HIS WIFEYY 38

76 6 0
                                    

           SENYUMAN yang diukir dibibir umi ku tidak hilang sejak semalaman. Macam ngeri adalah.

          " Ehem umi. Shira nak tanya sesuatu boleh ? " Soalku.

          " Apa yang berlaku semalam ? Semalam Shira tak sempat tengok apa yang berlaku sebelum umi dengan baba berpelukan " Ujarku. Tolonglah umi , ceritalah semampumu. Akan ku dengar.

          " Lah ? Buat apa nak cerita dekat Shira ? Malulah umi nak bagitahu Shira " Ujar umi ku. Semakin kemerahan menyala dipipinya.

          Euk ! Kenapa tekak aku macam ada rasa nak keluar sesuatu eh ? Macam nak-

          " Euk , euk " Aku bangun dari dudukku lantas berlari menuju ke singki. Aku muntah ? Aku ada tersalah makan ke semalam ?

          " Shira okay tak ? " Soal umi sambil mengurut belakang ku.

          Mulut dikumur sebanyak tiga kali untuk membuang rasa muntah dilidah.

          " Mungkin Shira ada tersalah makan kot , umi. " Ujarku. Ya , mungkin.

          " Sudah berapa lama kamu tak period ? " Soal umi ku. Wajahnya ku pandang.

          " Hampir dua bulan ? Kenapa umi ? " Soalku balik. Pelik pulak soalan umi aku ni.

          " Jom pergi klinik. Nanti umi teman " Kata umi.

          " Alah umi ? Shira muntah aje. Tak payah pergi klinik lah. " Ujarku kerana yakin bahawa diri ini hanya sekadar muntah biasa.

          " Pergi berkemas cepat , Shira. Umi nak teman Shira pergi klinik. Bukannya jauh pun klinik tue. Dah jom ! " Aik ? Yang umi aku tergesa sangat naik tangga tu dah kenapa ? Alahai umi ni , sayang betul dia dekat anak tunggal dia ni.

          Dengan keadaan yang terpaksa , aku hanya mengenakan tudung sarung hitam sahaja. Malas pula nak make up apa semua. Lagi pun klinik bukannya jauh. Klinik kampung dikatakan.

          Dean ? Macam biasa , bantu baba dekat kebun. Bantu apa yang patut. Ain dengan Carnell pulak turut membantu.

          Betul kata umi , hanya berjalan kaki , belok kanan , belok kiri dan lurus je terus nampak sebuah klinik yang bewarna hijau. Bukan batu melainkan klinik papan.

          Banyak juga orang kampung datang ke klinik ni. Klinik inilah satu - satunya harapan bagi orang - orang kampung dekat sini.

          " Eh ? Aunty ? Aunty buat apa dekat sini ? " Terbeliak mataku melihat kehadiran seorang perempuan yang sangat aku kenali.

          " Ni hah , bawa Shira pergi klinik. Dia muntah - muntah tadi , sebab itulah aunty bawa dia ke klinik jumpa doktor nie hah " Ujar Umi.

          " Betul ke kau - "

          " Betul lah ni , kawan baik sendiri pun tak ingat. " Potong umiku.

          " Azelia Nazifah ?!! Ya allah ! Lama nya tak jumpa kau ! Dah kahwin ? " Banyak - banyak soalan , soalan ini juga yang aku bagi dekat sahabat lama aku ni.

          " Kembar kau macam mana ? Adella dengan Jii apa khabar ? " Soalku. Rindu pula dengan kembar tiga nie.

          " Jodoh aku belum lahir lagi kot. Alhamdulillah khabar Adella dengan Jii sihat aje. " Jawabnya. Kalau Qaireen dengan Zumi tahu Azelia kerja dekat sini , memang akan terus datang ke sini.

          " Ouh ya , jadi aunty nak bawa Shira jumpa doktor apa ? " Soal Azelia. Umi melihat aku lalu kembali melihat Azelia.

          " Cek kehamilan " Pantas sahaja kepala ku menoleh memandang wajah umi dengan dahi berkerut.

          " Shira bakal ada adik lagi ke umi ? " Soalku.

          " Auch ! Sakitlah umi. Kenapa jentik dahi Shira. " Dahi di gosok dengan perlahan. Sakit betul dijentik oleh umi. Kuat juga jari umi aku ni.

.
.
.
.
.

          SEPANJANG aku di periksa oleh Doktor Azelia , aku hanya sekadar mendiamkan diri. Setiap arahan nya , aku ikut.

          " Ehem " Azelia berdehem.

          " Congratulations , Puan Shira " Tahniah untuk apa pulak ? 

          " You're pregnant for one month " Eh ? A-aku.

          " Pregnant ? " Wajah umi ku pandang. Wajah gembira dipaparnya.

          " Aku pregnant ? " Soalku sekali lagi. Mana tahu aku salah dengar ke apa.

          " Betul , Shira. Tahniah" Jawabnya lagi. Bagaikan tak percaya bahawa Carnell dan Ain bakal ada adik !

          " Kalau macam tue , aunty balik dululah ye Azelia. Terima kasih tau sebab sudi bantu aunty " Ucap umi.

          " Bye Azelia ! Jumpa lagi. Terima kasih tau " Ucapku pula. Tangan dilambai.

          " Kenapa muka kamu macam tue sangat ? " Soal umi apabila perasan reaksi wajah aku lain.

          " Shira terkejut lah umi. " Jawabku.

          " Eleh. Macamlah tak pernah mengandung. " Kata umi. Entah kenapa aku rasa macam baru ataupun pertama kali rasa pregnant.

          " Dulu klinik tue bebayar. Sekarang percuma. Baik pula kerajaan ni " Gumam umi.

          " Eh ? Abang? Awal juga balik ? Biasanya abang lama dekat kebun " Tegur umi. Tapi apa yang umi tegur itu memang ada betul juga.

          " Tu. Menantu awak tue " Baba memuncungkan mulut menunjuk kearah Dean yang terbaring diatas sofa.

          " Kenapa dengan Dean baba ? " Soalku. Nampak macam penat aje.

          " Dia cakap kepala dia pusing. Pening katanya. Jadi baba bawa lah dia pulang, berehat " Ujar baba. Perlahan kepala umi melihat kearahku.

          " Kata orang. Kalau suami dapat alahan macam tue , maknanya sayang bini" Bisik umi. Yeke ? Tak percaya lah aku.

My Naughty Bear [ C ]Where stories live. Discover now