Part 17

10 1 0
                                    

"Lepaskan aku lah sial..." Kata Asnaf yang diikat kepada kerusi. Dia ditembak sebelum Terry dan Maro ditembak dan kemudian diculik oleh penembak. Aik, macam pelik je ayat ni.

Lelaki itu ketawa kecil. "Haih... Asnaf... Asnaf... Kau dah seksa abang aku, seronoklah engkau, kan? Sekarang giliran aku untuk seksa kau." Kata lelaki itu sebelum mencapai selaras pistol dan menembak mengenai bahu Asnaf.

Asnaf mengerang kesakitan. "Lepaskan aku, Zain... Kau tak tahu sebab utama kitorang buat ni..." Rayu Asnaf. Dia bukan lemah, tapi kalau dia tunjuk yang diri dia kuat, Zain akan melepaskan lagi beberapa das tembakan terhadapnya.

Zain merenungnya tajam. Kau seksa abang aku boleh. Takkan aku tak boleh? Dia mencapai sebilah pisau sebelum menikam paha Asnaf. "Ini kira baik aku seksa kau dari bunuh kau. Sebab kau kawan aku, aku tak sanggup nak bunuh kau."

Asnaf mengerang kesakitan sebelum tergelak kecil. "Tak, kau tak bunuh aku sebab kau takut abang kau akan dibunuh Aries. Bukan setakat abang kau, kau pun akan diseksa kalau dia tahu apa kau buat kat aku." Sinis Asnaf berkata sebelum mengerang kesakitan apabila Zafri menekan pisau yang ditikam kepada pahanya.

"Tahu sakit. Jangan nak acah hebat sangat boleh tak?" Kata Zafri sebelum menarik keluar pisaunya. Darah terpercik keluar dari paha Asnaf.

Asnaf tertunduk lemah. Dia tidak boleh berbuat apa-apa. Dia tidak sanggup untuk melawan rakannya yang pernah berada bersamanya ketika susah dan senang. Rakannya yang selalu membelanjakan makanan. Dan akhirnya redha diseksa rakan sendiri.

_______________________________________

"Adik aku mana sial?!" Otak Aries kini menjadi serabut. Terry dan Maro ditahan di wad. Asnaf diculik. Lepas ni apa pulak?

Ameer yang sibuk menggodam CCTV hanya fokus kepada tugasnya. Dia ingin mencari rakannya.

Aaryan pula sibuk menjaga Zafri di bilik penyeksaan supaya dia tidak terlepas atau kemungkinan besar adiknya akan datang.

Tengku Shah dan Tengku Areel diam di duduknya. Mereka sudah cuba membantu. Mereka menggodam telefon Asnaf, tapi malangnya telefon Asnaf terpadam ketika perjalanan.

Tengku Shah melepaskan keluhan berat. "Kalau lokasi terakhir dia dekat Muar, Johor. Tapi tak ke pelik? Jauh kan?" Kata Tengku Shah.

Ameer mengangguk. "Aku dah godam hampir semua CCTV, tapi takde satu pun yang tunjuk gambaran van hitam yang Asnaf naik." Kata Ameer.

Aries mengerutkan kening. Van hitam mana pulak? "Mana kau tahu dia naik van hitam?" Soal Aries kehairanan.

"Aku pasti yang culik Asnaf tu adik Zafri. Rakaman CCTV yang aku check sebelum ni ada van hitam kat stesen minyak. Budak tu keluar dari van tu bawak pisau dalam poket pastu masuk tandas." Jelas Ameer sebelum dia terus terdiam. Matanya terbungkam. "Ni CCTV dekat mana sial? Tu Asnaf kan?" Kata Ameer sebelum memusingkan laptopnya menghadap Aries.

Aries memerhati rakaman CCTV itu. Matanya berubah gelap. Wajahnya bengis. "Shah, kau cari lokasi tu sekarang. Areel, Ameer. Korang ikut aku. Kita nak masuk perang." Arah Aries.

Mereka akur dan terus bergerak. Tengku Shah yang masih di tempat duduknya mencapai laptop kepunyaan Ameer dan cuba untuk mengesan lokasi. Tiba-tiba...

"Aisya..?" Soal Tengku Shah sendirian apabila rakaman Zain membawa masuk seorang wanita dengan cara yang kasar ke dalam bilik yang terletaknya Asnaf. Itu memang Aisya. Aisya tak bertudung. Astaghfirullah...

Tengku Shah dengan pantas mengesan lokasi sebelum bangun dari duduknya dan bergegas mendapatkan Aries untuk memberitahu hal ini.

_______________________________________

TigersWhere stories live. Discover now