HIS WIFEYY 27

82 6 0
                                    

          TING !

          Seperti biasa , jika ada bunyi bermaksud ada pelanggan yang datang masuk kedalam kedai bunga ku ini .

         " Hai ! Anda nak beli bunga apa ? " Soalku kepada pelanggan lelaki dihadapan ku ini .

         " Sunflower . Ada ? " Soalnya lalu melepaskan kaca mata hitamnya.

         " eh ? Sepupu Fareed kan ??? " Tekaku .

         " Hanell right ? " Soalku lagi. Dia mengiyakan kalau tekaan ku tepat .

         " Lama betul tak nampak kau selepas kejadian aku dengan Ain kena culik . " Kataku .

         " Dean minta tolong , jadi apa salahnya aku bantu kan ? Tapi nampaknya semuanya dah selesai . " Ujarnya .

         " Thanks sebab selamatkan aku dengan Ain . " Ucapkan walaupun aku sampai sekarang aku masih tertanya apa yang membuatkan Max berubah. Sebelum nya , Max biasa sahaja. Tetapi sekarang entah kenapa dia tiba-tiba culik aku dan Ain semata-mata nak paksa aku kahwin dengan dia.

          " Kali nie aku bungkus sunflower nie secara percuma untuk kau . " Ujarku lalu membungkuskan bunga matahari itu untuk Hanell .

         " Untuk siapa ? " Soalku lalu memberikan bungkusan itu kepada Hanell .

         " My shawty " Jawabnya lalu pergi .

          " Aik ? Belum habis lagi aku bertanya sudah pergi bla ? Malulah tue . " Gumamku .

          TING !

         " Hai ! Selamat da- " Terus ucapan ku terhenti apabila melihat Puan Zhara timbul dihadapanku .

         " Shira ? " Panggil Puan Zhara dengan nada lembut . Aik ?

         Puan Zhara berlari mendapatkanku. Dia menggengam tanganku dengan erat .

         " Maafkan aunty , Shira . " Ucap Puan Zhara. Dia panggil diri dia ' aunty ' ? Bukan main dulu suruh aku panggil dia dengan gelaran ' Puan '

         " Aunty tahu , aunty dah banyak buat silap dan salah kepada Shira . Aunty dah pisahkan Shira dengan Dean . Aunty pisahkan Shira dengan anak kandung Shira . Aunty buat cerita palsu tentang Shira mengandungkan lelaki lain . Aunty jodohkan Amelia dengan Dean . Aunty ikut jer kata si Amelia tue . Maafkan aunty Shira. " Keningku bertaut pelik dengan kelakuan mak Dean.

         Puan Zhara berlutut dihadapanku, namun aku menghalanginya berlutut dihadapanku .

         " Saya sudah lama maafkan Puan . Lagipula benda tue dah berlalu . Kisah lama . Tapi sekarang nie Shira dah buat keputusan untuk memulakan kisah baru dengan Dean dan anak - anak Shira . " Ujarku .

          " Jadi , Shira dah setuju nak rujuk balik dengan Dean ? " Soal Puan Zhara .

          " Sebenarnya Shira dah kahwin balik dengan Dean . " Kataku .

         " A-apa ? " Puan Zhara terkejut.

         " Maaf Puan , sebab kami dua berkahwin tanpa restu Puan " Kataku dengan rasa bersalah .

         " Siapa cakap aunty tak restu ? Sudah lama aunty restu . " Aku melihat kearah Puan Zhara . Bagaikan tidak percaya dengan perkataan yang keluar dari mulutnya.

         " Sebenarnya saya dengan mak dah rancang dari awal . Selepas tahu apa motif Amelia masuk kedalam kehidupan keluarga kami " Seorang bersuara di hadapan pintu kedai ku .

          " Dean " Panggilku .

          " Tapi aunty dah pernah kenalkan Amelia dekat saya tempoh hari . Dia kenalkan Amelia kalau Amelia tue - "

         " Mak terpaksa , Shira . Terpaksa berlakon walaupun sudah tahu kejahatan Amelia . " Kata Puan Zhara .

         " Kemungkinan kali ini Amelia sedang menggila dirumah " Sambung Puan Zhara .

          " Sebab sudah tahu perkahwinan kali kedua kamu berdua . " Kata Puan Zhara lagi .

          " Apa yang kita nak buat ? " Soalku .

         " Hantar jelah ke hospital sakit jiwa dan raga tue " Reen datang secara tiba di muka pintu kedaiku ini .

         " Tempat perjumpaan kau dengan Fareed dulu ek ? " Sengaja aku usik Reen sehingga dia membuat muka .

         " Aku bagi cadangan jer " Kata Reen .

         " Aku nie memang lah ada pemikiran jahat , tapi taklah sampai nak hantar dia ke rumah sakit jiwa . Amelia tue masih normal . Cuma dia tue tak dapat terima kalau aku dan Dean kembali bersatu. Itu jer " Ujarku .

         " Kalau macam tue kita banyakkan berdoa jerlah . Semoga Allah melembutkan hati Si Amelia tue . Insya'allah dia akan terima dengan hati yang terbuka . " Ujar Reen.

My Naughty Bear [ C ] Where stories live. Discover now