Part 2

68 2 0
                                    

"Ries, kau nak ikut?" Tanya Dian dengan nada yang lembut. "Pergi mana?" Aries bertanya semula sambil memandang ke arah Dian. "Mall. Tolong jadi kuli." Dian tersengih lalu menunjukkan wang bulanannya yang baru diterima tadi. Asnaf memandang ke arah Dian lalu mengerutkan kening.

"Amboi... Senang-senang je kau nak jadikan abang aku ni kuli kau?" Asnaf tersenyum sinis. Seperti muka mintak pelempang pun ada. "Boleh." Aries menjawab dengan muka yang tenang tanpa menatap muka Dian. Dian tersenyum riang lalu berlalu pergi sambil berkata terima kasih.

"Ries ni kan... Senang je nak ikut arahan orang..." Asnaf berkata sambil memandang Aries yang leka termenung. Aries memandang muka adiknya itu dan tersenyum. "Alaa... Bukan selalu..." jawab Aries sambil tersengih. Asnaf mengeluh sebelum berkata, "Aren't you afraid people will take opportunity of you when you're being too nice?"

Kata-kata Asnaf itu membuatkan Aries terdiam. Aries senyum lalu menggelengkan kepala. "Tak elok buruk sangka Naf..." Asnaf hanya diam dengan jawapan abangnya itu. Haih... Kenapa kau baik sangat ni Ries?

Setelah selesai makan tengahari, Aries berjalan balik ke bilik asramanya. Dia duduk di atas kerusi belajarnya dan mula mengulangkaji. Peperiksaan akhir tahun pun hampir dekat. Rajin betul Aries sebagai seorang budak lelaki tingkatan satu.

Dian mengajaknya ke mall selepas Asar. Sekarang sudah jam 4. Aries bersiap sedia untuk solat sebelum berjumpa dengan Dian di tingkat bawah. Azan berkumandang menandakan masuk waktu solat Asar. Aries segera menunaikan solatnya.

Aries tunggu Dian di kantin. Terasa lama pula tiba-tiba. Sambil menunggu, tiba-tiba hadir kelibat kumpulan yang tak diundang... kumpulan senior. Aries benci dengan seniornya. Untuk pendekkan cerita, seniornya telah 'menyentuh'nya dengan sengaja.

Salah seorang dari mereka duduk menghadap Aries sambil tersenyum sinis. "Selamat petang Ries... Ries rindu abang?" Aries hanya diam walaupun sekarang dia tengah menggigil. Senior-senior itu tersenyum melihat Aries.

"Ries... Tak elok tau palau orang..." kata salah seorang lagi dari mereka lalu tergelak. Aries rasa ingin lari sahaja sekarang ni kalau boleh. Tapi dia dikepung. Senior yang berada disebelah Aries secara spontan mengusap bahu Aries. Aries menggigil ketakutan.

"Tolong jangan ganggu saya..." rayu Aries. Air matanya hampir tumpah. Senior-seniornya tergelak terbahak-bahak melihat reaksi Aries."Ingatkan dah takde suara dah..." bisik senior di belakangnya dengan agak kasar.

'Ya Allah, ya Allah, ya Allah... Tolong selamatkan Ries ya Allah...' bisik Aries di dalam hati. Tiba-tiba, lalu seorang gadis untuk memberhentikan pelakuan mereka.

TigersWhere stories live. Discover now