Nasib baik lah... Aku masih lagi dapat jejak kaki dekat hospital ni.... Perkahwinan Ayden tinggal 1 minggu lagi dan kitaorang dah mula perpakat untuk tu... Ayden, aku tak tahu pulak kalau sampai macam tu sekali dia nak batalkan perkahwinan tu demi aku. Tapi lepas perkahwinan tu dibatalkan, apa yang akan berlaku lepas ni?
Fikir aku sambil meregangkan otot dan bersandar pada kerusi kerja aku.
Baru je aku nak mulakan kerja aku, pintu pejabat aku dibuka. Noah memasuki pejabat aku sambil membawa sebuab fail.
"Aynaa, kau busy ke?" Soal Noah sambil datang ke arah Aynaa.
"Tak pun. Cuma nak hantar data ubat kejap." Balas Aynaa.
Aku kembali membuka komputer yang berada dihadapan aku.
"Lepas ni pergi kafeteria nak? Kita lunch sekali?" Ucap Noah. Dia meletakkan fail pada meja aku sambil tersenyum kecil.
"Baiklah. Kejap..." Aku mula mengetik pada papan kekunci komputer sementara Noah duduk dihadapan aku sambil bermain dengan gula-gula yang berada di atas meja itu.
3 minit berlalu dan aku selesai menghantar data yang perlu ditempah untuk farmasi."Ok done."
Selepas mendengar balasan daripada aku, Noah bangun dan melangkah ke pintu keluar dituruti dengan Aku dari belakangnya. Noah baru saja ingin membuka pintu, tapi pintu itu dibuka secara automatik oleh seorang lelaki. Lelaki itu membawa sejambak bunga ros. Rupa-rupanya lelaki itu ialah Ayden. Dia mengenakan suit hitam dan tali leher merah.
Noah menarik aku rapat ke belakangnya.
"Apa yang kau buat dekat sini Dr. Vet?" Soal Ayden yang berada di hadapan Noah. Aku boleh dapat rasakan ada aura negatif dekat sini.
Noah memegang tangan aku dengan erat. Lalu memandang Ayden dengan sinis. "Sepatutnya aku yang tanya kau. Apa yang kau buat dekat sini? Bukan ke kau sepatutnya jumpa dengan tunang kau? Aku rasa kau salah tempat Tuan Ryker." Ucapnya dengan nada yang seakan-akan menusuk Ayden.
Dengan selambanya Ayden membalas, "Aku rasa aku tak salah tempat. Tak silap aku bunga yang ada ditangan aku ni ada tulis, to Aynaa Amelia."
Dia beli bunga untuk aku? Aku melangkah kehadapan dan berdiri di antara mereka berdua.
"Noah, tak apa. Tak salah pun Ayden nak datang sini." Ucap aku yang cuba hilangkan aura negatif ni.
Noah tatap aku dengan tatapan yang yakin, "Aynaa, dia baru je putuskan hubungan dengan kau dan terima perempuan lain. Aku tak nak dia permainkan hati kau macam ni." Dengan yakinnya dia berkata.
"Aku tak pernah cakap yang aku terima perempuan tu. Right Aynaa?"
"Dia cuma cuba permainkan perasaan kau Aynaa." Noah membalas lagi.
Alamak... Aku lupa nak bagitahu yang kitaorang berempat akan batalkan perkahwinan ni... Tapi tentang ni Noah tak boleh tahu. Sebab ini urusan antara aku dan Ayden. Jadi dia tak perlu tahu.
"Daripada kau diperdayakan oleh lelaki macam ni, lebih baik kau anggap aku yang sedang dambakan cinta kau Aynaa. Aku serius ni." Ucapan Noah buat aku terpaku.
Noah, suka aku? Kenapa? Aku tatap wajah Ayden, dengan jelas aku boleh baca riak wajahnya. Dia cemburu.
Noah memegang erat tangan kanan aku. Sementara Ayden juga memegang erat tangan kiri aku.
"She will not choosing you. Because she's mine." Ayden berkata dengan nada yang seolah-olah cuba menangkan aku.
Aku tak tahu macam mana nak kawal keadaan sekarang ni.
YOU ARE READING
Contract Marriage: Meine Liebe
RomanceSeorang lelaki kaya yang mempunyai sebuah rahsia yang tidak boleh diketahui oleh sesiapa pun. Ayden, seorang CEO yang memegang perkerjaan rahsia sebagai kongsi gelap (mafia) bertemu dengan seorang doktor pakar kanak-kanak yang merupakan seorang wan...