Part 10

23 0 0
                                    

Ameer memandang sepi dinding hospital itu. Air matanya yang tadi membasahi pipi sudah kering akhirnya.

Selepas mendengar berita baik itu, dia bergegas ke hospital untuk bertemu dengan isteri kesayangannya. Tetapi, malangnya isterinya telah hilang segala ingatan tentang Ameer. Dia bahkan tidak mengingati bahawa dia sudah berkahwin.

"Maaf, tapi saya tak kenal awak... Awak siapa?" Tanya Raudhah lembut.

Hampir terkena serangan jantung Ameer apabila mendengar soalan Raudhah. 'Dia tak kenal aku?' air matanya laju membasahi pipi.

"Sa...sayang..." Dia cuba untuk berkata-kata dengan suara yang tertahan. Dia merasa ingin menangis sekuat hatinya sekarang. "Sayang... Takkanlah sayang lupa saya?.."

Raudhah menggeleng perlahan. Rasa bersalah menerangi dirinya. Dia pernah berkenalan dengannya? Kenapa dia tak ingat? Kehadiran Ameer juga membuatkan wanita itu kurang selesa.

Ameer mengangguk perlahan. Dia memberikan senyuman kecil kepada isterinya. "Takpelah... Saya... Saya keluar sekarang... Nampaknya kehadiran saya buatkan awak kurang selesa." Katanya perlahan sebelum berjalan keluar dari wad yang menempatkan isterinya itu.

Ibu kepada Raudhah memandang menantunya dengan penuh simpati. "Ibu balik dulu, ya? Kamu boleh tolong jaga Raudhah?" Soal Puan Riana.

Ameer berasa lemah sekarang. Dia menggeleng perlahan. "Dia tak kenal Ameer. Dia tak percayakan Ameer. Kehadiran Ameer di sini membuatkan dia tak selesa. Ameer tak nak buat dia takut. Ameer tak nak buat dia benci Ameer.. Ameer tak sanggup." Kata Ameer dengan suara yang tertahan. Air mata kembali membasahi pipi.

Puan Riana hanya mengangguk perlahan. "Tapi... Kamu masih sayang dia, kan? Kamu tak sanggup nak lepaskan dia, kan?" Tanya Puan Riana perlahan.

Soalan Puan Riana membuatkan Ameer terdiam. Ya, dia tidak sanggup melepaskan isterinya ke tangan lelaki yang lain.

"Kalau kamu taknak jumpa dia sekalipun... Kamu tolong lah beri dia makan... Kamu tolong menemani dia pada waktu malam... Ibu nak beri ruang kepada kamu berdua.. Ibu pasti dia akan ingat Ameer balik.." Kata Puan Riana.

Ameer tidak menjawab apa-apa. Sebaliknya dia mengangguk.

Puan Riana berjalan keluar dari hospital itu.

Ameer turut bangun untuk meninggalkan hospital itu. Sementara sahaja. Dia ingin meluahkan segalanya kepada rakan-rakannya dia banglo.

Dia memandu superbike miliknya untuk ke banglo.

Setiba di banglo, dia terus duduk di atas sofa tanpa berkata apa-apa. Aries duduk di sebelahnya, sedia untuk menenangkannya. Asnaf menuangkan segelas air sebelum diberikan kepada Ameer. Aaryan menyediakan sup mushroom kesukaan Ameer.

Sekali lagi, air mata Ameer membasahi pipi. Aries mengusap belakang Ameer perlahan. "Apa jadi, Meer? Ceritakan lah kat kitorang.." pujuk Aries.

Asnaf dan Aaryan mengangguk. Ameer terdiam sebentar. "Isteri aku hilang ingatan." Kata Ameer mendatar.

Terbeliak mata mereka mendengar. "Hah..?" Terkejut Asnaf mendengar pernyataan Ameer.

Ameer mengangguk. "Isteri aku hilang ingatan. Dia tak ingat aku. Dia tak tahu aku suami dia. Dia tak tahu yang dia dah kahwin." Kata Ameer. Air matanya laju membasahi pipinya yang kering tadi.

Aries terdiam. Dia tidak sekejut Aaryan dan Asnaf. Rasa terkejutnya biasa-biasa sahaja. Tapi rasa sakitnya hatinya apabila melihat kawan baiknya menangis, membuatkan dia hilang nafas untuk seketika.

TigersWhere stories live. Discover now