Part 26

9 1 0
                                    

"No... You lied... Tell me it's not true..." Rayu Aisya. Air matanya sudah mula bertakung.

Asnaf dan Aaryan yang kebetulan melawat mendengar semuanya. Hampir saja Asnaf jatuh terduduk di situ. Tak, mustahil. Ries hidup lagi, dia takkan mati.

"I apologize miss, sir. What we said are all true. We're sorry for your lost. We tried to save him but... Like Aries said when anyone died, God loves him more than us." Kata lelaki itu. Aisya akhirnya mengalirkan air mata. Lelaki itu terus berjalan keluar dari rumah agam itu selepas menjalankan tugasnya.

Asnaf jatuh terduduk di lantai. Air matanya merembes keluar. Tipu. Itu semua tipu belaka! Tapi takkan diorang nak tipu...

"Aku tak percaya. Abang aku hidup lagi. Abang aku kuat. Abang Naf kuat!" Kata Asnaf. Dia cuba untuk menenangkan dirinya tetapi kata-katanya hanya membuatkan dia lebih sakit.

"Innalillahi..." Itu yang terkeluar dari mulut Aaryan. Air matanya juga sudah mengalir keluar. Mata dipejam rapat, mulutnya terkumat-kamit menyebut nama Allah.

Aaryan kemudian memalingkan pandangannya kepada Aisya. Wajah Aisya yang basah dipandang sebelum dia menunduk. "Ries syahid. Dia meninggal dalam peperangan. Allah lebih sayangkan dia. Sekarang dia dah tunggu kita kat syurga." Pujuk Aaryan sambil menunduk. Aisya hanya diam.

"Mulut saya masin kan? Baru saya teringat... Kata-kata itu do'a. Kalau saya tak pernah cakap pasal tu..." Kata-kata Aisya terhenti.

"Itu qada dan qadar Allah. Kalau dah tertulis macam tu untuk arwah, memang itu yang akan terjadi. Jangan salahkan diri awak yang jelas tak bersalah." Asnaf memotong. Dia kemudian bangun dari duduknya. Air matanya diseka kasar.

"Aku nak balik. Bagitahu yang lain tentang berita ni." Arah Asnaf. Aaryan hanya diam. Asnaf berjalan keluar dari rumah agam itu.

"Saya harap awak bersabar." Kata Aaryan kepada Aisya sebelum berjalan keluar. Aisya masih lagi termenung bersama air mata yang begitu laju terhasil.

_______________________________________

"Bapak mengarut sial lawak kau. Tak menjadi. Aku tak gelak." Kata Ameer. Dia sudah dikabarkan dengan berita mengejut itu dari Asnaf melalui panggilan telefon.

"Ya, sekarang aku nak kita langsaikan semua harini. Zafri dengan Zain, kita bunuh." Arah Asnaf.

"Tapi, Naf... Kita... Kita dah buat perjanjian kan? Yang boleh bunuh diorang Ries sorang je." Jawab Ameer dengan tenang walaupun hatinya terbelah dua mendengar khabar berita sahabatnya.

"Kita buat perjanjian baru." Kata Asnaf. Belum sempat dia membuka mulut, telefonnya bergegar. Telefonnya dijauhkan dari telinga lalu melihat skrin tersebut.

Awek Areel (Dian)

Nombor itu ditatap lama. Mungkin dia hendak beritahu sesuatu berkenaan dengan Aries. Dia perlu mengangkat panggilan itu!

"Naf, aku ada important call. Lepas aku habis ni kita sambung." Kata Ameer sebelum dengan pantas menekan punat merah dan kemudian punat hijau apabila nama Dian muncul. Telefon kembali didekatkan dengan telinga.

"Assalamualaikum." Sapa Dian.

"Waalaikumsalam." Jawab Ameer. Dia sedikit tenang apabila mendengar suara Dian yang sepertinya selamat dalam peperangan itu. "Kau okey?" Soal Ameer prihatin.

Dian hanya diam. Lama.

"Ada apa telefon aku? Sebab Aries ke? Kau nak kata dia dah meninggal? Aku dah tahu." Jawab Ameer pada soalannya sendiri. Matanya dipejam rapat. Fail-fail yang berada di atas meja itu diselak satu persatu.

TigersWhere stories live. Discover now