'Kau nak apa?' soal Tengku Shah dengan nada yang tegas. Lelaki itu tersenyum sinis. Dia mengeluarkan beberapa keping gambar Aries yang ditangkap tanpa disedari.
Tengku Shah merenung dalam mata lelaki itu. 'Aku pasti kau kenal aku.' kata lelaki itu. Tengku Shah mengerutkan kening. Macam tahu-tahu je lelaki ni yang dia kena buru.
'Zafri Qays.' Tengku Shah menyebut nama itu sekali. Dia kemudian menatap tajam muka lelaki itu. 'Tu nama kau kan?' soalnya tegas.
Lelaki itu tergelak sarkastik. Dia kemudian mengangguk. 'Siapa lagi kan?' dia tersenyum sinis.
Tengku Shah menggenggam tangannya. Inilah musuh baharunya. Dia melihat gambar-gambar yang ditunjuk Zafri. 'Kau nak apa dari kitorang?' soalnya kasar.
Zafri tergelak lalu menggeleng perlahan. 'Aku tak nak kau dengan team lemah kau tu. Aku tak nak apa-apa pun dari korang.' katanya sambil melangkah ke Tengku Shah.
Tengku Shah memerhati setiap gerak-geri Zafri. 'Aku nak anak buah kau yang nama Aries tu.' bisiknya ke telinga Tengku Shah. Timbul segala urat di lengannya setelah nama Aries disebut.
'Mulut kau terlalu kotor untuk sebut nama tu.' tempelak Tengku Shah. Dia mengerling ke arah Zafri. Zafri tersenyum sinis.
'Baik kau lindung dia sebelum kau nampak nama dia atas batu nisan.' ayat Zafri itu membuat Tengku Shah naik angin. Dia dengan pantas menumbuk kepala Zafri Qays sehingga dia rebah ke lantai.
'Aku rasa nama yang akan ada dekat batu nisan tu nama kau.' kata Tengku Shah dalam nada marah sebelum berlalu pergi.
"And baru sekarang kau nak bagitahu?" Tanya Ameer lalu menyilangkan tangannya. Asnaf berjalan mundar-mandir setelah mendengar berita yang diberitahu Tengku Shah.
"Kita kena lebih berhati-hati." Kata Aaryan. Dia mengusap belakang Aries kerana risau Aries terkena serangan jantung apabila mendapat tahu kisah ini.
Aries hanya diam. Mukanya berubah serius. Ameer memalingkan pandangan ke Aries. "What's in your mind, Ries?" Soalnya ke Aries.
Aries memikir sejenak. Dia memejamkan matanya sebelum membukanya semula dengan wajah yang lebih serius. "Everything." Jawabnya.
Inilah sisi gelap seorang Aries Arman yang selalu ceria. Hanya kawan rapat dan adik kembarnya pernah melihat sisi gelap Aries.
"Seminggu." Katanya sepatah. Mereka memandang ke arah Aries dengan kening yang berkerut. Mereka faham akan maksud Aries. "I need a week to figure what he wants. Mean you guys can't meet your girlfriend, wife or your fiance. Understand, tigers?" Arah Aries kepada mereka. Mereka semua mengangguk.
Tengku Shah menepuk bahu Aries. "Aku serahkan semua ni kat kau. Apa-apa roger. I'll be on my office 24/7." Kata Tengku Shah ke Aries. Aries mengangguk.
_______________________________________
"Sir, I want to ask for a break." Kata Dian kepada kaptennya. Dian sekarang berkerja sebagai tentera di United Kingdom.
Kaptennya memandang ke arah Dian seketika. "Why? You want to quit? You're our best soldier here. You can't leave us." Kata kaptennya tegas.
Dian menggeleng kepalanya. "I want to have a break for 3 months. I want to go back to my hometown." Jelas Dian.
Kaptennya mengangguk. Dia berfikir sebentar. "3 months? Hmm... Yeah sure I guess. When do you want to leave?" Tanya kaptennya.
Dian menggaru kepalanya. "Tomorrow." Jawabnya. Kaptennya mengangguk.