HIS WIFEYY 34

49 5 0
                                    

          " Dean ada hal agaknya. " Yelah , bangun-bangun jer tengok orang disebelah hilang , takda.

          " Selepas subuh tadi aku tertidur balik. Dean pula aku tak tahu. Tapi macam bosan jer kalau takda Dean " Gumamku.

          " Yelah mummy , sejak ada daddy nie , semakin jauh pula mummy dari Ain dengan abang Nell. " Aik ? Macam merajuk jer bunyinya.

          " Alah ? Kenapa ? Anak - anak mummy cemburu ke ? " Soalku. Sengaja mahu mengusik mereka berdua.

          " Nanti , kalau Ain dah besar , dah kahwin , Ain nak kepit - kepit dua puluh empat jam dengan bakal suami Ain nanti " Ujar Ain. Pipi aku ku cubit.

          " Amboi ~ berangan betul anak perempuan yang seorang ini. Apa ? Bakal suami ? Entah - entah dekat tadika sana Ain ada minat dengan budak lelaki dekat sana ? Kan ? Cuba mengaku " Ujarku. Mata dikecilkan.

          " Baik Ain ikut abang Nell jer balik kampung. Dapat juga dating dengan atuk dekat kebun " Sambungnya lagi.

          " Ain cuba nak buat mummy cemburu ke? Sebab tue kan baba mummy. " Soalku. Eleh , nak rampas baba kesayangan aku lah tue.

          " Mummy kan dah ada daddy , kalau tak dapat daddy , atuk pun jadilah" Ujar Ain dengan muka nya yang selamba.

           " Ehem " Lantas aku dan Ain menoleh kearah depan pintu utama. Kelihatan Dean sedang berdiri bersama...makanan ?

          " Apa yang anak dengan mummy berbincangkan sangat nie ? Cuba bagitahu daddy. Daddy pun nak tahu jugak " Dean datang kearah kami berdua. Dia melabuhkan punggung nya di sofa yang empuk berkepala kucing itu.

          " Adalah , rahsia. " Kata Ain. Dean senyum. Tangan Ain ditarik lembut. Ain duduk dipangkuan Dean.

          " Mesti mummy cemburu kan sebab Ain dapat duduk diriba daddy. " Usik Ain.

          " Ain sengaja kan nak buat mummy cemburu ? Hurmm. Mummy merajuklah " Tanganku disilang , kepala menoleh ke kanan. Seolah merajuk.

          " Jom balik kampung. " Rajukku tidak menjadi. Pantas ku menoleh kearah Dean dengan mata yang penuh bersinar.

          " Betulke ? Lagi pula mesti Nell rindukan mummy dia yang comel molek nie. " Ujar ku sambil melihat kearah wajah Ain.

          " Huh ? Apa cebik - cebik ? Mummy tarik mulut itik tue nanti. " Usikku. Biasanya Qaireen yang suka mengusik dia , tapi kali nie aku pula yang mengusik anak sendiri.

          Wajah Dean dipandang.

          " Awak pergi mana tadi ? Ada hal ke ? " Soalku ingin tahu. Siapa yang tak cari kalau bangun - bangun jer tengok orang disebelah hilang.

          " Tadi husband pergi uruskan kedai mannequin. Suruh mak ambil alih kedai tue untuk sementara waktu. Sebab kitakan nak balik kampung." Ujar Dean.

          " Awak ada kedai mannequin? Serius lah ? Seram !! " Ujar ku. Apabila dengar mannequin terus berasa seram.

          " Kenapa ? Takut ke ? Siapa suruh dengar kisah hantu ? " Kata Dean.

          " Nak buat macam mana kalau suka. Isi hobi dengan mendengar kisah hantu sambil makan is another level tau. " Kataku.

          " Eleh. Yelah tue. Tapi last - last dia yang dulu pecut lari sebab dengar benda pecah dari dapur. " Kata Dean. Dia mengingatkan aku dengan kisah lama dulu.

          " Mana ada. Itu semua salah tikus. Siapa suruh dia masuk pecah rumah orang sesuka hati. Buat orang terkejut jer. " Nafiku walaupun pada masa itu memang seluruh bulu roma aku mula menegak. Tinggal nak pengsan jer pada masa tue.

          " Ehem. Esok kita berangkat pukul berapa ? Ain tak sabar nak balik kampung jumpa atuk dengan nenek " Ain bersuara apabila sedari tadi dia diam.

          Malu pula aku jadinya sebab berlawan mulut dengan Dean. Macam kanak - kanak pula.

My Naughty Bear [ C ] Where stories live. Discover now