Bab 29

43 1 0
                                    

Para tetamu mula berbisik antara satu sama lain. Keadaan menjadi kacau. Aynaa mengeluarkan rakaman suara yang Ivy beri padanya.

"Ayah! Cepatkan la perkahwinan kami kan senang? Lagipun saham syarikat mereka kan ada pada kita, jadi mereka tak akan dapat buat apa-apa!" Ucap Fiona di dalam rakaman suara itu.

"Budak bodoh! Mana boleh ayah buat macam tu! Nanti mereka akan curiga tentang ni! Faham?! Ayah akan rugi kalau semuanya terbongkar!"

Setelah rakaman itu ditutup, ayah fiona terus menengking Aynaa.

"Kau tak boleh tuduh kami dengan hanya rakaman suara macam tu!"

"Oh ya? Tapi saya tak rasa hanya itu bukti yang saya ada, saya ada saksi. Saksi telah berkata bahawa dia juga diugut untuk merahsiakan ini dari keluarganya sendiri. Betul kan, Puan Katerine."

Katerine bangun dari tempat duduknya dan menatap Ayah Fiona dengan padangan yang dingin.

"Ya, betul tu. Kau ugut aku supaya rahsiakan semua ni dan jalankan perkahwinan Fiona dengan anak aku. Tanpa berfikir perasaan anak aku sendiri..." Katerine memandang kearah Ayden dengan pandangan sayu.

"Ibu minta maaf sayang...Ibu tahu kalau ibu dah buat kesalahan besar pada kamu..."

Ayden melangkah ke arah ibunya dan Aynaa.

"Tak apa...Lagipun saya sebagai putera kecil ibu akan sentiasa maafkan ibu. Dan juga Aynaa, Mein Dame...I'm sorry. Would you forgive me?"

"Semua persoalan itu akan saya jawab nanti Ayden dan sekarang, Encik Frost. Saya akan dakwa Encik ke kes mahkamah atas ugutan dan penipuan. Serta Fiona yang bersubahat dengan ayahnya."

Fiona hanya tersengih sinis sambil berjalan ke arah Aynaa.

"Kau nak dakwa kitaorang? Lucunya kau ni. Kau tak akan dapat...sebab kitaorang boleh bayarlah ikat jamin. Walaupun aku cuma bekerja doktor pakar macam kau, tapi ayah aku dengan abang aku pemilik syarikat yang besar dan kaya. Jadi kitaorang akan terlepas dari kes ni."

"Tapi aku akan buat kau tak akan dapat bayar."

"Eh Ivy? Tapi mana dia?" Soal Aynaa kerana secara tiba ii suara Ivy muncul entah darimana. Ayden mengeluarkan telefonnya dan ternyata dia sudah memulakan panggilan dengan Ivy dari awal lagi.

"Surprise?" Smirk Ayden.

"Lyloyd! Cepat tolong ayah lepas dari peguam gila kau tu!" Ayah Fiona memarahi abangnya. Tapi abangnya hanya membuat wajah yang biasa seolah-olah tiada apa yang terjadi.

"Kenapa pulak? Saya tak buat apa-apa pun. Kan Ayah dengan Fiona yang buat. Jadi sama-sama tanggung."

Ivy melangkah masuk ke dalam aula.

"Nasib baik aku sempat selesaikan kerja aku tadi. Jadi sekarang, Fiona dan Encik Frost akan ditahan selama beberapa hari atas kesalahan ugutan,penipuan dan memperburukkan peguam. Pengawal masuk! Tahan mereka berdua."

Para pengawal menyeret mereka berdua pergi dan Ayden berdiri di belakang Aynaa lalu menyentuh pundak kanan Aynaa.

"Para Hadirin sekalian, maaf atas kekecohan yang berlaku sebentar tadi. Tapi saya ada satu pengumuman. Bahawa Aynaa, masih lagi isteri saya dan tempatnya tidak akan diisi oleh mana-mana wanita sekalipun. Dan juga... Nama belakangnya akan tetap menjadi, Aynaa Hayes."

Semua tetamu memberi tepukan kepada mereka berdua. Kemudian Ayden berlutut dihadapan Aynaa sambil menyentuh tangannya.

"Apa yang awak buat ni Ayden?" Bisik Aynaa.

"Shh..Diam." Bisik Ayden.

Ayden mengambil cincin di atas dulang.

"Dan cincin ni, akan kembali disarungkan ke jari pemilik asalnya."

Semenjak daripada tu, kami membuat kontrak baru.

Contract Marriage: Meine LiebeWhere stories live. Discover now