"Cik adik, marilah sini. Kami ada buat promosi baru dengan produk kami ni. Semuanya murah belaka!" Kata lelaki tampan itu. Aisya hanya diam sambil membaca risalah produk yang diberi lelaki itu. Produk skincare!
"Murahnya! Ini kan produk berjenama? Kenapa murah sangat?" Soal Aisya. Matanya bersinar. Produk ini sering dihadiahkan oleh Aries apabila skincarenya kehabisan.
"Macam yang saya kata tadi, kami sedang promosi. Kedai kami ada di luar jika cik nak tengok." Kata lelaki itu lagi. Senyuman nakal tiba-tiba terukir di bibir lelaki itu apabila Aisya tidak perasan.
"Hemm... Stok di rumah saya masih banyak, jadi tak apalah. Lain kali saja." Kata Aisya. Dia mengukir senyuman nipis sebelum mula mengorak langkah untuk pergi, namun lelaki itu terus merentap pergelangan tangan Aisya. Aisya tergamam.
"Err... Maafkan saya." Lelaki itu terus melepaskan pegangannya. "Boleh saya nak minta sedikit maklumat cik? Sekiranya cik datang sini lagi, cik boleh dapat harga promosi yang sama." Tipu lelaki itu. Dalam diam dia memikirkan rancangan untuk memperkosakan Aisya. Aisya tersenyum lebar. Sah, dia tertipu.
"Boleh! Dekat mana? Kedai awak ke?" Soal Aisya. Matanya meliar ke arah kedai lelaki itu yang kebetulan kosong itu. Kedai itu berada di tempat yang sedikit tersorok, jadi tidak ramai berada di situ. Dia pula kebetulan lalu.
"Ya! Jom, ikut saya." Kata lelaki itu. Dia mula mengorak langkah ke kedainya. Aisya yang masih tidak sedar apa yang cuba lelaki itu lakukan, pantas saja mengekor lelaki itu sehingga ke kedai itu.
Masuk saja di dalam kedai, lelaki itu terus mengunci pintu tinted itu. Aisya tergamam. Dia merenung tingkah laku lelaki itu manakala lelaki itu memerhati tubuh Aisya dari atas ke bawah. Dia kemudian tersenyum.
"Maaf, ini lunch hour. Memang saya kunci pintu." Kata lelaki itu. Sebab yang tidak bermuhasabah! Macam mana Aisya ingin keluar jika pintu itu dikunci?
Aisya melangkah ke belakang apabila lelaki itu menghampiri. Dia mula rasa tidak selesa. Belakangnya akhirnya bertemu dinding. Ah sudah.
Lelaki itu semakin menghampiri, akhirnya mengunci segala pergerakan Aisya. Air mata Aisya sudah mula bergenang.
"Tak... Awak jangan buat saya macam ni..." Aisya memandang wajah lelaki tampan itu dengan mata yang berair. Wajah lelaki itu jelas menunjukkan yang dia sedang bernafsu.
"Saya lelaki. Saya bernafsu." Senang lelaki itu menjawab membuatkan Aisya mengalirkan air mata. Tangan lelaki itu mula meraba bahagian bawah Aisya.
Aisya terkejut. Dia cuba untuk menolak lelaki itu namun hanya sia-sia. Tenaganya habis di situ sahaja.
_______________________________________
"Woi sial!" Jerit satu suara. Dia memecahkan tingkap kedai itu. Terkejut dia melihat Aisya bersama lelaki itu yang tidak berbaju. Aisya yang seperti nyawa-nyawa ikan dan lelaki itu masih dengan nafsunya.
Lelaki itu segera melepaskan Aisya. Baru sahaja dia ingin mencapai bajunya dan lari, Asnaf dengan pantas melepaskan penumbuk ke muka lelaki itu.
"Ark!" Alat sulit lelaki itu dipijaknya. Asnaf memandang lelaki itu dengan penuh kejam. Dia mencuba sehabis baik untuk tidak melihat Aisya yang tidak berbaju sambil terkangkang baring itu. Aisya seperti tidak menyedarkan diri walaupun tangan Aisya bergerak untuk mencari kain bagi menutup tubuhnya.
"Kau... Kau buat apa dekat kawan aku sial?.. Kau tahu tak apa kau buat ni?!" Jerit Asnaf. Alat sulit lelaki itu makin kuat dipijaknya membuatkan lelaki itu menjerit.
"Benda ni... Kau guna untuk rogol dia kan?! Aku hancurkan!" Asnaf mengangkat kakinya lalu dipijak alat sulit lelaki itu dengan sepenuh hati. Lelaki itu menjerit penuh kesakitan sebelum dia terbaring.