"Assalamualaikum Tengku!" Sapa Tuan Zaid kepada Tengku Areel.
Tengku Areel bangun dari duduknya dan berjabat tangan dengan Tuan Zaid terlebih dahulu.
"Waalaikumussalam. Awal Tuan sampai. Saya baru nak gerak ke kafe." Kata Tengku Areel sopan walaupun riak wajahnya tidak berubah. Dingin sahaja.
Tuan Zaid tersenyum. "Saja datang awal. Nak minum, jom lah. Saya pun belum sarapan lagi." Kata Tuan Zaid sebelum memulakan langkah ke kafe.
Tengku Areel mengekor Tuan Zaid ke kafe.
Tengku Areel mengambil tempat di hadapan Tuan Zaid. "Tuan sihat?" Soalnya prihatin.
"Alhamdulillah, setakat ni okey je. Penyakit tua tu adalah." Tuan Zaid tersengih.
Tengku Areel mengangguk. "Syarikat Tuan macam mana? Okey? Saya dengar syarikat tu hampir muflis bulan lepas." Soal Tengku Areel sekadar berbasa-basi. Terselit nada sinis dalam soalan.
Tuan Zaid hanya merenung Tengku Areel bersama senyuman sinis. "Alhamdulillah. We managed." Jawabnya.
Tuan Zaid merupakan CEO kepada syarikat Z's Holdings yang merupakan musuh ketat kepada syarikat milik keluarga Aries.
"Sekarang, kitorang dah mendahului. Tak nak potong ke?" Soal Tuan Zaid pula.
Tengku Areel hanya diam. Alah. Setakat mendahului satu syarikat apa lah sangat. Keluarga Aries ada lagi beberapa syarikat yang kau belum mendahului.
"Syarikat saya nanti dijemput ke festival usahawan berjaya yang akan berlangsung di Sarawak nanti. Syarikat Tengku tak dijemput ke? Kesian..." Sinis Tuan Zaid.
Tengku Areel mengerutkan kening. Siapa kata tak dapat? Kalau Rul's Enterprise tak dapat, Rul's Airlines boleh dapat. Rul's Dealership? Lagi lah dapat.
"Saya bukan apa Tengku... Tapi dah rezeki kan..." Kata Tuan Zaid lagi. Ingin menunjuk-nunjuk. Orang salahlah pak cik kalau nak tunjuk menunjuk ni.
"Perjumpaan hari ni, Tuan nak bincang pasal apa?" Soal Tengku Areel, ingin mengubah topik.
"Pasal syarikat kau. Aku tahu korang tipu dalam jualan." Kata Tuan Zaid.
Aik? Kitorang? Tipu?
"Kitorang tak pernah tipu, tuan. Kalau tuan nak buat fitnah, saya boleh bawa ni masuk mahkamah." Sinis Tengku Areel berkata. Suka hati je kata kitorang tipu?
"Korang riba'." Kata Tuan Zaid lagi.
"Kitorang tak pernah mengenakan sebarang bunga pada setiap pembelian. Kalau diorang buat order sekalipun, shipping kitorang free. Kalau diorang buat hutang pun, kitorang suruh diorang bayar balik bawah kuantiti yang diorang pinjam dari kitorang. Tuan nak buat fitnah apa ni?" Soal Tengku Areel. Dahinya berkerut. Kitorang dah banyak bagi belas kasihan pun kau nak fitnah kata riba'? Perghhh...
"Tengku tak perlu nak tipu bagi pihak budak Aries tu. Kitorang dah tahu banyak benda." Kata Tengku Zaid lagi. Eh ni dah melebih!
"Demi Allah, tuan. Kitorang tak buat riba'." Jawab Tengku Areel tenang.
"Habis tu, kenapa kau boleh kaya?"
Tengku Areel mengerutkan kening. Aik? Kau pun kaya lah atok.
"Saya kaya sebab titik peluh saya dan sebab saya yang dari keluarga kerajaan. Tuan tak kaya ke?" Sinis Tengku Areel menyoal kembali.
Tuan Zaid mengetap rahangnya. Marah ke tu? "Jadi, kenapa Aries tak datang meeting hari ni?" Soalnya kembali.
"Ries sibuk tentang banyak perkara sekarang." Jawab Tengku Areel.