Bab 44

210 1 0
                                    

Ayden dan Lucian saling berpandangan, Aynaa diseret pergi oleh salah seorang orang bawahan Lucian.

Claude dan Lucas yang baru saja tiba, Claude mula berjalan ke arah Ayden dan berdiri di sampingnya.

"Claude, urus orang sebelah dia tu." Arah Ayden.

"As you wish, Mr.Hayes."

Lucian mula berlari kearah Ayden tetapi Ayden mengelak lalu memukul Lucian dari belakang.

Lucian jatuh tetapi dia segera melepaskan tembakan ke arah Ayden dan mengenai bahunya.

"Jawab aku kenapa kau nak culik isteri aku?!"

Lucian tersenyum sinis sambil bangun dan memasukkan peluru baharu.

"Sebab pertama, aku nak jadikan dia sebagai tameng untuk bunuh kau dan kedua, I plan to make her my wife." Jawab Lucian

Lucian mula menghalakan pistol ke arah Ayden. Ayden cuba menghentikan darah pada bahagian bahunya.

"I see...tapi kau tahu dengan siapa kau berhadapan sekarang kan?" Soal Ayden sambil mengikat bahunya dengan sapu tangan.

"I do knew who you are. Kau ialah Ayden Ryker Hayes. Honorable King of the Mafia in Germany. Tapi aku tak kisah gelaran yang ada pada kau. Sebab tujuan aku ialah untuk bunuh kau dan ambik alih organisasi kau."

Lucian baru saja ingin menembak Ayden tetapi Ayden sudah berlari kearahnya dan menarik kepalanya menghempap ke tanah.

Ayden memijak ke atas Lucian dan menghalakan pistol ke arah kepala Lucian.

Sementara Claude cuba menghentikan Aldo, orang kanan Lucian.

Aldo cuba menyerang Claude tetapi Claude sudah memukul pada bahagian tekaknya dan membuatnya pengsan.

"Tubuh lelaki 47 tahun ni masih lagi mampu jatuhkan anak muda macam dia." Ucap Claude dengan bangga diri.

Di dalam mansion, Aynaa cuba melepaskan diri daripada genggaman orang bawahan Lucian.

Dia mula menendang belakang lutut lelaki itu dan Ivy menarik Aynaa dari lelaki itu dan Lucas datang tepat pada waktu dia memukul lelaki itu.

"Semua dah settle?" Soal Ivy.

"Ye cik."

Bang!

Bunyi tembakan yang kuat daripada Ayden menandakan kemenangan.

Aynaa yang mendengar bunyi tembakan itu mula berlari keluar dari mansion. Subuh mula menjelang, matahari mula naik dan Aynaa melihat Ayden yang dilumuri dengan darah. Tubuh Lucian yang terbaring di tanah dengan darah yang mengalir keluar.

Ayden berjalan ke arah Aynaa dengan tersenyum hangat dan membuka pelukannya kepada Aynaa. Aynaa berlari kearah Ayden dan memeluk erat tubuh Ayden.

Ayden menggosok kepala Aynaa dengan kelembutan dan mencium dahinya. "It's alright. You're safe now my love."

"Ayden...."

"Shh...just close you're eyes and we will go home. Our home."

Tidak lama selepas kejadian itu, kami balik ke Villa Ayden di Jerman dan Ayden sudah menjelaskan semua rahsianya kepada aku. Dia memberitahu aku bahawa dia tidak akan membunuh jika seseorang itu tidak melakukan apa-apa kesalahan tapi, menjadi mafia tetaplah jenayah.

Tapi apa yang aku boleh sampaikan aku dah jatuh cinta pada lelaki tu. Dan ianya tidak dinafikan lagi.

Ayden sudah mengurus semua apa yang terjadi di Itali. Sementara adik Lucian iaitu Luisa sudah balik ke pangkuan ibu-bapanya dan identiti Lucian akan menjadi rahsia selamanya daripada ibu bapanya.

Ibu bapanya hanya dikhabarkan yang Lucian dibunuh oleh orang kanannya sendiri. Dan ibubapa Ayden tahu yang hubungan kami hanya sebatas kontrak.Tapi, kau tahu apa yang lebih mengejutkan lagi?

"Aku tahu hubungan kita hanya berada di atas kertas bertuliskan nama kita tapi kali ni, aku nak hubungan kita kekal selamanya. Dengan cincin yang sebenar disarungkan pada jari kita. So Aynaa, will you marry me and be my beloved wife for the rest of our lives?"

Ayden berkata dihadapan semua orang dan Aynaa mula tersenyum manis dengan menghulurkan tangannya.

"Yes."

Ayden segera menyarungkan cincin dan memeluk Aynaa dengan erat. Ayden mengadakan majlis besar di America dan menjemput semua orang berserta ibubapa Aynaa dan Noah.

"Selamat pengantin baru, Aynaa." Ucap Noah.

"Terima kasih Noah!"

Noah memandang Aynaa dengan wajah yang tersenyum kecil dan mula pergi ke tempat duduk dimana majlis perkahwinan akan bermula.

Ayden memandang Aynaa dengan hangat dan perkahwinan berlangsung dengan lancar dan nama mereka dicatat sebagai suami isteri yang sebenar dan disarungkan cincin perkahwinan.

Aynaa dan Ayden menggenggam erat tangan diantara satu sama lain dan tersenyum dihadapan kamera.

"Now you're my beloved wife. Thank you for coming to my life. Awaklah satu-satunya penawar untuk lelaki macam saya ni. Dan saya, Ayden Hayes akan sentiasa menyayangi dan mencintai Aynaa Hayes dengan sepenuh hati. I love u, my rose."

THE END

Contract Marriage: Meine LiebeWhere stories live. Discover now