Part 24

11 1 0
                                    

Aaryan pulang ke banglo berseorangan. Kini tinggal dirinya seorang sahaja yang tinggal di dalam banglo itu. Isteri Ameer sudah sedar, Aries sudah kahwin, Asnaf ditahan di wad. Dia termenung melihat gambar-gambar yang tersusun rapi diatas meja.

Baru sahaja dia ingin membaringkan dirinya di atas sofa, seseorang masuk ke dalam rumah itu tanpa salam. Aaryan menatap wajah jejaka itu. Itu Aries.

"Ya, Ries? Kenapa datang sini?" Soal Aaryan. Dia membaringkan tubuhnya di atas sofa. Aries hanya memandang rakannya itu.

"Saja. Rindu rumah ni." Kata Aries. Aaryan mengangguk.

"Rumah ni aku sorang je yang duduk sekarang. Sumpah bosan. Diteankan gambar-gambar korang ni je." Kata Aaryan. Suaranya sedikit perlahan.

"Kau sedih ke Yan?" Soal Aries. Dia perasan yang suara Aaryan berubah sayu tiba-tiba. Aaryan pantas menggeleng.

"Aries... Tolonglah... Aku tak boleh tidur... Kau kena bagitahu aku perkara sebenar... Kenapa kau tak lawan balik...?" Soal Aaryan. Dia masih teringat hal yang disoalnya ketika di pejabat tadi. Aries hanya diam.

"Macam ni lah Yan. Aku janji aku akan bagitahu. Bukan sekarang." Kata Aries. Aaryan terdiam. Aaryan terus bangun dari duduknya dan terus memeluk tubuh Aries.

"Kau sakit pun buat aku nangis, Ries. Apatahlagi benda serius ni. Tolong jangan buat kitorang terseksa hanya dengan berita buruk yang terjadi dekat kau." Kata Aaryan. Air mata jantannya mengalir menuruni pipi. Aries terdiam. Dia membalas pelukan rakannya itu.

"Maafkan aku, Yan." Kata Aries perlahan.

"Banyak benda yang kau lalui, Ries... Banyak... Semua benda tu boleh menyebabkan kematian kau tahu tak...?" Kata Aaryan. Suaranya bergetar sedikit. Aries menahan sebak mendengar Aaryan berkata sebegitu.

"Aku tak nak... Kau tinggal aku... Tolonglah Ries... Janji dengan aku kau takkan lalui benda tu lagi... Janji dengan aku kau akan jaga diri kau..." Kata Aaryan. Aries akhirnya mengalirkan air mata juga.

"Nanti kalau kau dah tak ada... Siapa nak masak untuk aku...?" Sambung Aaryan lagi. Dia cuba membuat lawak walaupun suaranya semakin perlahan menahan sebak. Aries mengusap belakang badan Aaryan.

"Yan..." Aries menolak sedikit tubuh Aaryan. Dia mendudukkan Aaryan di atas sofa. "Aku... Aku tak boleh janji semua tu. Kau pun tahu yang aku tak boleh nak elak benda yang dah berlaku." Kata Aries.

"Aku akan jadi lebih berhati-hati, dah berapa kali aku cakap ayat tu dekat Ameer? Akhirnya benda tu berulang sekali lagi. Semua tu berlaku tanpa kerelaan aku sendiri." Sambung Aries lagi. Makin laju air mata Aaryan merembes keluar.

"Diorang rogol aku, diorang seksa aku. Kenapa aku tak halang? Aku tak kuat, Yan. Aku tak kuat nak dibandingkan dengan Zafri. Selama ni aku acah-acah kuat... Sebab aku nak yakinkan korang semua yang aku boleh jaga diri sendiri tapi hakikatnya? Aku jadi mangsa Zafri." Kata Aries lagi.

"Terus terang aku cakap, aku tak boleh janji. Dah banyak kali aku mungkir janji Ameer. Dah banyak kali aku kecewakan dia. Dah banyak kali... Aku buat dia nangis. Dia lah yang paling terseksa bila kita masih lagi sekolah menengah, Yan." Aries mengelap air matanya.

"Aku pun kalau boleh tak nak tinggalkan korang weh..." Kata Aries lagi. Aaryan kembali memeluk Aries.

"Kau jaga lah diri kau betul-betul Ries... Mata kau sebelah pun dah tak ada... Lepas ni apa...? Aku tak nak kau mati lah sial..." Kata Aaryan lagi. Aries hanya diam, membiarkan rakannya itu memeluknya.

Ries... Aku tahu aku tak selevel dengan kau, tapi aku masih pandai untuk tahu semua ni...

_______________________________________
Keesokan hari.                                          

TigersWhere stories live. Discover now