Part 29

3 2 0
                                    

Aries hanya merenung Aisya yang sedang mendukung bayi itu dengan wajah kosong. Raysha di sebelah Asnaf sudah mula cuak. Raysha sudah kenal abang iparnya lama. Senang sahaja lelaki itu membaca seseorang. Namun, Asnaf hanya merenung wajah kembarnya dengan tenang.

Tenang. Itulah yang dirasainya sepanjang Aries bersamanya.

Aries akhirnya tersenyum kecil. Dian disebelah hanya mendiamkan diri. Dia risau Aries akan memarahi Aisya apabila dapat tahu apa yang terjadi padanya.

"Bapak budak ni siapa? Kau ada bawa balik markas?" Soal Aries dengan suara yang lembut dan wajah yang tenang. Aisya menundukkan kepalanya bersama air mata yang mula bertakung.

Setenang mana pun Aries, hatinya tetap tersakiti.

Asnaf hanya tersenyum kecil.

"Tunggu kau bangun. Hidup lagi tu.
Nak pergi tengok?" Soal Asnaf. Aries mengeluh kecil. Ceh, ingatkan dah mampus.

"Tak nak. Lepaskan dia. Aku nak cari dia sendiri." Jawab Aries membuatkan mereka semua terkejut. Namun, Asnaf hanya akur.

"Dan budak ni pulak..." Aries melangkah mendekati Aisya dan Ryan. Tersenyum lebar dia melihat mata coklat besar itu. Comel.

"Anak aku. Kalau yang lahirkan dia tu Aisya Husna binti Ahmad Arysad, maka budak tu adalah anak aku." Kata Aries tenang bersama wajah yang bersinar. Dia terus mengambil Ryan dari pelukan Aisya.

Mereka semua lega dengan apa yang dikatakan Aries, tetapi juga terkejut. Agak jarang untuk lelaki lain untuk menjaga anak luar nikah namun, Aries seorang yang unik.

"Eh, nama dia apa? Sayang ada letak 'Tengku'?" Soal Aries kepada Aisya. Aisya tersenyum manis lalu mengangguk perlahan.

Sayang. Rindu betul dia dengan panggilan tu.

"Tengku Ryan Amran bin Abdullah." Jawab Asnaf bagi pihak Aisya.

Aries mengangguk. Pipi tembam Ryan diciumnya membuatkan Ryan tergelak kecil.

"Call me, papa." Kata Aries. Ryan hanya tersenyum lebar bersama mata bulat itu memandang wajah Aries.

"But malam ni mama kamu milik papa. So, sleep by yourself." Kata Aries lalu menghulurkan Ryan kepada Asnaf. Asnaf menyambut huluran Aries bersama wajah kebingungan.

Aries kemudian terus melangkah ke arah Aisya. Tubuh kecil itu dipeluknya erat.

"Sayang... I missed you..." Kata Aries. Aisya membalas pelukan suaminya. Dia bersyukur suaminya langsung tidak marah terhadapnya.

"Aisya pun rindu abang..." Kata Aisya. Pelukan Aries terhadapnya semakin erat, membuatkan Aisya dapat menghidu wangian yang dipakai Aries. Suami aku ni tak pernah busuk tau!

"Ehem! Ada bebudak kat sini!" Kata Ameer kuat membuatkan Aisya sedikit malu dan menolak tubuh Aries supaya melepaskan pelukannya. Aries tidak membantah, terus melepaskan Aisya. Katanya kemudian merenung anak kembar Ameer.

"Anak kau?" Soal Aries. Comel, tapi comel lagi Ryan.

Ameer mengangguk.

"Aqasha Rubyne, Ariq Rubyne." Kata Ameer. Aqasha dihulurkan kepada Aries supaya dia mendukungnya. Aqasha, tanpa menangis terus melambaikan tangannya kepada Aries, menyuruh lelaki itu untuk mendukungnya. Aries terus menyambut huluran Ameer. Ameer mengerutkan dahi.

"Oh kau... Dengan abah bukan main susah kau nak berdukung... Dengan pakcik kau senang saja ya...?" Kata Ameer. Sedikit geram kerana Aqasha lebih menyukai Aries berbanding dirinya.

"Pakcik, boleh diterima. Aku lebih prefer uncle." Kata Aries. Ameer menjulingkan matanya. Suka hatilah.

"Eh, bebudak macam mana? Rindu lahhhh." Kata Aries. Dia menggoyangkan lengan Asnaf, menyuruh kembarnya untuk menjawab.

TigersWhere stories live. Discover now