Part 32

10 2 0
                                    

"Padan muka abang kau." Kata Terry kepada Nurell. Nurell menjelingkan matanya.

"Lagi padan muka Khaleef." Kata Nurell. Selepas apa yang terjadi, Khaleef terus berjumpa dengan Terry dan Maro yang masih di rumah. Mereka kemudian berjumpa dengan Nurell.

"Padan muka aku dapat pakej minta maaf dia. Aku yang cekik dia, dia yang minta maaf kat aku. Baguskan aku?" Khaleef tersenyum sinis.

"Tak, overprotective gila kau. Grace sentuh dia 0.87 saat je weh!" Kata Maro. Dia tidak sangka Khaleef mencekik Grace begitu kuat sehingga membuatkan Arianna trauma.

"Tak, masalahnya, aku, nak tarik dia waktu dia panjat balkoni pun takut tahu? Grace tu, mana letak malu dia?" Bidas Khaleef. Nurell yang mendengar juga setuju dengan Khaleef. Abangnya sudah melampau.

"Kita dah tingkatan dua." Kata Khaleef tiba-tiba. Terry dan Maro mengangguk.

"Jom kita minta kat Abang Ries untuk jawab SPM tahun ni?" Cadang Khaleef. Lama Terry dan Maro berfikir.

"Kau tahu kan yang aku ni-"

"Kau bodoh yang lain. Kau tak bodoh buku teks. Buku teks abang-abang senior dah berapa banyak kau khatam?" Kata Khaleef. Maro tersengih-sengih. Terry masih berfikir.

"Haritu, aku ada dengar abang Ries cakap pasal ni." Kata Terry. Khaleef dan Maro serentak memandang Terry.

"Ye?? Dia cakap pasal apa?" Soal Maro. Nurell hanya mendengar. Jawab SPM waktu tingkatan dua? Pergh... Kerja gila..

"Dia nak kita jawab SPM tahun ni. Dia nak kita uruskan Tigers awal, boleh tolong diorang." Kata Terry. Khaleef dan Maro mengangguk.

"Korang ni semaklah. Berambus boleh?" Kedengaran suara seorang gadis kecil. Mereka semua serta-merta dapat mengecam suara itu. Siapa lagi kalau bukan Arianna. Dia sudah balik ke rumah selepas dipujuk oleh Aaryan.

Tapi sekarang ini dia diganggu oleh lelaki.

"Jangan kacau aku." Kata Arianna. Lelaki dihadapannya merenung tubuh Arianna. Dari dada, ke bawah. Takut Arianna dibuatnya. Sudahlah dia sudah pernah mengalami pengalaman menyakitkan dulu.

"Kau ni, cantikkan? Bentuk badan... Muka pun comel... Badan kecik... Sedap ni kalau aku ratah sesorang..." Kata lelaki itu. Dia menarik tangan Arianna merapatinya, namun Arianna mengeraskan dirinya dan dia langsung tidak berganjak.

Khaleef yang memerhati sudah naik angin. Wajahnya merah menahan marah, begitu juga Terry dan Maro.

"Tigers, aku lapar." Kata Khaleef membuatkan mereka tersenyum sinis.

Mereka terus membuka langkah dan mendekati Arianna dan lelaki itu. Arianna sudah merembeskan air mata apabila lelaki itu bertindak aggresif dan menampar pipi mulusnya. Makin marah Terry, Maro dan Khaleef dibuatnya.

"Woi!" Khaleef berlari menolak lelaki itu dengan kuat. Lelaki itu terdorong ke belakang lalu jatuh ke dalam longkang. Kepalanya terhantuk kuat pada batu di situ membuatkan dia tidak sedarkan diri. Terry dan Maro naik hairan.

"Eh, makan tak ajak doh kau! Tengok, dah mampus!" Terry menolak bahu Khaleef. Khaleef menggaru kepalanya.

"Weh, telefon Abang Ries sekarang. Aku dengar cerita dia tengah lapar tu." Kata Khaleef. Maro mengangguk dan terus mengeluarkan telefonnya. Khaleef baru sahaja memusingkan badan untuk memandang ke arah Arianna namun gadis itu bertindak memeluk lelaki itu.

Jantung Khaleef yang berdegup normal terus berubah rentak lebih laju. Bapak ah! Dia peluk aku!

"A... Arianna..." Tergagap-gagap Khaleef menyebut nama itu. Terry yang melihat itu mengetap bibir menahan tawa.

TigersWhere stories live. Discover now