Presiden tak guna... Dia ingat aku ni ape?! Asisten dia ke?!
Satu minggu yang lalu di syarikat Ayden.
"Isteri aku tak boleh keluar selagi aku tak benarkan." kata Ayden sambil menegur Aynaa yang ingin keluar dari pejabat Ayden.
"Tapi saya bukan-"
"Isteri kontrak tetap isteri kan? Cepat mari ke sini dan tolong aku susun dokumen ni." Panggil Ayden.
"Saya perlu pergi kerja hari ni. Jadi saya pergi dulu."
"Aku dah telefon hospital hari ni kau cuti." Kata Ayden sambil membuat kerjanya.
"Cuti? Tapi gaji.... Gaji saya macam mana?! *%@*?!" Kata Aynaa sambil memaki Ayden. Ayden hanya terdiam lalu berkata "Susah jugak jaga arnab ni."
Berbalik ke masa sekarang, "Huhu lepas seminggu ni pun aku cuti tapi yang makin susahnya... Kenapa hari ni jugak aku kena demam?! Padahal aku dah janji dengan Ivy nak teman dia kat rumah dia hari ni..."
Ring Ring Ring
Telefon Aynaa berdering. "Hello? Ada apa Tuan Ayden?"
"Kenapa kau tak datang hari ni?" Soalnya.
"Saya demam jadi saya tak dapat pergi jumpa Tuan." Jawab Aynaa
"Kau kan doktor? Tapi kau tetap boleh demam?"
"Tuan Ayden... Doktor juga manusia. Tentu saja akan demam." Kata Aynaa sambil mengerutkan dahinya.
"Hem." Tut. Panggilan ditutup.
Aynaa hanya menghela nafas. "Maaf ye Aynaa hari ni aku terpaksa kerja lewat malam..." Kata Raisha yang sedang sarapan bersama Aynaa. "Tak apa. Kau pergi kerja saja dengan tenang kalau ada apa-apa aku call Dominiq dan Ivy." Jawab Aynaa.
"Jadi macam tu... Aku pergi dulu! Jaga diri tau!" Kata Raisha sambil berlari keluar dari rumah. Baru saja Aynaa ingin menutup pintu, dia terus di tegur oleh Noah. "Aynaa."
"Oh Noah... Jemput masuk. Aku akan siapkan minuman untuk kau." Kata Aynaa. Baru saja Aynaa ingin masuk,"Kejap!" Noah terus memegang tangan Aynaa. Saat Aynaa berpaling ke arah Noah, "Kau demam ke?!"
"Ya. Tapi tak ada apa-apa pun. Ni demam biasa je." Baru saja Aynaa ingin pergi Noah terus mengangkat Aynaa. "Eh~!!!"
"Ini bukan demam biasa kalau kau terus pakai skarf. Aduhai... kenapa la kau ni- Tak apa lah."
"Tapi Noah turunkan aku! Aku boleh berjalan la! Aku bukannya sakit tenat pun..." Kata Aynaa yang wajahnya sudah merona merah.
"Berhenti merungut. Mana lelaki yang selalu dengan kau tu?" Soal Noah.
"Ayden ada di pejabat." Jawab Aynaa.
"Suami mana yang tak pedulikan isteri dia hah? Dia ada cakap nak jaga kau?" Tanya Noah.
"Tak." Jawab Aynaa
"Huh... Kalau macam tu berehatlah aku akan siapkan bubur untuk kau." Kata Noah.
"Ya." Jawab Aynaa.
Noah terus ke dapur untuk menyiapkan bubur sementara Aynaa hanya berada di ruang tamu sambil menonton televisyen. Selepas 20 minit berlalu, Noah terus menghidangkan bubur kepada Aynaa.
"Sedapnya~!"
"Makan tak ajak." Kata Ivy
"Se-sejak bila kau masuk?" Tanya Aynaa
"Tadi. Raisha cakap kau demam jadi dia bagi kunci rumah pada aku. Jadi aku datang lah sini." Jawab Ivy.
"Macam tu..."
"Haha. Ivy mari lah sini kalau nak bubur jugak." Ajak Noah.
"Itu semestinya." Ivy terus berlari ke arah meja makan. Noah terus pergi ke dapur untuk mengambilkan bubur.
"Ivy mana Lucas?" Tanya Aynaa
"Dia kat rumah aku bagi kerja kat dia jadi dia tak akan ada masa datang sini."
"Ni bubur kau Ivy."
"Terima kasih. Oh ya aku lupa nak bagitahu ni Ayden bagi cek kosong dengan surat ni." Kata Ivy sambil menyerahkan Cek dan surat itu kepada Aynaa. Aynaa terus membaca surat itu.
'Kau beli saja apa-apa yang kau suka dengan Cek tu. Tulis saja berapa dan aku bayar.'
"Aku demam lah bukannya bosan!!!!"
Aynaa terus marah sehingga membuatkan satu rumah bising.
YOU ARE READING
Contract Marriage: Meine Liebe
RomanceSeorang lelaki kaya yang mempunyai sebuah rahsia yang tidak boleh diketahui oleh sesiapa pun. Ayden, seorang CEO yang memegang perkerjaan rahsia sebagai kongsi gelap (mafia) bertemu dengan seorang doktor pakar kanak-kanak yang merupakan seorang wan...