Aries bermundar-mandir dari meja kerjanya ke sofa. Shah hanya memerhati kelakuan Aries yang sedang stress.
Aries akhirnya berhenti.
"Apa yang kau fikirkan?" Soal Shah. Aries meletakkan buku limanya di bawah dagu. Tatapannya tajam walaupun dia memandang lantai.
"Kau rasa?" Kata Aries. Dia menghela nafas berat.
"Aku nak setelkan benda ni cepat. Aku tak nak lama-lama." Arah Aries. Shah hanya diam. Dia kemudian bangun dari duduknya dan terus berjalan keluar.
Aries mengurut kepalanya. Fikirannya serabut tika ini. Sedar saja dari koma, sudah menerima pelbagai dugaan. Dia mengeluh.
Dia kembali duduk di meja kerjanya apabila seseorang mengetuk pintu bilik itu. Aries membenarkan mereka masuk. Aisya. Bersama Ryan di dalam dukungan.
"Sayang buat apa dekat sini?" Aries bangun dari duduknya. Dia terus mendekati isterinya. Wajah ketatnya serta merta bertukar lembut. Begitu juga tatapan tajamnya.
"Tak ada apa-apa pun. Ryan rindu abang." Jawab Aisya. Aries tergelak kecil. Dia menatap wajah masam anak kecilnya.
"Aik? Monyok je muka anak papa ni?" Aries mencubit pipi tembam itu dengan lembut. Ryan merengek kecil. Dia kemudian mendongak memandang wajah papanya. Ryan tergelak kecil.
"Amboi, anak papa betul! Dengan mama bukan main menangis sepanjang hari!" Kata Aisya seraya melepaskan ketawa besar. Aries tersenyum manis.
"Ajaran papa." Aries menyambut Ryan dari dukungan Aisya. Pipi tembam itu dicium lama. Terasa beban terberatnya dibebaskan apabila melihat wajah isterinya dan anaknya.
"Abang sibuk ke?" Soal Aisya. Aries tersenyum tawar. Dia kemudian menggeleng kepalanya. Senyuman tawar itu digantikan dengan senyuman manis.
"Tak lah. Abang lapang lagi ni. Sayang ada nak buat apa-apa ke harini?" Soal Aries pula. Aisya hanya diam. Dia tahu suaminya itu sedang merahsiakan sesuatu kepadanya, namun dia tidak akan memaksa lelaki itu untuk memberitahunya.
"Aisya nak beli barang Ryan. Dia dah bosan dengan toys dia, kena beli baru ni. Lepastu baju dia banyak dah kecik." Kata Aisya. Aries tergelak kecil. Pipi Ryan sekali lagi diciumnya.
"Eii membesar anak papa niiii. Sampai baju pun dah tak muat!" Aries mencubit pipi gebu itu lembut. Ryan tergelak kecil.
Aries kemudian mengeluarkan dompetnya dari laci meja kerjanya. Black card miliknya dikeluarkan lalu dihulurkan kepada Aisya. Aisya terpinga-pinga memandang huluran Aries.
"Ambiklah. Kata nak shopping dengan Ryan." Kata Aries. Aisya mengetap bibir. Dengan black card? Gilaaaaaa!
"Errr... Tak apa. Aisya guna duit sendiri." Kata Aisya. Tatapan Aries menjadi tajam. Aisya menelan liur.
"A... Abang ambik black card abang, bagi Aisya semua duit cash." Cadang Aisya. Tatapan Aries kembali menjadi lembut. Black card itu diletakkan semula ke dalam dompetnya.
Satu lagi dompet dikeluarkan dari laci. Dompet itu hanya dipenuhi wang not 1oo! Ternganga Aisya dibuatnya. Sangkanya sudah kaya tidak menggunakan sebarang wang tunai! Dompet itu dihulurkan kepada Aisya. Aisya menggeleng. Aries mengerutkan dahi.
"Kata nak duit cash. Ambik lah." Kata Aries bersama kerutan di dahi.
"Abang punya duit cash macam tak ada beza dengan black card!" Rungut Aisya. Aries menjungkitkan keningnya.
"Nak buat macam mana? Nasib sayanglah jatuh cinta dengan orang kaya." Kata Aries. Tangan isterinya diambil. Dompet tebal itu diletakkan di dalam genggaman isterinya.