Aries terkebil-kebil memandang Ameer. Kau nak suruh aku kahwin dengan dia? Jumpa dia pun aku takut weh!
"Kau ada masalah ke somewhere kat otak? Makin sesak nafas aku dengar cadangan kau." Kata Aries yang tercungap-cungap mengambil oksigen.
Ameer memandang tajam anak mata Aries. Dengan pandangan itu sahaja, tahulah mereka yang Ameer sedang dalam mood serius.
"Aku serius ni. Takkan aku nak suruh orang lain kahwin dengan dia kan? Aisya tu suka kau. Kau pun suka dia. Sekarang Aisya dalam bahaya sebab misi kita ada kaitan dengan Aisya. Kau nak dia tinggalkan kau ke?" Katanya penuh tegas.
Ameer turut berasa risau. Aisya merupakan kawannya sejak kecil. Dia tak nak kehilangan sahabatnya itu.
Aries memandang ke arah lantai. "Macam mana kau pasti sangat? Macam mana kalau nyawa dia lebih terancam bila kahwin dengan aku?" Soal Aries. Jelas terpancar kerisauan dalam suaranya.
"Would you let anyone hurt her?" Soal Ameer. Wajahnya masih serius. Dia menjungkitkan keningnya.
Aries terdiam seketika. Dia menggeleng perlahan. Dia takkan benarkan sesiapa pun sentuh rakan perempuannya.
Ameer mengangguk. "That's what I thought." Dia kemudian berlalu pergi dari bilik itu.
Asnaf dan Aaryan memandang ke arah Aries dengan kening yang berkerut. Mungkin mereka pun terfikir cadangan yang sama.
"Alaa takpe Ries.. Kau ikut je cadangan si Ameer tu. Ada betul jugak apa yang dia cakap." Kata Aaryan sebelum tersenyum kecil.
Aries masih mendiamkan diri.
"How?" Soalnya.
"How what?" Soal Asnaf.
"How do I propose to her?" Tanya Aries tanpa ragu-ragu.
Senyuman lebar terukir di bibir Asnaf dan Aaryan. Mereka bangun dari tempat duduk mereka dan bersorak kemenangan.
Aries memandang mereka dengan kening yang berkerut. Dah gila ke diorang ni? Tetapi melihat gelagat mereka, Aries tergelak kecil.
Ameer yang di bawah mendengar bunyi kuat dari tingkat atas tahulah dia jawapan yang keluar dari mulut Aries. Dia tersenyum kecil.
_______________________________________
"Hai Aisya! Dah lama tak jumpa awak!" Sapa Aries kepada Aisya. Aisya tersenyum kecil.
"Hai.. Lama tak jumpa Ries jugak.." Aisya menjawab dengan nada yang lemah lembut. Pipinya kelihatan sedikit merah.
Aries tersenyum kecil. Dia memandang ke arah Ameer, Asnaf dan Aaryan yang menyorok tidak jauh dari mereka. Nak tahu apa jadi?
'Ajak dia pergi mall lah.' Cadang Aaryan. Asnaf mengangguk dengan cadangan Aaryan.
'Yelah. Kau selalu keluar jadi kuli Dian je. Kau jadilah kuli Aisya pulak.' usik Asnaf.
Aries berfikir sebentar.
'Nervous...' katanya perlahan.
'Takpe, nanti kitorang teman. Kitorang ajak Dian sekali. On tak on?' tanya Asnaf sebelum mengukir senyuman kecil.
Aries mengangguk perlahan. 'Kalau ada support boleh la..' jawabnya lalu tergelak kecil
'kalau bukan sebab diorang aku takde kat sini' bisik Aries di dalam hati.
"Weh, siyeslah Ries nak kahwin dengan Aisya?" Soal Dian yang juga menyorok bersama mereka.
Ameer mengangguk. "Suka sama suka." Jawabnya sebelum tergelak kecil.