Bab 1

216 4 0
                                    

Seorang doktor pakar wanita yang mempunyai sepasang mata emerald dan rambutnya yang berwarna coklat seakan-akan coklat gingerbread itu terurai panjang. Bunyi tangisan seorang kanak-kanak lelaki yang berusia 7 tahun itu membuatkannya ingin masuk ke dalam bilik itu.

"Apa yang berlaku jururawat?" Tanya Aynaa.
"Huaaa!" Tangis budak itu.
"Saya tak tahu! Baru saja saya ingin menegurnya dia terus menangis." Jawab jururawat.
"Kau keluarlah aku akan mengurusnya." Setelah jururawat itu pergi, Aynaa terus duduk di hadapan budak itu. Lalu membaca dokumen mengenainya.

Ian Nathaniel. Masalah communication ya? Baiklah aku cuba dulu.

"Selamat berkenalan. Nama kakak Aynaa. Boleh kakak tahu nama kamu?" Tanya Aynaa sambil tersenyum.
"I-ian..." Jawabnya dengan perlahan.
"Ian cuba kamu perkenalkan diri dengan lebih mesra?"
"Hijau..."
"Ian menyukai mata kakak ya?" Tawa Aynaa
"Ya! Cantik!" Jawab Ian.

Tidak lama selepas itu salah seorang pelayannya datang. "Tuan Muda, Tuan Ayden datang menjemput anda."

"Ian macam mana hari ni? Kamu tak buat masalah kan?" Tanya Ayden
"Tak..." Jawab Ian.
"Boleh kau terangkan macam mana dengan dia?" Tanya Ayden.
"Dia ada masalah untuk berkomunikasi. Saya sarankan supaya anda meluangkan masa bersamanya kerapkan komunikasi dengan." Jawab Aynaa.
"Luangkan masa? Bagiku itu perkara yang tidak berfaedah. Sepertinya kau tidak tahu mendinogsis ya? Katanya kau doktor pakar terbaik tapi kelihatanya tidak." Balas Ayden.
"Maafkan saya Tuan Ayden tapi itu adalah kata yang sangat keterlaluan untuk saya. Walaupun bagi anda meluangkan masa itu sangat tidak berfaedah tapi saya rasa ianya berfaedah. Kalau begitu saya sangat tidak suka membazir masa seperti sekarang jadi kalau anda tidak mahu mendengar saranan saya cari saja doktor lain." Kata Aynaa sambil menatap Ayden dengan dingin.
"Ya baiklah. Mari pergi Ian." Ian dan Ayden terus pergi daripada bilik Aynaa. Tidak lama kemudian Dominiq terus masuk lalu bertanya apa yang terjadi.

"Apa yang telah terjadi Aynaa?" Tanya Dominiq sambil memegang bahu Aynaa.
"Cuma masalah kecil saja. Dominiq jom ke Cafe kita jemput Raisha dengan Ivy." Kata Aynaa.
"Ye la." Balas Dominiq

Ayden...rasa macam pernah dengar je nama tu. Entahlah mungkin ni hanya fikiran aku je kot.

"Kawan-kawan lama tak jumpa! Aku ada sesuatu nak cerita ni!" Kata Raisha.
"Apa?! Apa?!" Tanya Aynaa.
"Dominiq kau tak nak tahu ke?" Tanya Raisha sambil memandang Dominiq yang sedang asyik meminum teh.
"Hem."
"Aku anggap je jawapan tu sebagai ya. Macam ni aku dah jumpa dengan Apek balik! Kitaorang jumpa di taman depan syarikat Ivy. Tahu-tahu je dia kerja situ!"
"Eh Ivy bukan ke kau penulis?" Tanya Aynaa
"Ya yang tu pun betul juga." Balas Ivy
"Dua kerja?" Soal ketiga gadis itu kepada Ivy.
"Ya. Kenapa?"

Tanpa sedar Raisha terus memegang bahu Ivy lalu berbisik kepadanya. "Jaga Apek saya. Eh I mean Luke. Jaga Luke saya ya.~" Pintu Cafe terus terbuka oleh seorang lelaki. Luke.

Sementara itu di rumah Ayden pula, Ian terus mengurung dirinya di dalam bilik.

"Saya tak akan keluar bilik jika pak cik bawa saya jumpa doktor lain!" Marah Ian.
"Kenapa kau nak doktor yang macam tu?! Tak ada sesuatu yang istimewa pun dengan doktor tu." Kata Ayden di balik pintu bilik Ian.
"Kalau macam tu pak cik pun sama. Sebab tu lah tak ada siapa pun yang ingin pak cik nikahi!" Tengking Ian.

Abang, Kakak ipar cepatlah balik. Aku dah tidak larat melayan perangai anak kau ini...

"Kau ni...! Claude buat semua cara untuk jadikan doktor tu sebagai doktor pakar Ian." Arah Ayden.
"Baiklah Tuan."

Keesokan harinya di hospital, Aynaa memasuki bilik kerjanya. Tetapi sesuatu yang tidak terduga terjadi. Meja kerja Aynaa dipenuhi dengan banyak jambangan bunga dan sepucuk surat.

"A-apa... Apa yang sedang terjadi ni!"

Contract Marriage: Meine LiebeWhere stories live. Discover now