangkan Yana walaupun Yana sakit! Papa tak bencikan Yana sebagaimana papa bencikan abang! Abang bukan punca mama mati! Yana tahu.. Yana tahu. Papa.. papa yang tak terima kenyataan. Abang tak bersalah. Abang tak gila. Abang normal," Ariel membatu. Walaupun Aliyana menyatakan kenyataan, namun tetap Avriel tidak akan berubah. Hati lelaki itu.. keras.

          " Yana jangan fikir. Ini masalah abang, bukan masalah Yana," anak mata kelabu cerah itu bertembung dengan iris mata kelabu gelap itu.

          " Tapi- "

          " I just want you to lived happily, with no problems. I want to see you happy. Not like this. Crying. I don't like it," tangan kasar Ariel menyeka air mata yang mula jatuh pada wajah Aliyana.

          Hatinya sakit apabila adik perempuannya menitiskan air mata.
















𝒴. 𝒮𝒽𝒶

        

            

𝐃𝐈𝐀 | ℂWhere stories live. Discover now