Bab 25

28 2 0
                                    

Claude duduk di hadapan Katerine dan memulakan percakapan dengan serius.

"Maaf kalau cara percakapan saya ni seperti melampaui batas tapi Puan tak boleh buat macam ni pada Tuan Ayden. Tuan Ayden saja yang berhak tentukan siapa yang layak jadi isteri dia." Ucap Claude.

"Claude, aku faham yang kau selalu nak Ayden buat keputusan sendiri untuk masa depan dia, tapi perkahwinan ni pun untuk masa depan dia dan keluarga akan dapat raih keuntungan besar daripada syarikat keluarga Fiona. Macam mana dia nak untung kalau kahwin dengan doktor pakar tu je?" Balas Katerine sambil menggertak jarinya ke meja.

"Puan, cuba puan imbas balik dari Tuan Ayden kecil sampai ke besar. Apa yang selalu Tuan Ayden buat? Dari dia waktu kecil, dia selalu utamakan kebahagiaan Puan bukan? Jadi saya harap Puan utamakan kebahagiaan dia daripada keuntungan keluarga. Saya yang bersama dengan dia selama 25 tahun ni pun selalu utamakan kebahagiaan dia. Bukan saja dia, tetapi Tuan Hadrian juga. Seperti sekarang Tuan Hadrian dapat menikah dengan orang yang dia cintai, jadi tolonglah bagi dia kebebasan sama seperti yang abang dia dapat."Claude berkata sambil mengeluarkan telefon bimbitnya.

"Dan juga, saya ada ambil beberapa foto sepanjang Tuan Ayden bersama Cik Aynaa."

Katerine mengambil telefon bimbit itu daripada tangan Claude. Dia melihat satu persatu foto anaknya saat bersama dengan Aynaa. Ianya sebuah perbezaan yang jauh apabila bersama dengan Fiona.

Bila aku cakap nak kahwinkan dia dengan Fiona, reaksi dia terus berubah... dan sekarang aku dapat tahu yang Ayden memang tulus cintakan Aynaa... Tapi aku tak dapat nak memahami isi hati dia. Ibu seperti apakah aku ni? Sepatutnya aku seorang ibu perlu memahami sikap anaknya... mungkin aku patut batalkan perkahwinan ni. Tapi aku tak boleh buat apa-apa sebab keluarga Fiona dah bertekad untuk nikahkan Fiona dengan Ayden... Apa yang perlu aku buat?

"Aku memang nak batalkan permintaan, tapi..."  Katerine menceritakan semuanya kepada Claude dan saat mendengar semua penjelasan itu, dia tersenyum dan bangun daripada sofa.

"Baiklah Puan. Jangan risau, saya akan cuba uruskan masalah tu."

Claude berjalan keluar dan menutup pintu rumah itu. Dan memandu ke sebuah restoran Jerman.

"Lewat 5 minit."

"Maafkan saya Cik Ivy.Puan Hayes dah ceritakan semuanya pada saya. Yang dia tak boleh nak batalkan perkahwinan tu dikeranakan keluarga Cik Fiona ada saham syarikat keluarga Hayes. Dan itu dijadikan sebagai ancaman jika Ayden cuba untuk membatalkan perkahwinan tersebut."

"Macam tu... Pastikan laporan ni sampai pada Ayden." Arah Ivy.

"Baiklah. Tapi apa yang terjadi pada pipi kiri Cik?" Soal Claude.

"Cuma permainan wanita. Tak payah risau. Nanti aku akan suruh Lucas carikan ubat untuk ni."

Khabar Ayden buat masa ni, dia yang sedang memasak sarapan untuk Aynaa tanpa sedar, dia terkena goresan pisau pada jarinya.

"Ouch!" Aynaa terus bergegas pergi ke arah Ayden. Dia menarik jari Ayden yang terkena goresan pisau.

"Biar saya tengok. Awak ni... Lain kali hati-hati la guna pisau..." Aynaa yang fokus memerhatikan luka itu membuatkan Ayden tersenyum nakal. Secara tiba-tiba tangan Aynaa ditarik dan mata mereka berdua saling bertentangan.

"Macam ada seseorang yang risaukan aku je... am i right? Mein Dame?" Wajah Aynaa merona kemerahan. Dia terus menarik tangannya dari genggaman Ayden.

"Sa-saya nak pergi bilik saya kejap." Baru saja Aynaa ingin pergi, Ayden terus mencium tangan Aynaa sambil berkata, "Not yet. Until i finish my cooking for you."

Alahai.

Contract Marriage: Meine LiebeWhere stories live. Discover now