Bab 32

41 1 0
                                    

17 tahun lalu,

Aku, Ayden Hayes masih lagi berumur 8 tahun. Dari kecil ibu bapa aku selalu sibuk dengan kerja sampai tak ada masa dengan anak-anak. Setiap hari pagi-pagi ibu dengan ayah dah pergi kerja tinggalkan aku dengan abang aku Hadrian di rumah.

Hadrian memiliki keperibadian yang ramah, mesra dan kekanakkan. Berbanding dengan aku yang selalu pendiam dan suka menyendiri. Aku hanya fokuskan dengan pendidikan sementara abang suka bermain dengan pengasuhnya.

Tapi setiap kali aku cuba nak dapat pujian dari ibu, "Ibu...saya baru saja selesaikan baca-"

"Maaf Ayden, lain kali ye? Ibu sibuk..."

Ibu selalu tak dapat dengar apa yang cuba aku ucapkan.

Sebab tu aku memilih untuk menyendiri mahupun Hadrian selalu ajak aku bermain dengannya. "Ayden! Jom kita main? Claude ada bawakan permainan baru untuk kita! Fiona pun ada!"

"Aku tak nak main. Kau pergi je lah Hadrian. Jangan kacau aku membaca."

"Baiklah..."

Tapi sifat menyendiri aku mulai hilang bila dia... "Tuan muda, ada orang yang baru pindah bersebelahan dengan kita. Apa kata Tuan muda cuba bertegur sapa?" Soal Claude.

"Tak payah. Aku tak nak bazir masa aku."

Tiba-tiba, "Hai! Boleh saya masuk? Saya baru saja pindah! Jadi saya cuba nak cari kawan!" Senyum budak perempuan tu.

"Tak ada sesiapa yang dapat berkawan dengan kau. Keluar." Ayden cuba menghalau budak perempuan tu tetapi budak itu tetap mendekati Ayden.

"Saya Lina! Nama awak apa? Awak nampak lebih tua dari saya!"

"Aku Ayden. Umur aku 8 tahun. Dah pergi lain."

Lina selalu tersenyum kepada aku meskipun aku selalu cuba halau dia. Setiap hari Lina datang ke rumah aku dan cuba bermain dengan aku.

"Ayden! Tengok ni! Mama Lina bagi Lina coklat! Ayden nak tak? Lina boleh kongsi kalau Ayden nak!"

"Ni bukan waktu aku untuk makan manisan." Ucap Ayden dengan tegas.

"Mama cakap kalau orang tu cakap tak nak maksudnya nak! Jadi Ayden pun mesti nak kan?"

"Kan aku dah cakap aku-" Secara tiba-tiba Lina menyuap coklat itu kedalam mulut Ayden.

"Kau ni..." Keluh Ayden.

"Sedap kan?" Senyum Lina.

Ayden hanya tersenyum kecil kemudian dia terus kembali kepada riak wajah yang asal.

"Eh? Lina rasa Lina nampak Ayden senyum lah tadi? Ayden senyum tadi kan?"

"Tak aku tak senyum."

"Tapi Lina rasa Ayden senyum tadi..."

Walaupun dia nampak aku tersenyum, anggap saja kalau senyuman ni hanya untuk dia.

Perilaku dia yang menjengkelkan tu buat aku terbiasa. Tentu saja kalau perilaku tu normal di usia kanak-kanak tapi tidak bagi aku. Sehinggalah aku cuba perkara yang tak pernah aku cuba buat.

"Ayden! Tengok! Cantikkan pemandangan dari atas ni?"

"Ya...Kau lah orang pertama yang ajak aku panjat pokok..."

"Eh? Ayden tak pernah panjat pokok ke?"

"Tak. Sebab aku fikir ni terlalu kebudak-budakkan. Tak sangka pulak kalau ni seronok."

Kami ketawa, bersuka ria, bermain sama seperti kanak-kanak yang lain. Aku fikir keseronokkan tu akan terus bertahan tapi...

"Hari ni Lina mesti datang lagi...memandangkan dia suka coklat, aku nak bagi coklat yang berjenama ni untuk dia... Tapi kenapa dia tak datang lagi? Sepatutnya dia dah datang kalau waktu ni....Claude, kau ada nampak Lina?"

"Oh Tuan muda tak tahu lagi ye? Lina dengan keluarganya dah balik ke Amerika tadi."

Hancur, kenapa semua ni menimpa aku? Betul tu. Orang yang macam aku ni tak layak untuk menerima kebahagiaan.

Tapi aku memang...sangat-sangat rindu dengan senyuman dia....mungkin ini hanyalah permainan untuk hidup aku.

Jadi aku berfikir untuk kembali kepada pilihan lama aku. Menyendiri. Semenjak dari hari tu, aku murung dan mula giat belajar dan apabila aku berumur 22 tahun, aku berjaya buka syarikat aku sendiri di Amerika.

Aku menjadi salah satu CEO yang terkenal di Amerika dan aku juga memulakan kerja sebagai ketua kongsi gelap. Sebagai identiti rahsia aku.

Aku juga bertemu dengan Ivy yang baru saja diangkat menjadi peguam. Identiti rahsia aku juga terungkap oleh Ivy tapi Ivy hanya menganggap perkara itu hanya perkara biasa.

Oleh sebab itu, aku dengan Ivy bekerjasama. Ivy akan menggunakan keadilan sementara aku, menggunakan kekerasan.

Ivy selalu bercerita tentang kawan-kawannya. Sehinggalah aku bertemu dengan salah satu dengan rakannya, iaitu Aynaa.

Aku dengan Aynaa hanya sekadar kenalan biasa tapi di sebabkan anak saudara aku dengan dia selalu keluar dengan aku atas disebabkan rawatan, pihak media jadi salah faham. Jadi kami memutuskan untuk membuat perkahwinan kontrak sehinggalah hari ni.

Selepas dapat mengetahui bahawa kami pernah bertemu, Aynaa mula bertingkah kekok. Comel.

Contract Marriage: Meine LiebeWhere stories live. Discover now