𝐂𝐡𝐚𝐩𝐭𝐞𝐫 13

162 7 0
                                    


          Hujan semakin lama semakin lebat. Langsung tiada tanda untuk berhenti walaupun sekejap. Langit gelap. Di sekelilingnya tiada lampu jalan. Semuanya gelap dan hanya ditemani dengan lampu daripada kereta-kereta yang lalu lalang.

        Pada masa-masa sebegini, tiada sesiapa yang berani keluar. Sudah tengah malam, hujan lebat pula tu. Takut apa-apa yang ditakuti terjadi.

         Di dalam situasi hujan lebat itu, ada seseorang yang duduk sambil memeluk kedua-dua belah lututnya. Seluruh tubuh jejaka itu basah kuyup.

        Tubuhnya turut menggigil kesejukan dan ketakutan. Semakin lama, rasa sejuk itu semakin menusuk ke dalam tulang. Namun semua itu tidak berapa rasa oleh kerana ketakutan yang dialaminya.

         " Ma..ma," hanya panggilan itu yang disebut oleh sebaris bibir merahnya.

         Senyuman, wajah, pelukan dan kasih sayang itu yang mampu buatkan dia sedikit tenang. Terbayangkan hal itu, air mata mengalir laju.

        Dia rindukan mama. Hanya mama yang sayang dia di dunia ini. Hanya mama yang ikhlas menjaga dan memberi kasih sayang yang cukup kepadanya. Selebihnya, mereka membenci Ariel Farrel.

          Dibenci tanpa sebab itu menyakitkan. Sehingga penamat pun tidak akan jumpa jawapan bagi soalan mengapa orang-orang membenci dia. Apa salahnya? Adakah kewujudannya satu kesalahan?

           ' Kau kuat. Bertahan, El. Kau tak boleh mati,' suara dingin itu bermain di kotak fikiran Ariel. Ariel diam tak membalas. Tubuhnya masih menggigil.

           ' Betul! Kau kata nak dapatkan kasih sayang bapa kau? ' satu lagi suara. Dua suara itu kerap kali berhubung dengan Ariel. Setiap kali Ariel lemah, putus asa dan sedih dua suara itu akan muncul. Memberi semangat ataupun menyuruh Ariel menyerahkan sahaja tubuhnya kepada mereka.

           " T.. Tak nak.. pa..pa dah ben..ci a..ku. Pa..pa nak ak..u ma..ti," ujar Ariel dengan nada yang tersekat. Semakin erat dia memeluk kedua-dua lutut.

           ' Kau mati, kitorang akan ambil alih,' Ariel menggeleng laju. Dagu direhatkan di tengah-tengah kepala lutut. Air mata mengalir buat entah berapa kali.

           Dia mahu mati tetapi pada masa yang sama dia tak mahu. Dia takut. Ariel takut jikalau dia sudah mati, suara-suara itu akan mengambil alih tubuhnya. Dia tak mahu perkara lama berulang lagi.

          " Tak.. bo..leh. Ka..u ja..hat,"

          ' Then? Terus kuat. Aku tahu kau boleh. Kau kan kuat? Ariel Farrel yang aku kenal kuat, tabah dan sabar,'
 
           Pandangan Ariel menjadi gelap gelita. Semuanya sudah tidak terasa. Kesakitan, kesejukan dan kesakitan sudah tak terasa oleh dia.

           Entah selepas ini dia masih hidup atau tidak.

          Bergantung kepada takdir-Nya.

  

      

           Redup manik kelabu cerah itu menatap siling putih di atas. Otaknya kosong. Dia langsung tak boleh fikirkan apa-apa. Kepalanya pening, badannya kesejukan.

          " Ergh " dia memalingkan tubuh ke sebelah kanan. Lantas dia kedua-dua belah tangan menggenggam lengan dengan cara bersilang. Semakin genggaman dieratkan apabila kesejukan semakin menusuk.

           Matanya dipejam rapat. Berkerut dahi putih itu.

          " El? " dalam samar lampu meja,  kedengaran satu suara menegur dirinya. Namun, dia tak membalas dan kekal membisu. Mulutnya berat untuk menjawab.

         " Hey. Kenapa ni? " soal suara itu sambil membelai rambut lembut Ariel Farrel.

          " Se..juk," nada Ariel perlahan namun masih dapat didengari jejaka itu.

          " A..Aisy? " kabur iris kelabu cerah itu menatap wajah Aisy Eidlan. Aisy tersenyum kecil. Dia menarik selimut sehingga menutupi leher Ariel.

          " Ya, aku ni," Ariel kemudiannya mengatup kelopak mata.

          " A..Aisy

            A..ku ta..kut. Sa..kit," tubuh Ariel semakin menggeletar. Aisy terus menerus menepuk perlahan belakang badan Ariel agar lelaki itu lebih tenang dan akan terlelap semula.

           " Aku ada dengan kau. Kau demam. Tidur ya? "

           " Ja..ngan tinggalkan aku. Aku takut," Aisy mengangguk kecil. Walaupun dia tidak tahu apa yang membuatkan sahabatnya ketakutan, tetap dia akur dengan permintaan lelaki itu. Aisy tahu, di saat sebegini, Ariel memerlukan seseorang untuk menjadi peneman. Dan dia akan menjadi peneman Ariel.

           " Iya. Aku tak akan tinggalkan kau. Tidur, El "

          Ariel akhirnya terlelap selepas Aisy menenangkannya. Tubuh Ariel sedikit menggigil tadi tetapi ianya perlahan-lahan menghilang.

         Aisy sanggup berjaga selama dua hari ini hanya kerana Ariel yang masih demam. Dua hari itu juga demam panas Ariel masih belum kebah.

          Mungkin kerana Aisy terlambat menemui Ariel di tepi jalan. Aisy, Danish dan Fahmi menemui Ariel pada waktu pagi selepas malam Ariel pengsan di situ. Pada pagi itu juga hujan masih belum berhenti.

          Memang patutlah Ariel kena demam panas berhari-hari. Nasib sahaja mereka sedang cuti semester sekarang. Bolehlah jaga Ariel sepenuh masa.

         Ariel setiap hari, setiap jam meracau. Itu yang buatkan mereka bertiga terlebih risau. Ariel pasti akan menyebut 'mama' ataupun 'jangan' dan lain-lain lagi. Nampak seperti.. Ariel trauma dengan sesuatu.

           " Mama," and here we go. Ariel buat entah keberapa kali meracau. Aisy terpempan apabila mutiara jernih menitis di pipi putih Ariel. Ariel sememangnya mempunyai babyface mengikut arwah mamanya. Kulit Ariel putih melepak, bulu mata jejaka itu lentik yang amat. Bibir jejaka itu juga nipis dan merah delima. Alis kening pula tidak berapa tebal dan tidak berapa nipis. Persis bayi yang baru lahir. Ariel terlalu comel dan tak patut digelar hensem. Hanya boleh digelar comel!

          Tetapi, jika jejaka itu sudah dalam mood dinginnya, auto semua jadi takut. Wajah Ariel semasa dingin dan beku sangat menakutkan.

          " El minta maaf," Aisy mengesat air mata yang mengalir di pipi lelaki itu. Sembab mata Ariel oleh kerana asyik menangis sewaktu meracau.

          " Shh. Tidur El "
















𝒴. 𝒮𝒽𝒶

      

𝐃𝐈𝐀 | ℂWhere stories live. Discover now