Bab 13

29 0 0
                                    

Keesokkan harinya, Aynaa tersedar dari tidur dan mendapati bahawa dirinya sudah berada dibiliknya.

"Hei, bangunlah. Semua ada kat luar tu." Tegur Ayden yang mengenakan apron sambil memegang sudip. Aynaa terus menahan tawanya saat melihat Ayden mengenakan apron.

"Berhenti ketawa dan cepat pergi mandi."

"Ya." Mesti Ayden yang pindahkan aku masa aku nangis sampai tertidur semalam.

Selepas Aynaa selesai mandi dia terus menuju ke dapur dan mendengar bunyi bising yang membuatkannya terus berlari ke dapur.

Dan rupa-rupanya, kawan-kawannya sudah berada di dapur menunggu Ayden dan Luke menyiapkan sarapan.

"Ivy! Bagi aku sos strawberry tu!" Kata Raisha.

"Aku yang nampak dulu. Jadi aku guna dulu la." Balas Ivy.

"Raisha mengalah je la." Kata Domimiq sambil menahan Raisha.

"Haha. Ayden! Cepatlah sikit lapar ni!" Panggil Ivy.

"Kau ni! Duduk diam dan aku akan bagi kau pancake lebih." Balas Ayden. Aynaa hanya tertawa saat melihat gelagat kawan-kawannya sehinggalah Ayden terus membukakan kerusi untuk Aynaa.

"Te-terima kasih. Tuan-"

"Ayden. Panggil aku Ayden mulai daripada hari ni." Balas Ayden.

"Baiklah Tuan eh maksud saya Ayden." Ayden terus tersengih nakal dan berkata, "Bagus."

"Semua! Sarapan dah siap!" Kata Luke sambil membawa pancake. Semua orang terus berkumpul di meja makan.

Ayden terus menghidangkan pancake kepada Aynaa. Baru saja Aynaa ingin menyentuh makanan, Ayden terus menegur Aynaa "Wait! You forgot your napkin." Ayden terus memberikan napkin kepada Aynaa.

"Mana maid, butler?" Soal Aynaa.

"Aku bagi diorang cuti sebulan. Jadi untuk satu bulan ni aku yang uruskan." Jawab Ayden.

Ayden juga berbisik, "Makan la ke kau nak aku suap kau?" Smirk Ayden.

"Eh...!" Wajah Aynaa terus merona kemerahan. Ayden hanya tersenyum nakal kepada Aynaa.

"Ayden! Pancake lagi!" Panggil Ivy.

"Cik... Saya ada di sini. Jangan lupakan saya..." Kata Lucas

"Budak ni... Ya! Aku nak bagi la ni! Now My Lady eat your breakfast now."

Kenapa dengan Ayden hari ni? Dia macam orang lain ke... otak dia tak betul lagi?

"Ivy. Macam mana dengan demam kau?" Tanya Dominiq.

"Dah tak ada. Ni semua sebab kes tu." Jawab Ivy.

"Kes apa? Ivy?" Balas Raisha.

"Ivy dengan Lucas pergi selesaikan kes Baron. Mesti susah sebab kalau Ivy kalah dalam kes tu dia dengan Lucas boleh je dihukum mati sebab tolong Baron. Tapi nasib baik diorang menang." Jawab Luke yang menghidangkan teh untuk Raisha.

"Kenapa dihukum mati? Bukan ke tu kes tuduhan?" Tanya Raphael.

"Hukuman bangsawan dengan rakyat berbeza. Kalau salah, boleh saja satu rumah Baron tu di hukum mati. Tapi di sebab Ivy dengan Lucas menang, semua orang dalam rumah Baron tu selamat." Jawab Ayden.

"Oh ya aku dengar hari ni taman tema buka. Jom kita pergi? Hari kan kita semua cuti." Ajak Dominiq.

"Betul tu. Tapi aku dengar ada festival musim sejuk hari ni." Kata Aynaa.

"Bukankah festival musim sejuk lebih menarik? Macam mana pendapat semua?" Tanya Lucas.

"Kita ke festival!" Balas Ivy.

"Kalau semua nak pergi festival, pergi bersiap cepat." Kata Ayden

"Tunggu kejap korang..."

"Kitaorang bawak pakaian lebihan sebab kitaorang dapat cuti sebulan. Kau jugak Aynaa. Dr. Joseph bagi cuti. Jadi satu bulan ni kita duduk satu rumah." Kata Dominiq.

"Oh... Kalau macam tu mari kita bersiap." Balas Aynaa.

Semua orang terus berlari masuk ke dalam bilik masing-masing dan semasa Aynaa ingin masuk ke biliknya, "Apa ni?!!!"

"Oh aku lupa nak bagitahu kau. Aku nak tumpang bilik air kau sebab semua dah penuh." Kata Ayden sambil mengeringkan rambutnya.

"T-tu... Tutup du-dulu..." Kata Aynaa sambil menunjukkan ke arah perut Ayden.

"Bukan ke bagus aku pakai macam ni? Biarlah nampak abs. Kau tu yang pelik." Balas Ayden.

"Ayden... Bukan ke bilik air awak ada? Kenapa bilik air saya jugak?" Tanya Aynaa sambil menutup matanya.

"Luke guna. Disebabkan aku tak nak tunggu lama aku mandi sini." Jawab Ayden. Ayden terus melangkah menuju ke arah Aynaa.

Tak guna punya Luke...

"Bukalah mata kau aku dah pakai robe. Cepat keringkan rambut aku."

Lelaki ni....!

Contract Marriage: Meine LiebeWhere stories live. Discover now