" Hiks," Aisy Eidlan terjaga daripada lena apabila telinganya menangkap bunyi suara tangisan itu. Aisy bangun daripada sofa dan kemudiannya memandang ke arah katil.Dia kemudiannya bergerak ke arah katil. Dia duduk di birai katil. Tubuh Ariel Farrel sedikit bergetar.
" Ariel. What's wrong? " Air mata Ariel yang mengalir diseka perlahan. Mata jejaka itu masih tertutup rapat. Bermakna, Ariel sedang mengigau sekarang.
" Aku.. minta maaf,"
" Ariel.. "
" Aku janji tak buat dah. Le..paskan mama. Hiks Tolonglah," perlahan nada Ariel namun ianya tetap dapat didengari Aisy.
" Mama.. Mama! Ja..ngan tinggalkan Riel. Riel.. takut,"
" Ariel.. bangun,"
" Ma.. Mama! .. Sakit! Lepaskan aku!! Lepas!! " semakin lama, semakin kuat Ariel meracau.
" Ariel, Ariel. Calm down. Ariel," Ariel terbangun daripada tidurnya. Nafasnya tak teratur. Dia baru sahaja memimpikan perkara buruk. Lebih tepat, kenangan pahitnya.
Apabila kornea mata dihiasi dengan wajah Aisy, mata Ariel berkaca. Aisy panik. Dia tak tahu nak buat apa. Kenapa Ariel ni?
" Ai..sy.. a..aku ta.. takut," Ariel berkata berselang-seli dengan esakannya. Aisy mengusap belakang badan Ariel. Tubuh Ariel ditarik masuk ke dalam dakapannya.
Ariel menyembamkan dahi pada bahu Aisy.
" Jangan takut, aku ada. Aku ada, Ariel," berulang kali Aisy berkata itu kepada Ariel.
Dibiarkan sahaja bajunya yang sudah basah dengan air mata Ariel. Dia hanya mahu Ariel tenang. Jika dengan menangis dapat buat Ariel tenang, maka menangislah.
" Di.. Diorang jahat. Dia bu..nuh mama.. Dia sek..sa ak..u. Sa..kit, Aisy. Sakit," rintih Ariel perlahan.
" Siapa dia, El? " Saat dia mengutarakan soalan itu, tubuh Ariel semakin bergetar. Hujung baju Aisy digenggamnya kuat dengan tangan yang bergetar.
" D.. Dia.. Dia.. "
" Okay. Shh Aku tak tanya. Now, tidur El," Ariel akur. Dia kembali membaringkan tubuhnya.
Riba Aisy menjadi tempat Ariel untuk melabuhkan kepala. Dia memejam matanya rapat. Ariel memerlukan teman, dia takut.
Aisy tersenyum kecil. Ariel masih sama seperti dulu. Tangan naik mengusap kepala Ariel Farrel. Usapan itu menyebabkan Ariel semakin tenang. Tubuhnya sudah tidak bergetar.
" A.. Aisy ," suara Ariel tenggelam semasa memanggil Aisy. Mungkin mengantuk sangat.
" Hm? "
" Aisy dah balik? " Aisy Eidlan terkedu. Dia faham maksudnya.
" Ya. Aisy Eidlan dah balik. Aisy akan teman El macam dulu," balas Aisy nekad. Namun, apabila tidak mendapat balasan daripada Ariel, Aisy menjenguk sedikit wajah jejaka itu. Lah? Dah tidur rupanya.
Aisy meletakkan kepala Ariel di bantal. Selimut ditarik supaya tubuh sahabatnya tidak kesejukan. Sempat Aisy menatap sekilas wajah tenang Ariel.
' Apa yang kau lalui selama ni, El? 'Ariel Farrel terjaga dari lenanya. Kosong irisnya menatap siling putih bilik tersebut. Entahlah, kepala dia kosong. Tak boleh nak fikir apa.
Ariel berusaha bangun daripada baringan. Kecederaan membataskan gerakannya.
KTAK!
Ariel kalih pandangan pada pintu yang dikuak oleh seseorang. Selepas melihat gerangan itu, barulah Ariel ingat apa yang terjadi. Bermula daripada situ, hati Ariel jadi tak tenteram. Dia jadi gelisah.
" Kau ok, El? " soal Aisy sebelum dia duduk di birai katil. Ariel teragak-agak mengangguk.
" Lapar? " Ariel tatap anak mata hijau zamrud Aisy sekilas sebelum dia menggeleng laju. Walaupun sebenarnya dia lapar sekarang. Dia cuma tak nak menyusahkan orang. Lagipun, dia bukannya ada selera sangat.
" Tipu," Aisy capai semangkuk bubur yang masih panas. Dia baru masak tadi. Aisy memegang sudu itu kemudian dia menggaul seketika bubur tersebut. Kemudian, Aisy tatap anak mata Ariel.
" Aaa! " Aisy menyuruh Ariel membuka mulutnya untuk disuap. Ariel menggeleng. Dia tak nak makan.
" Makanlah. Sikit je.. aku penat-penat masak bubur ni untuk kau, tahu? " nada Aisy seperti ingin merajuk. Dia terus menerus menggaul bubur itu. Ariel terdiam. Dia jadi rasa bersalah pula.
" Aisy.. nak," Aisy mengukir senyuman suka. Terus satu sudu bubur disua pada Ariel.
" Sedap? " Ariel mengangguk sahaja.
Sampai kali ketiga suapan, Ariel menggeleng.
" Sikitnya," namun begitu, dia tetap letakkan mangkuk kembali di atas dulang. Kemudian, gelas yang berisi air mineral disuakan kepada Ariel.
" El, papa kau kan yang buat semua ni? " Ariel terdiam. Soalan itu dibiarkan tak berjawab.
" Mana adik kau? Dia tak tolong kau? " Ariel menunduk. Dia rindukan Aliyana.
" Yana dekat hospital. Demam panas,"
" And? Papa kau salahkan kau sebab tu?! " Aisy jadi berang apabila Ariel mengangguk perlahan.
Ariel tatap mata Aisy.
" Sorry,"Aisy mengangkat keningnya. Hairan.
" Aku menyusahkan kau," Aisy terkedu.
" Janji tak buat dah. Sekali ni je. Aku.. balik dulu," Ariel turun daripada katil. Dia tak mahu menyusahkan sesiapa. Dengan bersusah payah Ariel berjalan untuk mendapatkan beg galasnya.
Tak sempat dia keluar, Aisy terlebih dahulu menahannya. Beg galas Ariel dirampas sebelum dia melemparkannya semula di sofa.
" Kau tak sihat lagi. Rehat lah. Nanti bila-bila boleh balik," arah Aisy tanpa memandang Ariel.
" Aku tak nak menyu-- "
" Kau tak menyusahkan sesiapa Ariel. Aku kawan kau," tajam mata hijau zamrud itu menikam anak mata kelabu cerah di hadapannya. Ariel menunduk.
" Kawan? Kau kata kita bukan kawan. Kau kata, kau menyesal berkawan dengan orang gila macam aku. Tak apalah, aku boleh balik. Aku tak nak menyusahkan sesiapa. Aku tak nak jadi beban," Ariel mencapai semula beg galasnya. Aisy terkedu. Ariel mengulang balik ayatnya lima tahun lepas.
Aisy memandang sepi pemergian Ariel. Dia mahu menahan Ariel tetapi.. tubuhnya kaku. Dia terkesan dengan kata-kata Ariel.
Betul-betul terasa.
𝒴. 𝒮𝒽𝒶
YOU ARE READING
𝐃𝐈𝐀 | ℂ
Aksiyon( 𝙲𝚘𝚖𝚙𝚕𝚎𝚝𝚎𝚍 ) Dikenali dengan sifatnya yang dingin bak salju. Tak pernah kata-kata nya tidak menyakitkan hati. Semua yang keluar dari mulutnya, semua berbisa. Menusuk ke dalam kalbu. Iris kelabu cerahnya selalu sahaja menikam tajam orang-or...