Part 5

25 2 0
                                    

'Aries mengalami penyakit jantung tahap 2.' Itu adalah ayat terakhir yang didengari Ameer dari doktor sebelum dia berlalu keluar.

Penyakit jantung tahap 2? Tak ada siapa pernah tahu tentang ni ke?

'Ries, kenapa kau tak pernah bagitahu orang yang kau sakit? You're only thirteen yet you suffered of lung disease!' Jerit Aaryan lantang. Air matanya gugur.

Aries hanya terdiam.

'Why...?' Tanya Asnaf perlahan. Siapa je yang tak sakit hati? Asnaf sudah menangis teresak esak.

Dian dan Aisya mendiamkan diri. Air mata mereka juga gugur walaupun tidak bercakap apa-apa.

Ameer masih bertahan sejak tadi. Masih belum mengalirkan air mata. Walaupun air matanya telah bertakung. Dia mengucap. Dia berdoa. 'Ya Allah sembuhkanlah hambamu ini ya Allah.. Dia hanya manusia biasa.. Maafkan salah silapnya.. Sesungguhnya hanya engkau yang boleh menyembuhkannya..' doa Ameer itu membuatkan semua terdiam.

Aries akhirnya mengalirkan air mata. 'Ries tak nak risaukan orang... Ries tak tahu...' Kata Aries dengan nada perlahan. Dia terduduk di atas kerusi.

Mereka terdiam.

'Ries... Kitorang ada salah apa-apa ke dekat Ries? Tolong maafkan kitorang tapi kalau Ries sakit, tolong bagitahu kitorang. Kitorang sayangkan kau Ries...' Kata Aaryan perlahan. Dia mula nangis teresak esak.

Asnaf keluar dari klinik itu menahan rasa sakit. Abangnya sendiri. Kembarnya sendiri terseksa tapi dia tak tahu. Hanya Allah yang tahu betapa tergurisnya hati Asnaf apabila mendengar berita buruk itu.

_______________________________________

"Ries, lepas makan tu terus makan ubat." Kata Ameer tegas. Sekarang mereka sudah berumur 21 tahun. Mereka juga sudah berkerja.

Ameer, Aaryan, Asnaf dan Aries berkerja sebagai askar di sebuah organisasi rahsia. Ya, tiada sesiapa tahu pekerjaan mereka.

Dian juga berkerja sebagai askar kerana dia dan Aries pernah berjanji untuk menjadi askar bersama walaupun lain institusi. Aisya pula berkerja sebagai seorang doktor pakar jantung.

Cita-cita Aisya dipupuk setelah mendapat tahu penyakit Aries. Dia berazam untuk menyembuhkan Aries.

Aries, Ameer, Asnaf dan Aaryan membeli rumah banglo di kawasan yang agak jauh dari penempatan orang lain supaya mereka boleh berjauhan dengan orang luar ketika menjalankan misi.

Aries mengangguk lalu tersenyum kepada Ameer. Ameer membalas senyumannya.

Sedang Aries leka menikmati makanan, tiba-tiba phone kepunyaannya berdering. Dia bangun untuk menjawab panggilan itu tapi Ameer menghalang.

"Biar aku angkat." Kata Ameer terus mengambil phone Aries lalu menjawab panggilan itu.

"Assalamualaikum. Yan?" Tanya Ameer perlahan. Dengan panggilan Yan tadi, Aries sudah boleh mengagak yang menelefonnya ialah Aaryan.

Ameer bercakap dengan Aaryan sebentar sebelum meletakkan phone itu di atas meja semula. Wajah Ameer bertukar serius.

"Kenapa Meer?" Tanya Aries hairan sebelum menyuapkan nasi ke dalam mulutnya.

"Kita ada mission baru." Kata Ameer tegas.

Aries mengangguk.

"Apahal?" Tanya Aries. Wajahnya bertukar serius.

"Tengku Shah ada discover new enemy." Jawab Ameer.

Aries mengangguk lagi lalu menghabiskan makanannya dan membawa pinggan itu ke singki untuk dibasuh.

TigersWhere stories live. Discover now