Bab 5

113 2 0
                                    

Sekarang inilah peluang aku untuk mendapatkan cinta Ayden. Jika aku menang mesti Ayden...

Dalam bayangan Fiona
'Fiona menikahlah dengan aku!'
'Tapi Ayden bagaimana dengan Aynaa?'
'Perempuan tu? Aku akan ceraikan dia'
'Oh Ayden~'

"Dr. Fiona? Mari kita mulakan." Kata Aynaa.
"Ya~"

10 minit kemudian... Aku tak percaya aku kalah.

"Dr. Fiona? Kau tak apa-apa?" Tanya Aynaa.
"Ya. Kau memang berbakat ya? Ini pertama kalinya aku kalah... Apa pun aku ada kerja ni. Aku nak balik ke hospital!" Fiona terus pergi meninggalkan mereka berdua.

"Eh?" Hairan Aynaa. Ayden terus mengelus rambut Aynaa lalu berkata. "Kau hebat Aynaa. " Smirk Ayden.
"Tu-tuan Ayden. Eh!..." Wajah Aynaa terus merona kemerahan.

Selepas kejadian tadi. Malam menjelang dan Aynaa masih lagi berfikir tentang kejadian tadi. "Ah...Malunya!"
"Wah nampaknya member kita tengah blushing ni. Mesti ada bende sawit tadi..." Senyum Raisha.

"Eh tiber. Dia dengan Luke tu macam mana pulak? Ye..." Usik Aynaa. Raisha terus memukul bahu Aynaa. Aynaa hanya tertawa saat dipukul oleh kawannya itu.

Bilik bawah tanah, Ayden melangkah masuk ke dalam bilik bawah tanah lalu menuju ke arah pelaku tadi.

"Encik Barrymore...Dia ni memang menyusahkan betul." Ayden terus menendang Barry sehingga pingsan. Barry tidak menunjukkan sebarang reaksi selepas ditendang beberapa kali oleh Ayden. Ayden hanya memandang sinis dengan perasaan yang tidak puas hati. "Claude simbah dia." Claude terus menyimbahkan sebaldi air kepada Barry. Tidak lama kemudian, dia terus membuka kelopak matanya dan menyedari kalau dia sudah diikat dan kini berada di bilik bawah tanah.

"T-tuan Ayden? A-apa yang telah berlaku? Mengapa saya-"
"Selamat malam Encik Barrymore. Kau tahu tak betapa susahnya aku nak sedarkan kau?" Tanya Ayden sambil mengilap pistolnya.
"Tu-tuan anda mahu buat apa dengan p-pistol tu...?!" Gigil Barry.

Saat mendengar pertanyaan itu. Ayden terus menghulurkan pistol ke dahi Barry.

"Hei. Aku tak habis cakap lagi. Cuba kau fikir apa yang aku nak buat dengan pistol ni?"
"B-bunuh saya?" Fikir Barry
"Tak sangka kau ni bijak. Sekarang Jawab soalan aku siapa yang suruh kau sebarkan khabar angin ni?" Tanya Ayden
"Fiona Frost!" Jawab Barrymore.
"Fiona Frost... Kau cuba tipu aku ke?"
"Tak! Sumpah Tuan wanita yang bernama Fiona Frost tu yang suruh saya!" Jawab Barrymore lagi.
"Macam tu ya?" Smirk Ayden.

"Y-ya! Jadi saya mohon lepaskan saya! Saya akan jaga rahsia ni! Jadi tolong j-jangan bunuh saya!" Ketar Barry yang bersujud di kaki Ayden.

"Macam mana aku boleh percaya kau? Sebab setiap orang yang tahu identiti aku yang sebenarnya akan mati. Jadi... Selamat...Tinggal." Smirk Ayden sambil menghulurkan pistol itu ke arah Barry.

Bang! Satu das tembakan membuatkan percikan darah mengenai kemeja putih Ayden.

"Baju aku dah kotor balik... Claude siapkan air mandian. Kemudian bakar pakaian ni dan kasut ni. Siapkan pakaian ganti dan kasut baru. Padahal aku baru saja beli kasut ni." Keluh Ayden.
"Tapi Tuan nak kemana sebentar lagi?" Soal Claude.
"Ke rumah isteri aku. Aku tak nak jumpa dia dengan darah macam ni." Jawab Ayden.

Sementara... "Puan Frost saya sudah mengesan kedudukan Barrymore tapi tidak dijumpai."
"Biarkan saja kalau dia mati pun bukan urusanku." Balas Fiona
"Tapi-"
"Kau tak faham ke?"

Jadi sekarang kita perlu cari cara lain...

Contract Marriage: Meine LiebeWhere stories live. Discover now