"Aku terima nikahnya Aisya Husna binti Ahmad Arsyad dengan mas kahwinnya RM20 000 ringgit tunai."
"Sah?"
"Sah!"
"Sah!"
"Alhamdulillah..."
Dan sekarang jejaka yang bernama Aries Arman telah disahkan sebagai suami kepada Aisya.
Aries mengalirkan air matanya perlahan. Dia memandang ke arah bertentangan daripada rakan-rakannya kerana sudah pasti mereka akan menggelakkannya.
Aisya tersenyum kecil kerana mereka sudah disahkan sebagai pasangan suami isteri.
"Abang, sarungkan cincin tu." Arah Asnaf kepada kembarnya.
Aries mengangguk perlahan. Tanpa rasa ragu, dia meraih tangan isterinya dengan perlahan dan terus menyarungkan cincin di jari manis itu.
Aisya turut melakukan perkara yang sama sebelum bersalaman dengan Aries.
Aries yang merasa jantungnya berdegup kencang segera menarik nafas dengan dalam. Sudahlah dia seorang yang berpenyakit jantung dan paru-paru.
Aisya turut melepaskan pegangannya kerana risau Aries akan terkena serangan jantung pada hari yang mulia itu. "Er... Awak, bawa bertenang... Saya tak nak sambung majlis arwah pulak malam ni..." Kata Aisya perlahan. Terselit nada gurauan di dalam kerisauannya.
Aries tergelak kecil bersama peluh yang menitis. "Ya, saya cuba." Dia menatap mata hitam milik Aisya sebelum memalingkan pandangan. Makin lama makin kencang aku kat sini.
Aaryan, Ameer, Asnaf dan Dian yang perhati dari jauh mengetap bibir menahan ketawa apabila melihat reaksi Aries seakan jantungnya ingin terkeluar.
_______________________________________
Aries menghempaskan tubuhnya ke atas katil empuk itu. Dia sungguh penat kerana jantungnya yang dari tadi berdegup kencang.
Aries sudah membeli rumah sebelum mereka berkahwin lagi. Dan sekarang rumah itu telah menjadi rumahnya bersama Aisya. Semoga bahagia.
Aisya yang segan dari tadi memerhati Aries. Dia segan untuk duduk di rumah mahal ini. Dah lah banglo. Besar pulak tu!
Aries yang perasaan kehadiran Aisya terus memandangnya sebelum menepuk ruang di atas katil bersebelahan dengannya.
Aisya berjalan perlahan ke arahnya sebelum melabuhkan punggung di atas katil bersebelahan Aries.
Tidak semena-mena, beliau ditarik di dalam dakapan Aries. Aries melelapkan mata di atas bahu Aisya. Aisya yang terkejut dengan kelakuan Aries menolak perlahan tubuh Aries tetapi tubuh itu tidak berganjak walau sedikit.
"Ries..." Panggil Aisya dengan suara yang bergetar.
Aries tidak memandangnya malah makin mengeratkan pelukannya. "Dah lama saya nak peluk buah hati saya macam ni." Luah Aries perlahan.
Muka Aisya berona merah. Hampir sama warna dengan tomato! Nikmatnya kahwin dengan crush sendiri...
Aisya dengan perlahan membalas pelukan Aries. Pelukan Aries sangat hangat dan selesa. Aisya sukar untuk menolak kesempatan untuk memeluk suaminya.
"Ries..." Panggil Aisya lagi.
Aries masih tidak membalas. Aisya menolak perlahan tubuh suaminya itu dan melihat suaminya sudah terlelap di bahunya.
Aisya mengeluh perlahan. Dia membaringkan Aries di atas tilam dengan kepala yang dilapikkan bantal. Dia turut baring di sebelah Aries bagi merehatkan tubuhnya. Dia menghadap ke arah Aries sambil memandang wajah kacak itu dengan khusyuk. Dia tersenyum sendiri. Dia turut melelapkan mata.