Bab 28

43 1 0
                                    

Situasi menjadi tidak terkawal. Sehinggalah telefon bimbit Ayden berdering. Ayden mengangkat panggilan dan berpaling kebelakang.

"Kenapa kau tak cakap kau ada dekat sini?"Soal Ivy.

Ayden mengeluh sambil menyelitkan telefonnya kedalam poket. "Habis tu kau nak aku buat laporan dekat kau ke aku pergi mana?"

"Tak lah.... Dah sambung-sambung drama. Aku nak tengok ni." Ucap Ivy sambil mengunyah Pop Corn.

"Betul tu! Nyam! Hei Ivy! Kau beli kat mana Pop Corn ni?" Soal Raisha sambil mengambil Pop Corn itu dari Ivy.

Dominiq melangkah ke arah Aynaa. "Aynaa, jom pergi lunch. Tinggal je Noah dengan Ayden. Biar diorang lunch sama-sama."

"Tak payah. Aku ada meeting." Ayden pergi bagaikan angin yang dingin.

Di kafeteria, semua orang sedang menikmati makanan tengah hari mereka sementara Ivy dan Aynaa duduk di tempat berasingan.

"Aynaa, yang kita plan hari tu... Aku tak boleh buat."

"Kenapa? Bukan ke kita dah ada rakaman tentang keluarga Fiona bualkan?"

"Bukti tu tak kukuh. Semua orang akan fikir kalau tu hanya rakaman buatan. Jadi aku tak dapat cukup maklumat untuk tu. Dan...pada hari perkahwinan tu, aku tak dapat pergi sebab mungkin aku akan sampai lewat sebab ada kes mahkamah nanti."

"Oh...aku faham... Maaf Ivy sebab kalau masalah aku ni susahkan kau..."

"Tak! Aku yang patut minta maaf sebab tak dapat tolong kau. Tapi Aynaa, aku tahu kau boleh atasi ni. Sebab...kau bijak.. Kau tahu apa maksud aku kan?"

Betul tu... Aku akan cuba atasi semua ni...tapi cuma satu persoalan yang berada di fikiran aku... Macam mana?

"Apapun... Terima kasih Ivy..."

"Em..jumpa lagi nanti. Aku pergi dulu." Ivy berangkat pergi meniggalkan Aynaa berseorangan.

Betul cakap Ivy...sekadar rakaman tak akan jadi bukti yang kukuh... Dan sekarang aku tahu apa yang perlu aku buat.

Baru sahaja Aynaa ingin bangun dari tempat duduknya, seseorang menyentuh bahunya dari belakang.

"Aynaa."  Fiona berjalan dan duduk dihadapan Aynaa. Dia menghulur sepucuk surat jemputan.

"Datanglah wedding aku nanti. Pastikan kau sediakan hadiah ye?" sengih Fiona.

Aynaa mengambil surat itu. "Ya... Aku akan sediakan hadiah yang sesuai untuk pengantin baru macam kau ni."

"Terima kasih ye sebab sokong perkahwinan aku. Aku harap...kau tak sakit hati."

"Kenapa aku nak sakit hati pulak? Lagipun Ayden...eh tak, Tuan Ayden bukannya suami saya lagi."

"Betul ni? Nasib baiklah kau tak sakit hati-"

Aynaa bangun dan memandang sinis ke arah Fiona.

"Lebih baik kau simpan je dulu suara kau tu Fiona, sebab aku dah muak dah dengar ocehan kau kali ni."

Betul tu. Kau kena simpan suara kau tu. Sebab tak lama lagi kau akan gunakan suara kau tu untuk lepaskan amarah kau tak lama lagi, Fiona.

Hari perkahwinan tiba, para tetamu di jemput dan dijamu oleh jamuan yang besar. Para ahli keluarga dari kedua pengantin tiba dan duduk di kerusi masing-masing. Majlis dimulakan dan Katerine masih lagi berasa bersalah atas perkahwinan ini. Ayden berdiri di hadapan sambil menunggu mempelai wanita memasuki aula pernikahan.

"Mempelai wanita memasuki Aula!"

Pintu dibuka dan Fiona masuk dengan mengenakan gaun putih berjalan menghampiri Ayden. Ayden hanya menatapnya dengan pandangan yang dingin.

Aynaa...mana dia? Sepatutnya dia berada di kerusi belakang...mungkin dia masih dah benci dengan aku. Sebab Claude dah maklumkan aku yang Ivy tak boleh nak tolong aku kali ni. Semua rancangan dah hancur.

Betul tu...memang patut Aynaa benci aku. Sebab aku tak boleh nak pertahankan hubungan kami...

Akad nikah akan dimulai tapi Katerine sengaja mengangkat tangannya lalu berdiri.

"Hentikan perkahwinan ni!"

Semua orang terkejut setelah mendengar ucapan Katerine tersebut sehinggalah Ayah Fiona bangun dan membantah.

"Siapa kau nak hentikan perkahwinan ni? Lagi pun kalau perkahwinan ni berlangsung, keluarga Hayes akan dapat keuntungan besar dari keluarga kami!"

"Keuntungan besar apa yang kau nak ungkapkan?! Kau dah ambik saham syarikat keluarga aku sebagai tameng pernikahan ni!" Katerine membalas ucapan Ayah Fiona.

"Mana bukti kau?!"

Secara tiba-tiba pengawal membuat pengumuman ketibaan dan pintu aula dibuka. Para tetamu melihat seorang wanita memasuki aula itu.

"Mengumumkan, Ketibaan Cik Aynaa Hayes memasuki Aula!"

"Encik Frost nak bukti kan? Jadi akan saya tunjuk buktinya." Ucap Aynaa sambil menuju ke arah Ayden dan Fiona.

Contract Marriage: Meine LiebeWhere stories live. Discover now