Bab 11

71 1 0
                                    

"Emmm Tuan Ayden, boleh saya tahu alasan anda bawa saya ke sini?" Tanya Aynaa.

"Kau demam kan? Lagipun aku fikir ada kawan kau yang jaga kau tapi lepas aku dapat tahu yang jaga kau tu lelaki. Tak silap aku nama lelaki tu Noah Sullivan Maverick?"

"Jadi... Tuan jealous?" Soal Aynaa lagi dan saat mendengar pertanyaan itu Ayden terus meletakkan kopinya lalu menatap Aynaa.

"Apa masalahnya kalau aku cemburu? Lagi pun bagitahu aku apa hubungan kau dengan Dr. Vet tu."

"Saya dengan dia cuma kawan. Tidak lebih dari itu!" Balas Aynaa sambil membentak meja makan.

"Kawan ya.. Baiklah. Mulai daripada hari ni kau tak payah pergi kerja duduk rumah. Sekarang aku nak pergi kerja. Kau nak apa-apa bagitahu je pada pelayan kat rumah ni." Ayden terus bangun dari meja makan. Aynaa terus bangun dan mengikuti Ayden dari belakang menuju ke pintu utama.

"Tapi Tuan Ayden-"

"Now just be a good girl and stay at home. Aku pergi dulu." Ayden terus pergi dan menuju ke arah kereta.

"Claude, hari ni aku pandu sendiri jadi kau boleh guna kereta lain." Arah Ayden.

"Baiklah Tuan saya akan sampai dulu di pejabat dan menyambut kedatangan Tuan." Kata Claude.

Dalam perjalanan, Ayden terus berfikir tentang hubungan Aynaa dan Noah.

Kawan ya... Bagi kau Noah tu memang kawan tapi bagi Noah aku tak rasa yang kau ni bagi dia kawan. Sekarang lebih baik aku kerja dan balik awal. Mungkin sebelum sampai ke pejabat aku perlu cari hadiah dulu supaya tak susah bila balik nanti.

Pon! Pon! Bunyi hon lori itu terus mengejutkan Ayden saat ingin mencapai telefonnya. Ayden terus memusingkan sterengnya dan BRAK! Bunyi hentaman yang kuat telah memecahkan cermin kereta Ayden.

"Tak boleh. Aku perlu balik dan jumpa di..a..." Ayden terus pengsan dan satu berita telah sampai kepada Aynaa.

"Cik Aynaa! Tuan Ayden kemalangan! Baru saja ketua pelayan mendapat berita dan mengatakan bahawa Tuan sekarang berada di hospital!" Kata salah seorang pelayan. Saat mendengar kabar itu cangkir teh yang berada di tangan Aynaa terus jatuh dan pecah.

"Apa? Kemalangan? Aku perlu pergi ke hospital!" Kata Aynaa.

"Baiklah! Kami akan siapkan kereta untuk Cik!"

Ayden... Macam mana dengan keadaan dia? Kenapa aku terlalu risau dengan dia?Kenapa?

"Bagitahu aku bilik pesakit yang bernama Ayden Rayker Hayes! Cepat!" Kata Aynaa

"Biliknya ialah Bilik VIP nombor 5." Balas jururawat itu.

Aynaa bergegas pergi ke bilik itu. Aynaa terus membuka pintu bilik itu. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat Fiona sudah berada bersama dengan Ayden.

Saat merasa kehadiran Aynaa, Ayden terus berpaling ke arah Aynaa.

"Siapa kau?" Soal Ayden sambil menatap dingin kearah Aynaa. Aynaa terdiam.

Apa? Kenapa dengan dia? Dia... Hilang ingatan?

"Ini ialah isteri anda Tuan." Balas Claude.

"Isteri? Setahu aku aku tak ada pun isteri macam perempuan ni? Hei perempuan kau siapa? Penipu?"Soal Ayden

"Tuan ayden apa yang berlaku-"

"Kau siapa nak panggil aku? Perempuan bodoh.Jangan fikir dengan kau gelar diri kau tu isteri aku kau boleh sebut nama aku sesuka hati." Kata Ayden sambil berkata dengan nada yang dingin terhadap Aynaa.

Kenapa hati aku rasa sangat sakit ya? Rasa macam hancur berkecai.

"Siapa kau nak cakap macam tu?" Noah terus masuk dan berdiri di samping Aynaa.

"Siapa kau? Protector dia? Buat aku muak je aku tengok muka kau. Hei perempuan berhenti pandang aku macam tu. Keluar sebelum aku yang halau kau keluar."

Noah terus membawa Aynaa keluar dari bilik itu. Mereka berdua duduk di kerusi taman. Noah terus bangun dan menghadap Aynaa lalu bertanya kepada Aynaa yang masih menundukkan kepalanya dari tadi.

"Aynaa. Kau menangis?" Tanya Noah.

"Tidak..." Jawab Aynaa sambil menahan Air mata.

"Ya. Aku faham dengan nada kau tu. Kuatkan lah diri. Kau perlu ingat ada orang yang sokong kau dari belakang. Aku, Ivy, Domi, Raisha dengan yang lain. Jadi jangan sedih." Kata Noah sambil mengesat air mata Aynaa.

"Betul tu aku perlu kuatkan diri."

Satu minggu berlalu dan Ayden dibenarkan balik ke rumah. Setibanya di rumah Ayden berjumpa dengan Aynaa yang menyiram halaman bersama pelayan.

"Hei kau. Memandangkan kau tinggal di sini buatlah seperti kau tidak wujud di hadapan ku." Kata Ayden

"Ya. Saya pun tak kisah dengan semuanya. Jadi buat saja urusan Tuan." Balas Aynaa sambil menatap Ayden dengan dingin.

"Aduhai, Aynaa. Kau tak apa-apa? Kau terlihat sangat... murung. Kenapa ya?" Tanya Fiona sambil tersenyum sinis ke arah Aynaa.

"Kenapa? Macam la kau kisah sangat Fiona."

"Ayden..." Fiona terus menitiskan air matanya. Ayden terus melepaskan amarahnya.

"Aynaa apa yang kau buat pada Fiona?!"

"Kenapa Tuan Hayes? Saya tak buat apa-apa pun pada dia." Kata Aynaa.

Hari demi hari Ayden terus bersama Fiona. Aynaa hanya dapat berada di biliknya dan perpustakaan untuk mengelakkan diri daripada berjumpa dengan Ayden.

"Claude. Kenapa banyak novel ni? Setahu aku, aku tak pernah pesan novel?" Kata Ayden.

"Tapi sebelum ni Tuan terus arahkan saya supaya sediakan novel baharu kepada Cik Aynaa setiap bulan." Balas Claude.

"Perempuan tu lagi... " Tapi selepas kemalangan ni berlaku macam ada sesuatu yang telah aku abaikan. Tapi apa?

Contract Marriage: Meine LiebeWhere stories live. Discover now