"Eh, abang-abang senior buat apa kat sini?" Tanya Dian dengan sopan. Dia memandang ke arah Aries yang menggigil di situ lalu merenung ke arah seniornya.
Senior-seniornya itu tergelak. "Kitorang cerita hantu kat Ries... Penakut betul budak ni kan guys?" Kata salah seorang senior lalu tersengih. Yang lain hanya mengangguk dan tersenyum.
"Hm.. Apa-apa jelah. Jom Ries." Kata Dian lalu berjalan pergi. Aries bangun dari tempat duduknya lalu berjalan membelakangi Dian. Senior-senior mereka melihat mereka berlalu pergi. "Tak tahu pulak kau takut hantu." Kata Dian tanpa memandang Aries.
Aries hanya diam. Dia tidak takut kepada hantu, tetapi senior mereka sendiri. "Diorang ada buat apa-apa kat kau ke?" Tanya Dian prihatin. Aries menggeleng perlahan. Aries tersenyum pahit.
"Aku okey jelah. Jomlah. Nanti lambat pula sampai." Kata Aries yang mula berjalan laju memotong Dian. Dian tersenyum sinis. "Ni nak ajak lumba ke apa?" Dian mula berjalan laju menyebelahi Aries. Aries tersenyum sinis.
"Dah tahu jangan tanya." Kata Aries sebelum lari meninggalkan Dian. Dian tergelak lalu berlari membelakangi Aries. Kelajuan Dian lebih perlahan berbanding Aries membuatkan Dian kalah pada perlumbaan ini. Aries tergelak riang.
"Ish tak adillah Ries! Dah tahu akan menang kenapa ajak lumba?" Kata Dian, sedikit marah kerana dia kalah. Aries tersengih. "Dah tahu akan kalah, kenapa paksa diri untuk lari?" Dia memandang ke arah Dian dan menunduk untuk separas dengannya. Dia kemudian bangun dan mengelap peluhnya.
"Okey fine. Sorry. Nanti aku belanja makan." Kata Aries serba salah. Dian tersenyum riang. Dia bangun lalu berjalan masuk ke dalam mall.
Mata Dian mengilau apabila mereka berada di dalam mall. Tak tahu nak masuk kedai mana dahulu. Dian kemudian pandang Aries dengan muka serious. Aries sedar kelakuan Dian lalu memandangnya. "Apa?" Soalnya.
Dian tersengih sebelum bertanya. "Kau rasa nak beli baju dulu ke... beli barang dulu?" Tanya Dian sambil memandang Aries. Aries mengalihkan pandangan. "Barang apa?" Tanya Aries.
"Alat tulis.." jawab Dian lalu tersenyum. Aries berfikir sebentar. Beli barang dulu lah." Dian mengangguk lalu berjalan menuju ke kedai alat tulis.
(Timeskip)
Mereka di dalam kedai makan Dubuyo. Aries meminta Dian untuk memilih kedai makan dan Dian memilih Dubuyo. Aries hanya mengikut sahaja. Sedang mereka makan, ada yang menegur mereka. Senior-senior mereka.
"Eh, kita jumpa lagi!" Sapa salah seorang dari mereka. Aries tidak menghiraukan mereka dan menghabiskan makanannya. Dian tersenyum ke arah seniornya.
"Abang pun nak makan jugak?" Soal Dian prihatin. Mereka mengangguk lalu memandang Dian dan Aries bergilir. "Ni dating ke apa?" Soal salah seorang dari mereka lalu tersengih l. Dian menggeleng laju lalu mengerutkan kening. Senior-senior mereka tergelak.
"Dian... Habiskan makanan tu cepat..." Aries akhirnya berkata-kata. Dian mengangguk lalu menghabiskan makanannya. "Dahlah. Jom pergi." Kata Dian kepada Aries sebelum bangun dari tempat duduknya. Dian senyum ke arah senior-senior mereka. "Kitorang minta diri dulu ya? Bye!" Aries dan Dian berlalu pergi dari situ.
Dian menatap muka Aries yang dari tadi diam sahaja. Muka Aries pucat. Dian merasa risau. "Ries, kau okey ke ni? Sejak tengahari tadi muka kau pucat je..." tanya Dian prihatin. Aries tersenyum lalu mengangguk. "Kurang sihat ni... Balik nanti makan Panadol okey lah ni..." kata Aries lalu tersenyum pahit. Dian hanya mempercayai kata-kata Aries.