Part 6

25 1 0
                                    

Aries sedang leka menonton cerita kartun di telefonnya. Ya, orang yang bernama Aries ini minatnya pada kartun. Ameer yang dari tadi memerhati mengerutkan kening.

"Dah dua jam kau tengok kartun tu. Belum habis lagi ke?" Tanya nya hairan.

Aries mendongak untuk melihat Ameer lalu tersengih. Dia mengulangi cerita yang sama 5 kali berturut-turut. Cerita apa? Upin Ipin.

Ameer menggaru belakang lehernya yang tidak gatal. Pasrah dengan perangai rakannya yang terlalu obses dengan kartun.

Asnaf yang tadi sedang melayan berita memalingkan pandangan ke Aries. Dia tersengih.

"Ries, aku bukannya apa... Just want to know... Kau bila nak kahwin?" Tanyanya tanpa rasa ragu-ragu.

Aries tersedak air liur mendengar soalan adiknya itu. Mungkin tidak menjangka soalan itu. Aries menatap muka Asnaf sebelum memalingkan pandangan ke kartunnya semula.

Asnaf menggeleng perlahan sambil tergelak kecil. "Jawablah Ries..." Pujuknya. Kini Ameer dan Aaryan turut tersengih. Mereka bukan tak kenal si Aries ni.

Aries meletakkan telefonnya di atas meja sebelum menyandarkan badannya di sofa. Dia menatap satu-satu wajah mereka yang sedang tersengih itu.

Aries mengeluh kecil. "Ries dah ada seseorang dalam hati..." Katanya perlahan. Asnaf, Ameer dan Aaryan tersenyum lebar. Membulat mata mereka. Biasalah... Aries kan contoh calon suami yang baik...

"Siapa Ries?" Tanya Aaryan sambil menjungkitkan keningnya. Dia tersenyum lebar.

Aries menggeleng laju. "Ries yang suka, bukan korang. Nanti korang rampas dia dari Ries." Katanya. Mukanya sedikit merah kerana malu.

Mereka tergelak dengan kelakuan Aries. Siapa yang nak rampas? Asnaf ada tunang. Ameer dah kahwin. Aaryan minggu depan nak bertunang. Mereka menggeleng perlahan sambil tersenyum.

"Tak hingin lah. Kami dah berpunya." Kata Aaryan.

Ameer hanya mengerutkan kening. Dia seperti sudah tahu siapa insan bertuah itu. "Orang 'A' tu ke?" Tanyanya lalu tersenyum sinis.

Muka Aries memerah sedikit sebelum mengangguk perlahan. Ameer tergelak kuat.

Asnaf dan Aaryan memandang mereka berdua bergilir. Sudah tentu mereka belum tahu siapa. "Siapa?" Tanya mereka serentak.

Ameer menggeleng perlahan. "Kawan kita lah... Yang nama start dari huruf A tu..." Kata Ameer yang masih tersenyum itu.

Kawan mereka? Huruf A? Siapa lagi kalau wanita yang sekarang merupakan doktor tu kan?

Membulat mata Asnaf mengetahui perkara tersebut. Aaryan tersenyum sedikit seakan tidak percaya. "Aisya?" Tanya Asnaf sebelum mengerutkan keningnya.

Aries mengangguk kecil.

"Lah... Ingatkan kau belum pulih dari penyakit 'buta' kau tu.." usik Aaryan. Ameer menepuk belakang Aaryan sedikit kuat.

"Sakit gila." Kata Aaryan sebelum membalas tepukan itu.

Asnaf menggelengkan kepalanya. "Aisya dah tahu?" Tanyanya lembut. Aries menggeleng. Aries memang pandai sorok perasaannya.

"Weh Ries, kau confess lah. Mesti dia hepi." Pujuk Aaryan. Aries menggeleng laju.

"Awal lah... Aku tak suka kahwin awal macam korang..." Jawabnya. Ya, memang awal. Mereka baru berumur 21 tahun.

Asnaf mengerutkan kening. "Hmm... Betul lah tu. Awal. Nanti ada lelaki lain rampas..." Membulat mata Aries mendengar. Air matanya hampir tertumpah.

Mereka melepaskan keluhan. Bukan mereka tak tahu perangai Aries yang kebudak-budakan ni. "Kau ni Naf... Menangis abang kau ni." Kata Ameer. Asnaf menggeleng perlahan.

"Hadoih... Bila lah Ries nak matang..." Kata Aaryan lalu melabuhkan punggung ke sofa bersebelahan dengan Aries. "Ries, dia gurau je lah... Aisya tu suka kau. Bukan orang lain.." pujuknya.

Tiba-tiba, ada seseorang memasuki rumah mereka. Mereka berpaling ke arah pintu untuk melihat Tengku Shah dalam keadaan serabut. Dia juga membawa bungkusan makanan KFC.

Dia meletakkan bungkusan itu di atas meja makan sebelum melabuhkan punggung di atas sofa. Aries yang tadi hampir menangis mengelap air matanya. Mereka memandang Tengku Shah hairan.

"Kau kenapa?" Tanya Ameer. Dia hairan dengan kelakuan Tengku Shah apabila masuk ke rumah ini. Kebiasaan Tengku Shah hanya akan kunjung ke rumah ini apabila ada perkara serius yang perlu diselesaikan.

Tengku Shah melepaskan keluhan kecil. "Semalam kat mamak... Ada benda terjadi.." jawabnya. Mereka mengerutkan kening masing-masing.

'Mission kita kali ni agak rumit.' kata Tengku Shah sebelum menyedut air minumannya. Asnaf mengangguk kecil. Ameer merenungnya tajam.

'Mission apa? Siapa musuh kita tu? Ada kaitan dengan aku ke?' tanyanya. Dia teringat akan gambar kawan lamanya di telefon Aries yang dihantar oleh Tengku Shah.

Tengku Shah mengangguk. 'Sebab ia ada kaitan dengan kau, kita kena setel kan hal ni.' jawabnya. Dia mengeluarkan beberapa keping gambar. Kesemua gambar itu ada kelibat Ameer dan Aries.

Aries mengerutkan kening. 'Ries pun ada?' soalnya pelik. Aries tidak pernah kenal lelaki yang berada di dalam gambar ini.

'Yes. Ries pun ada. And want to know something more weird? He only appear in the photos that you in it.' jawab Tengku Shah.

Membulat mata Aries. Tengku Shah mengeluarkan gambar yang lain. Ada gambar di mana hanya Ameer di dalamnya. Ya, memang betul. Lelaki itu tiada di dalam gambar Ameer.

Asnaf, Aaryan dan Ameer turut terkejut. 'Tapi apa kaitan Ries dengan mamat ni?' soal Asnaf tak berpuas hati. Tengku Shah menggeleng lagi.

'Aku pun tak tahu. Tapi aku rasa dia berada berdekatan dengan kita.' jawabnya sebelum mengerling ke arah Ameer. 'What's his name?' soalnya.

Ameer mengeluh sedikit. Dia diam seketika sebelum menjawab. 'Zafri Qays.' jawabnya.

"Semalam aku nampak Zafri Qays." Membulat mata mereka mendengar jawapan Tengku Shah.

TigersWhere stories live. Discover now