Part 12

12 0 0
                                    

"Sekali lagi aku ingatkan, aku tak pandai memasak." Amaran diberikan kepada Aries setelah dipaksa untuk memasak.

Aries menjeling Ameer. Macam budak-budak. "Ye, aku tahu kau tak pandai masak. Sebab tu aku suruh kau masak." Kata Aries dengan senyuman sinis.

Ameer yang dapat tangkap maksud Aries terus menarik Aries menggunakan kolar kemeja Aries. "Aku tak pandai masak. Tapi setakat garam dengan gula tu, aku tahu beza lah. Kau ingat masakan aku boleh racun isteri aku ke?" Sinis Ameer berkata.

Aries menjungkitkan bahu. "Possibly." Kata Aries yang masih tersenyum sinis.

Ameer yang masih marah dengan Aries pantas menumbuk muka Aries sehingga kepalanya terteleng.

Aries mengukirkan senyuman jahatnya. "Berani kau tumbuk muka ketua kau sekarang ya, Meer?" Sinis Aries berkata. Matanya pantas berubah gelap. Turut dikecilkan. Aries menepis kuat tangan Ameer. Dia hampir tidak boleh bernafas kerana tali lehernya yang terikat ketat pada lehernya.

Ameer mendengus kasar. "Aku baik dengan kau sebab kau nak ajar aku masak je." Kata Ameer serius.

"Aku tak kata pun aku baik sekarang ni." Bidas Aries. Ya, Aries berada dalam mood marah atau serius. Aries tidak membiasakan diri menggunakan panggilan aku kau dengan kawannya kecuali dia marah, kecewa dan sebagainya.

Ameer mengetap rahangnya. "Jadi kau berpura-pura baik? Seperti setan bertopengkan manusia?" Sinis Ameer berkata.

Aries tergelak kecil. "That's why they call me 'Demon'." Sinis Aries berkata sebelum tangannya mencapai sebilah pisau.

Membulat mata Ameer melihat Aries mencapai pisau tu. "Bro, Ries. Aku gurau je. Jangan serius sangat." Kata Ameer. Takut dia semakin dekat dengan Ilahi. Tak banyak amalan lah katakan.

Aries menjungkitkan sebelah keningnya. "Apa? Aku nak potong sayur ni." Kata Aries. Matanya yang gelap masih tidak berubah.

Ameer melepaskan nafas lega. Ingatkan Aries dah tak sayangkan dirinya tadi. Ameer terdiam. "Sorry sebab tumbuk kau." Ameer meminta maaf.

Aries menatap dalam mata hazel Ameer. Matanya yang gelap kembali berubah terang. Dia mengukirkan senyuman manis. "Dah lama Ries maafkan." Kata Aries dengan senyuman manisnya.

Ameer tersenyum. Aries memang macam tu. Senang memaafkan orang yang disayanginya. Ameer kemudian memberi sepenuh perhatiannya kepada Aries yang sedang mengajarnya memasak sup kambing itu.

Setelah sejam berlalu, sup kambing Ameer sudah siap. Walaupun hampir kesemuanya Aries yang buat. Aries menuangkan sebahagian sup itu ke dalam bekas untuk dibawa Ameer ke hospital sebentar lagi.

_______________________________________

Tengku Shah memerhati adiknya yang leka dengan komputer ribanya. Tengku Areel seeing sibuk dengan kerjanya.

"Areel." Panggil Tengku Shah.

Areel mendongak ke arah Tengku Shah. "Hm." Balasnya.

Tengku Shah mengeluh. Balik je rumah, mesti adiknya di hadapan komputer ribanya.

'Aku yang kerja lagi susah dari kau ni pun tak sesibuk kau.' bisik Tengku Shah dalam hati.

"Kau tak sibuk sebab kerja kau semua kau bagi kat orang bawahan kau." Eh Tengku Areel ni. Macam tahu-tahu je yang Tengku Shah memperlinya dalam hati.

Tengku Shah menjulingkan matanya ke atas. Tak sibuk jugak kan?

Tengku Areel kemudian menutup komputernya sebelum bangun dan duduk di atas sofa bersebelahan dengan Tengku Shah. Dia menyandarkan kepalanya ke bahu Tengku Shah. Manja eh adik sorang ni.

TigersWhere stories live. Discover now