Bab 30

60 2 0
                                    

Selepas daripada hari kejadian tu, aku dan Ayden membuat kontrak yang baru.

"Aku, Ayden Ryker Hayes akan menjalankan hubungan baru dengan Pihak B, iaitu Aynaa Catalina Dheo. Tiada peraturan untuk kontrak kali cuma satu saja, kontrak ni tak akan habis sehingga kita sudah saling mengenali satu sama lain."

"Saya, Aynaa akan menyetujui akan syarat kontrak ini dan akan cuba mengenali Pihak A, iaitu Ayden."

Kami menandatangani kontrak itu dan menjadi pasangan kontrak semula.

"Aynaa, kau tak ada passport kan?" Soal Ayden.

"Eh! Saya ada lah. Sebab saya dengan yang lain selalu pergi ke luar negara disebabkan urursan yang dipanggil pesakit dari negara luar. Tapi kenapa tiba-tiba tanya pasal passport?" Jawab Aynaa.

"Sebab Ibu dengan Ayah suruh aku bawak kau balik Jerman. Kau pernah pergi sana?"

"Seingat saya...waktu saya masih lagi kecil. Saya masih lagi berumur 6 tahun waktu tu. Saya ikut ayah saya atas urusan kerja. Jadi... Ayden nak bawak saya pergi Jerman?"

Ayden mengangguk pertanyaan Aynaa.

"Jadi-"

"Dah berhenti tanya. Masuk dalam kereta. Dah lewat ni nak pergi airport."

"E-eh! Hari ni ke?!"

"Don't waste my time Mein Liebe." Ayden terus menarik Aynaa masuk ke dalam kereta.

Selepas menempuhi perjalanan jauh dari menaiki kereta sehingga ke pesawat, akhirnya mereka berdua tiba di Negara Jerman.

Kami pergi ke bandar Moers sebuah bandar utama dan terbesar di Jerman. Di bandar itu jugalah tempat tinggal keluarga Ayden.

Aku tiba di sebuah rumah agam besar yang dihiasi dengan lampu-lampu kecil di sepanjang jalan menuju ke pintu rumah.

Tapi melihat permandangan rumah itu membuatkan aku teringat sebuah memori yang aku lupakan. Memori itu sangat kabur dan susah untuk ingat semula.

"Welcome to our house My dear. And welcome to Germany." Ucap Katerine.

Ayden memegang bahuku dengan lembut dan kami masuk ke dalam rumah tersebut.

Semua pekerja di dalam rumah agam ni semuanya bercakap dalam bahasa german.

Amboi loghatnya... Kalau aku bercakap mesti berbelit lidah. Ini tak masuk bahasa perancis lagi... Macam mana la Domi hadap Si Raph tu yang berasal daripada negara Perancis tu...

Tapi sesetengah pelayan ada yang faham dengan bahasa aku. Jadi aku bersyukur setidaknya aku tak payah la nak guna kamus dewan lepas ni. Tapi selapas kitaorang dah buat kontrak baru, ada satu je aku nak marah dekat Ayden.

"Aynaa, kenapa kau marah aku? Aku tak bagi duit ke?"

"Tak.. Tak ada apa-apa."

Aynaa bangun daripada tempat duduk dan pergi meninggalkan Ayden. Ayden rasa seperti diketepikan.

"Dia merajuk... Apa pun lebih baik aku pergi ke laman belakang..." Ayden pergi ke halaman belakang dan menatap ke sebuah pagar yang menghalang laman rumahnya dengan rumah lama yang berada di sebelah rumahnya.

"Ke mana budak perempuan tu pergi ye? Dah 17 tahun kami tak berjumpa...mesti dia dah besar... Lagi pun...budak perempuan tu...ada wajah yang sama dengan Aynaa...but Aynaa will always be my choosen..."

17 tahun yang lalu...aku masih lagi berumur 8 tahun. Waktu tu aku masih lagi seorang budak lelaki yang pendiam dan hanya fokus untuk membaca buku yang tidak seharusnya budak seumurku baca. Aku membaca buku alkimia, matematik dan buku yang berdasarkan bahasa inggeris yang sepatut pelajar universiti baca.

Tapi sehinggalah suatu hari, ada seorang budak perempuan yang baru pindah ke sini. Dia mengetuk pagar halaman rumah aku lalu membukanya.

"Boleh saya masuk? Saya baru saja pindah dari sini! Jadi saya cuba nak cari kawan!" Senyum budak perempuan tu.

"Tak ada sesiapa yang dapat berkawan dengan kau. Keluar." Ayden cuba menghalau budak perempuan tu tetapi budak itu tetap mendekati Ayden.

"Saya Lina! Nama awak apa? Awak nampak lebih tua dari saya!"

"Aku Ayden. Umur aku 8 tahun. Dah pergi lain."

Tapi ucapan tu langsung tak berkesan kepada Lina. Setiap hari dia selalu pergi ke rumah Ayden dan bercakap denganya.

Ayden hanya melayan karenahnya.

"Ayden, kenapa awak baca buku ni? Buku ni menarik ke?" Lina terus mengambil buku daripada tangan Ayden.

"Penyelesaian algebra....Peningnya! Macam mana awak boleh baca buku macam ni? Saya sekarang ni pun baru belajar tolak dan darab!"

"Sebab aku cepat belajar. Bak sini buku tu."

Lina memberikan buku itu semula kepada Ayden dan Ayden mula menyambung bacaannya.

Dan begitulah cara Ayden berjumpa dengan budak perempuan tu. Lina hanya pindah selama sebulan dan kembali ke America semula.

Ayden yang sekarang masih lagi menatap halaman belakang rumahnya itu sehinggalah Aynaa datang menghampirinya dengan wajah yang marah.

"Aynaa, kenapa kau macam nak marah aku je sejak kita sambung kontrak? Baju tak cukup ke? Ke nak kereta? Ataupun heels tak cukup?"

"Enough!"

"Why you so mad at me my schatz?"

Aynaa terus menunjukkan jarinya yang dipenuhi cincin.

"Orang bagi cincin satu je! Tapi ni kenapa 10?!"

"Ye la. 10 cincin untuk 10 jari. Ni pun baru terfikir nak beli untuk jari kaki."

Katerine terus menyelit perbicaraan mereka. "Ni namanya suami terlalu mithali."

Contract Marriage: Meine LiebeWhere stories live. Discover now