Part 22

8 1 0
                                    

"Rhys?" Soal Maro bersama kerutan di dahi. Apa dia buat di sini? Memanglah tugas dia untuk mencari si Rhys ni, tapi ini Rhys yang cari diorang.

"Waalaikumussalam." Kata Rhys dalam nada sindiran. Terry menjeling matanya manakala Khaleef hanya diam. Tidak ingin memasuki campur urusan keluarga orang lain.

"Apa kau nak? Kitorang kat sini nak tunggu Abang Ries. Bukan Abang Rhys." Sindir Maro. Maro memang lebih muda berbanding Rhys. Muda lima minit. Tetapi Terry masih lagi yang paling tua walaupun dengan kehadiran Rhys.

"Kira baiklah aku nak datang selamatkan korang kat sini. Walaupun hati aku kata padan muka, tapi sebab Abang Ries dah suruh kan? Terpaksalah demi abang kesayangan." Jawab Rhys penuh sinis. "Nak ikut boleh jalan. Tak nak ikut boleh mereput kat sini. Cau." Rhys melangkah pergi.

Arianna hanya diam ternganga. Dia ni Rhys? Dia ni abang dia yang diceritakan Khaleef? Hensem siak!

Mata Arianna masih tertancap pada wajah Rhys. Macam jakun. Lupa ingatan tu dikira jakun ke? Macam pelik pula bila dia dah ingat semua benda kecuali abang yang pernah diagungkan olehnya dulu.

"Ni adik aku kan?" Kata Rhys. Mukanya yang tadi tegang berubah lembut apabila melihat Arianna yang keliru itu. "Arianna." Panggilnya. Arianna mengangguk perlahan.

"Si...siapa awak?" Soal Arianna gugup. Dia ingin tahu siapa lelaki yang sukar untuknya supaya mengingatinya semula.

"Saya abang kembar awak. Lebih muda dari Terry, lebih tua dari Maro. 50/50 macam tu lah. Muka saya mix macam awak hensem kan?" Rhys puji diri. Terry dan Maro yang mendengar sudah mula loya tekak manakala Khaleef dari tadi mencuba untuk menahan gelaknya. Arianna hanya tersenyum kecil. Dalam hatinya mengucap perkataan 'perasan' terhadap lelaki itu.

"Bapak perasan doh kau. Muka kita beza sikit je." Kata Maro sambil menjeling tajam wajah Rhys. Rhys tersenyum sinis.

"Lain. Aku mix. Kau ikut mommy." Jelas Rhys. Secara spontan, dia menarik Arianna ke dalam pelukannya. Arianna yang tidak biasa mula meronta agak perlahan.

"Janganlah bergerak. Dah lama tak peluk adik abang." Kata Rhys dengan nada sedih. Rasa bersalah pula Arianna. Dia kemudian membiarkan dirinya dipeluk. Terry dan Maro sudah mula timbul rasa jengkel.

"Tak, kau kat sini kalau takde niat nak selamatkan kitorang baik kau pergi belah." Kata Maro mendatar. Dia tidak suka lelaki itu memeluk adik perempuannya.

"Niat aku nak selamatkan Arianna je. So bolehlah aku belah dengan Arianna kan?" Kata Rhys sinis. Terry menggenggam tangannya.

"Aku pun ada niat nak tumbuk kau sekarang ni." Kata Terry dengan sinisnya.

"How funny. We both have the same intentions. I mean... We are twins after all." Kata Rhys dengan sinisnya. Matanya tajam merenung wajah Terry yang turut tegang dengan kehadiran yang tidak diundang itu.

"Macam aku kata, kalau nak ikut boleh mula gerakkan kaki. Kalau tak nak, bye." Kata Rhys, sekali lagi mula mengorak langkah keluar dari lorong itu.

Terry, Maro, Khaleef dan Arianna saling berpandangan sebelum mereka juga mula melangkah mengekor di belakang Rhys.

"Ni ke Rhys?" Soal Arianna kepada Khaleef. Khaleef mengangguk.

"Hm. Dia lah. Yang aku pernah cerita tu." Jawab Khaleef. Arianna mengangguk.

"Muka dia tak sama pun macam..." Kata-kata Arianna berhenti di situ.

"Shh..." Khaleef memotong percakapan Arianna. Di hadapan mereka sekarang, ada sekumpulan lelaki berbadan sasa. Itu kumpulan yang kejar mereka tadi. Mereka segera menyorok di sebalik tembok.

TigersWhere stories live. Discover now