Bab 19

50 2 0
                                    

"Setelah sekian lama, dapat jugak aku sambung kerja. Rindu pulak dengan hospital ni... Budak-budak, kawan sekerja dengan junior-junior lain..." Kata Aynaa sambil berjalan disepanjang koridor. Dia berjalan ke arah wad haiwan di mana Noah berada.

"Fluffy! Janganlah lari!" Bunyi Noah yang sedang berkejaran dengan anjing pesakit.

"Woof!" Bunyi anjing yang sihat.

Aynaa masuk ke dalam wad itu sambil tersenyum.

"Noah!"

Noah berpaling ke arah Aynaa sambil menunjukkan wajah terkejut.

"Aynaa?"

Aynaa hanya tersenyum lebar kepada Noah. Noah terus berlari ke arah Aynaa lalu memeluknya dengan erat.

"N-noah!Aku!Tak boleh!Nak bernafas!" Marah Aynaa sambil memukul belakang Noah.Noah terus melepaskan pelukannya.

"Hehe. Maaf... Dah lama kau tak masuk kerja... Oh ya macam mana dengan kontrak kau dengan lelaki tu?" Soal Noah.

Kontrak...betul tu aku sampai terlupa tentang kontrak tu...

"Tinggal...1 minggu lagi..." Balas Aynaa.

Kenapa aku rasa pelik? Sepatutnya bila kontrak ni dah nak habis sepatutnya aku gembira,kan?

"Oh..."

Di sebalik kerisauan Aynaa, ada sebuah masalah besar yang muncul.

"Tuan Ayden... Puan Katerine dan Tuan Willem Hayes datang untuk bertemu dengan Tuan Ayden." Kata Claude.

"Suruh mereka masuk." Arah Ayden.

Pintu pejabat dibuka dan ibu bapa Ayden masuk dan Ibu Ayden terus berjalan ke tempat duduknya sementara ayah Ayden pergi ke sisi Ayden dan berbisik.

"Ayden,ibu kamu dah tahu tentang pernikahan kontrak kamu tu. Ayah dah tak boleh halang apa-apa lagi.."

Ayden terus melihat ke arah ibunya dengan tatapan tajam.

"Ayah, duduk la dulu."

Ayden dan ayahnya turut duduk di tempat mereka. Ayden duduk bersilang kaki sambil mengenggam kedua tangannya sambil menatap ibunya yang juga menatapnya dengan tatapan yang tajam.

"Ibu datang untuk cakap tentang kontrak tu ke?"

"Putuskan kontrak tu dan kahwin dengan Fiona." Kata Katerine.

"What?No!"Bantah Ayden.

Ibunya terus membentak meja yang berada di hadapannya.

"Kamu perlu jugak! Ayden, walaupun fiona cuma doktor, keluarganya boleh bawa untung besar untuk keluarga kita! Kamu tak fikir ke?!" Marah Katerine.

"Saya tak akan nikah dengan perempuan macam tu!"

"Tapi,kontrak kamu dengan doktor tu cuma tinggal seminggu je kan? Kalau macam tu habiskan kontrak tu dan buat rancangan perkahwinan. Ibu tak kira kamu nak ke tak nak, kamu mesti kahwin dengan fiona. Kamu jangan terkejut pulak sebab ibu tahu semua ni. Itu pun ibu susah nak tahu daripada pelayan bodoh kamu tu."

Claude terus membungkukkan dirinya, "Maafkan saya Tuan Ayden..."

"Itu saja yang ibu nak katakan.Willem cepat bangun.Kita pergi sekarang." Katerine bangun dan Willem mengikutinya daripada belakang. Setelah mereka berdua telah pergi, Ayden terus membaling semua barang yang berada di dalam pejabatnya.

"Cepat ambik bawa tahanan bawah tanah ke sini!" Arah Ayden.

Claude membawa tahanan kepada Ayden. Ayden terus menembak tahanan itu berkali-kali sehinggalah tubuh tahanan itu hancur pada bahagian tembakan.

Setelah waktu kerja, Aynaa balik ke rumah dan sewaktu dia masuk, Ibu Ayden iaitu Katerine sudah ada di sana tersenyum ke arah Aynaa.

"Marilah ke sini, ada sesuatu yang aku nak katakan pada kau." Panggil Katerine.

Aynaa berjalan ke sofa dan duduk berhadapan dengan Katerine.

"Mesti kau tak pernah tengok aku kan? Aku ibu Ayden, Katerine Hayes. Macam mana jadi Puan Hayes. Seronok?" Soal Katerine.

Kenapa ibu Ayden ada kat sini? Mana Veronica? Abang Ayden dengan Ian?

Aynaa terdiam seketika.

"Selepas kontrak kau dengan anak aku dah tamat, pergi dari sini dan JANGAN JUMPA anak aku lagi selepas tu. Sebab anak aku akan kahwin dengan Fiona Frost. Mestilah kau kenal kan? Dialah orang yang akan jadi Puan Hayes yang sempurna." Kata Katerine sambil meminum wine yang berada di tangannya.

Aynaa terus menundukkan kepalanya lalu berkata, "Ya...baiklah..." Kemudian pintu dihempap dengan kuat.

"T-tuan Ayden?!" Salah seorang pelayan terkejut saat Ayden masuk secara tiba-tiba.

"Aynaa!"

Contract Marriage: Meine LiebeWhere stories live. Discover now