HIS WIFEYY 29

72 7 0
                                    

          PINTU dibuka oleh sekumpulan lelaki yang berpakaian hitam yang sedikit lusuh. Seperti orang jahat.

         " Masuk ! " Mereka menolak ku dan Dean dari belakang.

         " Jangan sentuh isteri aku ! " Teriak Dean. Aku menyentuh bahu Dean agar tetap tenang.

         " HYE ! Selamat Datang ! " Ucap Amelia dari tingkat satu.

          Aku dan Dean mendongak kepala melihat Amelia yang bawa sebatang penyapu ditangannya.

         " Jangan hairan kenapa aku bawa batang penyapu nie. Tadi aku tengah kemas gedung nie. Penat tau menyapu. Dahlah daun banyak. Penat lagi dapatkan hati Dean daripada menyapu gedung lama nie " Ujar Amelia dari mula sampai akhir sehingga membuat suara yang sedikit sedih.

          " Amelia ! Mana anak aku ! " Jerit ku. 

          " Hepppp. Sabarlah dulu. Anak kau tengah nyenyak tidur. Tue ~ " Jawab Amelia sambil menunjuk kearah sebuah aquarium yang besar. Kain yang menutupi nya dibuka oleh orang - orang Amelia.

         " Ya allah ! " Lututku mulai lemah apabila melihat anakku Carnell berbaring didalam sebuah aquarium bersama seekor ular sawa.

          Adegan ini pernah berlaku semasa Ain dan aku diculik. Sama.

          " Hye akak ! Kita jumpa lagi ! " Terusku menoleh melihat kedatangan seorang yang aku kenali .

         " M-max ? " Panggilku hairan. Bukannya dia dah pergi selepas diugut oleh Dean tempoh hari ?

         " Max ! Kau memang tak serik eh selepas kena ugut hari tue ? " Soal Dean.

         " Mungkin hukuman haritue tak cukup untuk kau kot. " Ujar Dean.

         " Kau tue acah - acah jadi hero untuk Kak Shira jer. Tapi kau sebenarnya pe-nge-cut ! " Kata Max lalu ketawa bersama Amelia.

          " Kalau kau betul - betul sayangkan kak Shira , kau takkan pernah tinggalkan Kak Shira. " Kata Max lagi.

          " Kalau kau tak tahu apa yang terjadi , baik kau diam , budak ! Itu semua hanya kesalahfahaman antara aku dengan Shira. " Kata Dean .

          " Kesalahfahaman ? Ya. Memang kesalahfahaman tapi kau boleh jer soal siasat dekat Shira . Cuma jangan asyik dengar cerita dari sebelah pihak jer. " Ujar Max. Melawan.

          " Max ? Itu kisah lama. Tapi sekarang benda tue dah selesai. Max janganlah buka buku lama. Kita buka buku baru , okay. " Kataku dengan tenang.

         " Dean ? I nak tanya dekat you , you cintakan Shira tak ? " Soal Amelia yang dari tadi diam disebelah Max.

         " Aku memang sudah lama cintakan dia sejak dari sekolah lagi. Crush on her , at the end I  nak sangat jadi suami Shira. " Aku terkejut dengan pengakuan Dean. Dia minat dekat aku sejak dari zaman sekolah ? Tapi kenapa aku tak pernah tahu kewujudan dia sebagai senior aku ?

          " Kau jujur ? " Soal Max lagi.

         Dean memegang tanganku. Menggengam tangan ku dengan erat lalu mengganguk.

          " Kau janji takkan tinggalkan Kak Shira ?! " Soal Max lagi.

          Dean mengangguk sekali lagi.

          " Semua ? Keluar ! " Arah Amelia.

         Aku dan Dean berpandangan antara satu sama lain. Melihat sekeliling.

          " Mummy ! " Aku melihat Carnell berlari menuju kearahku. Kalau Carnell disini , siapa dalam aquarium tue ?

          " Hye Shira ?! " Aku terkaku , ada Zumi dan Reen. Juga , mak ? Umi dan baba ????

          " Surprise ! " Teriak Max . Max dan Amelia turun melalui tangga dan berjalan meluru kearah aku dan Dean.

          " Sorry Shira , I dengan Max yang buat plan gila nie. I cuma nak tahu kejujuran daripada Dean. Kalau betul Dean cintakan you , I akan undur diri. I redha kalau Dean bukan jodoh I. " Ujar Amelia.

          Aku pandang kearah mak. " Mak minta maaf yer Shira. Sebenarnya Amelia tak menggila pun melainkan happy. Tapi niat Amelia nak pisahkan Shira dengan Dean dulu , memang betul. Tapi Amelia dah berubah sejak Dean asyik sebut nama Shira selepas kamu berdua berpisah " Ujar mak .

          " Sorry bro ! Aku sebenarnya takut jugak ikut plan nie. Takut kena tumbuk lagi. Aku trauma dengan tumbukan kau haritue " Ujar Max.

          Aku dan Dean diam. Terkaku. Apa yang terjadi ? Walaupun mereka sudah jelaskan apa yang terjadi , masih jugak otakku memproses.

          " Ouh ya , dalam aquarium tue patung , bukan Carnell " Sambung Amelia lagi.

          " Shira ? Kau okay ke ? Sorry sebab - "

         " Aku okay jer , cuma otak aku sekarang nie tiber lag. Tengah berfikir apa yang terjadi. " Aku memotong percakapan Reen.

         " Sebenarnya I plan nie untuk minta kejujuran dari mulut Dean sendiri, Shira. Sorry kalau I buat plan sampai buat you terkejut datang kesini." Jelas Amelia sambil menggenggam tanganku.

         " Hish ! Kau nie kan. Nasib baik aku tak call polis datang kesini ! " Marah Dean kepada Max. Lucu.

         " Bang , jangan pukul aku lagi bang. Aku baru jer kena pukul oleh Amelia tue bang. Kena dekat bontot lagi tue. Sakit. " Ujar Max sambil menunjuk kearah batang penyapu yang dipegang oleh Amelia.

         " Eh ! Kau yang buat hal dulu yer , Max. Kau buli Carnell. " Balas Amelia.

         " Siapa abang kau ? Kau buli anak aku ?! Meh sini aku buli kau balik " Dean menunjuk genggaman tangan.

         Max mengatur sepuluh jari seperti meminta ampun.

         " Ehh bang .. eh salah salah.. bro ! Amelia tue tipu ! Aku tak buli anak kauu.. AAAA kak Shira !!! " Max berlari menyorok dibelakang umi tetapi nama aku yang disebut.

         " Pftt - " Ketawa ku yang ditahan tadi mula meletus.

         " Haishh ! Terima kasih sebab buat plan gila nie , tapi bagus juga kalau minta kejujuran daripada Dean. " Kataku.

         " Maafkan Mak sekali lagi Shira , sebab pernah rampas Carnell daripada Shira , dan pisahkan Shira daripada suami Shira. " Ujar Puan Zhara.

         " I pun nak minta maaf dekat you Shira , sebab I dulu hasut mak dengan Dean. Demi nak dapatkan Dean I buat fitnah dekat you , sampai you kena halau. " Amelia masih sahaja pegang tanganku.

         " And akak , Max minta maaf sebab dah pernah culik akak dengan Ain. Letak Ain didalam sangkar ular. Sorry kak. Tapi ular tue baik. Dari exotic hehe " Jelas Max sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.

          " Shira dah lama maafkan awak semua. Lagipula itu buku lama , kita buka buku baru yer ? " Ujarku sambil tersenyum.

         " Ouh ya , Reen. Kira - kira apa yang Fareed akan buat dekat kau yer ? Sebab kau nakal. Aku tak rasa nie idea daripada Amelia dan Max jer. Mesti ada idea daripada kau. " Soalku . Menatap kearah Reen.

          " A-aku. Aku. Tak buat apa - apa okayyy. " Jawab Reen.

          " Yelah tue. Tipu. " Nafiku.

          " Betul Shira. Plan nie I dengan Max jer yang plan. Mereka yang ada dekat sini hanya menjadi saksi yang tersembunyi .." Ujar Amelia. Lembut.

          " Dah ke ? Jomlah keluar dari sini. Buat apa lama - lama ? Dahlah bulu roma aku daritadi tegak. " Kata Max sambil menggosok lengannya.

My Naughty Bear [ C ] Where stories live. Discover now