Aaryan menyandarkan badannya ke kerusi yang diletakkan di dalam wad milik Raudhah. Aaryan datang ke situ bersama Asnaf dan Aries kerana dipanggil Ameer.
Aries mengerutkan kening. "Hm?" Singkat saja soalan dia. Dia masih marah dengan kelakuan Ameer tempoh hari.
"Dia nak jumpa korang." Kata Ameer bersahaja. Dia duduk di tepi katil Raudhah.
Mereka memandang sesama sendiri. Raudhah nak jumpa diorang? Asnaf menjungkitkan kening. "Still tak faham. Kenapa dia nak jumpa kitorang?" Soal Asnaf mendatar.
Ameer memandang ke arah Raudhah. Raudhah memandang rakan-rakannya itu dengan penuh minat. Cuci mata ke kak?
Ameer mendengus perlahan. "Senang nya awak nak cuci mata depan saya, ya?" Kata Ameer dengan nada yang sedikit marah.
Raudhah tersengih. Dia kembali menatap wajah jejaka-jejaka yang berada di depannya.
Mereka hanya menunjukkan muka tenang. Aries hanya menjungkitkan keningnya ketika melihat wajah Raudhah.
"Siapa yang masak bubur untuk saya semalam?" Soal Raudhah dengan suara yang lembut.
Aries mengangkat tangannya. "Saya." Katanya sepatah.
Raudhah mengangguk. "Sedap betul bubur awak tu! Awak cef ke? Awak buka kedai ke?" Bersinar mata Raudhah apabila melihat Aries. Dahlah kacak. Pandai masak pula tu! Memang calon suami terbaik!
Aries tergelak kecil lalu menggeleng. "Tak, saya tak buka kedai apa-apa pun. Tapi terima kasih atas pujian tu. Saya masak sebab suami awak tak sempat je. Masakan dia pun sedap apa?" Puji Aries sebelum mengerling ke arah Ameer. Ini adalah ayat panjang pertama yang diberi Aries setelah seharian merajuk.
Ameer memandang muka Aries dengan kening yang berkerut. Biar betul dia ni? Aku masak nasi bujang boleh lah!
Raudhah memandang ke arah suaminya. "Awak pandai masak? Harini awak masaklah untuk saya!" Minta Raudhah.
Membulat mata Ameer mendengar permintaan isterinya. Andai isterinya tahu yang dia nyaris terbakar rumah ketika belajar memasak bersama Aries. Aries mengetap bibir menahan ketawa. Begitu juga Asnaf dan Aaryan. Mereka tahu bahawa Ameer tiada bakat untuk memasak.
Ameer mengerling ke arah Aries dengan pandangan tajam. Aries menjulingkan matanya. Rasakan kau, Ameer!
Ameer memandang ke arah isterinya dengan senyuman yang dipaksa. "Boleh, sayang. Awak nak makan apa?" Soal Ameer perlahan.
Raudhah berfikir sebentar. "Sup! Sup kambing!" Kata Raudhah ceria.
Ah sudah. Parah. Memang parah. Kenapa dia tak suruh masak nasi goreng ke? Ni sup kambing. Ameer dah lah takde bakat nak tumis air bodoh pun. Ameer mengangguk perlahan sebelum meminta diri untuk keluar bersama rakan-rakannya.
"Bodoh kau Ries! Kau tahu aku tak pandai masak!" Kata Ameer sebelum menarik Aries menggunakan kolar kemeja putih yang Aries pakai.
Aries tersenyum sinis. "Kalau tak tahu, belajar. Kau ingat aku lahir-lahir dah pandai masak nasi ke?" Sinis Aries berkata sejurus menepis kasar tangan rakannya.
Ameer mendengus kasar. "Kau cari pasal kan? Kau nak balas dendam sebab semalam kan?" Kata Ameer bersama senyuman sinisnya.
Aries tergelak. "Dah tahu kenapa tanya?" Kata Aries bersama pandangan tajamnya.
Ameer diam seketika. Dia dah lah tak pandai masak. Macam mana ni?
Aries mengetap rahangnya sejurus melepaskan keluhan kecil. "Nanti aku ajar." Katanya membuatkan mereka semua memaling ke arah Aries.