Bab 20

58 1 0
                                    

Semua orang melihat ke arah Ayden yang menyerbu masuk ke dalam rumah secara mengejut.

"Berhenti membantah Ayden. Ibu tengah bercakap dengan Aynaa kan? Aynaa, bukan ke kamu nak sangat kontrak ni tamat? Lagipun kami nak Fiona kahwin dengan Ayden ni pun demi masa depan dia... Jadi aku harap kau faham..."

Aku memang nak kontrak ni tamat, tapi... Kenapa aku segan nak tinggalkan Ayden? Tapi, kalau aku terus je ada dengan Ayden, masa depan dia tak akan cerah melainkan fiona... Aku cuma doktor yang berasal daripada keluarga berbinis biasa melainkan keluarga Fiona yang setara dengan Ayden... Mungkin aku patut dengan cakap ibu Ayden...

"Saya... akan pergi selepas kontrak ni tamat..." Kataku sambil bernada tipis.

"What?No, i can't be." Ayden terus saja membantah tetapi Ibu Ayden tersenyum sinis saat mendengar jawapan daripada Aynaa.

"Kamu tak boleh buat apa-apa Ayden, Aynaa dah buat keputusan dia. Jadi malam nanti fiona akan sampai sini dan mula tinggal di sini."

Malam menjelang, bunyi loceng yang ditekan dari luar terus pelayan berlari membukakan pintu.Tapak kaki yang melangkah masuk. Seorang wanita yang berambut pendek separas bahu masuk sambil tersenyum ke arah Katerine.

Aynaa hanya terdiam melihat Fiona tersenyum ke arah Katerine lalu menyapanya.

"Auntie! Macam mana? Sihat?" Soal Fiona.

"Mestilah." Senyum Katerine

Aku hanya menonton permandangan indah itu dari koridor atas. Aku pergi ke bilik untuk menghubungi Noah tapi, Ayden masuk ke dalam bilik aku dan bertanya dalam nada yang dingin.

"Jadi... Kau tetap pilih untuk pergi?"

"Ya. Saya tak boleh bantah keputusan Ibu awak dan seperti yang dikatakan dalam kontrak, saya akan pergi selepas kontrak tu tamat dan kita akan diisytiharkan cerai." Kata Aynaa dengan nada yang berat.

Ayden keluar dan menutup pintu dengan kuat. Aynaa yang dapat tahu maksud dari bunyi kuat yang Ayden lakukan. Dia... tak nak aku pergi...

Hari terakhir tiba, Aynaa sudah selesai mengemas barangnya dan bersedia untuk pergi.

Tapi seperti ada sesuatu kepingan yang hilang, tapi aku tak tahu kepingan apa yang sebenarnya... Hari ni, ialah hari di mana aku akan kembali menjadi Aynaa Dheo dan bukannya Aynaa Hayes lagi... Aku akan hidup macam biasa, tinggal dengan Raisha, kerja macam biasa, jalan-jalan dengan kawan-kawan dan... Tak ada... Ayden.

Aynaa berjalan keluar daripada rumah itu sambil menitiskan air mata. Ayden hanya memerhatikan Aynaa dari tingkap biliknya.

"Mein Liebe..." Kata Ayden dengan lembut.

Fiona melangkah masuk ke dalam bilik Ayden.

"Ayden~ jom lunch." Kata Fiona sambil menyentuh bahu Ayden.

"Do not touching me." Kata Ayden sambil memandang Fiona dengan tatapan yang tajam. Fiona terus menggigit bibirnya lalu berkata.

"Kenapa? Sebab Aynaa je boleh?! Ayden, Aynaa bukan lagi isteri awak! And I, gonna married you!" Tengking Fiona.

"Jangan pernah pun sebut nama Aynaa dengan mulut kotor kau tu."

"What's wrong? I'm better than her! I have highest status than her! I'm more perfectly than her! I'm gonna be a perfect wife than her!" Tengking Fiona lagi.

"Kau tak akan pernah dapat duduk di sebelah aku kecuali Aynaa. Aynaa lebih bagus daripada kau. Dia ada personaliti yang bagus dari kau. Dia tahu cara nak hormat suami dan bukannya macam kau! Belum kahwin lagi dah tengking aku, cakap semua yang tak baik tentang Aynaa!" Ayden menengking Fiona dan Ayden keluar daripada biliknya.

"Mana ibu?!" Soal Ayden kepada salah seorang pelayan yang sedang mengelap cermin.

"Puan cakap nak pergi keluar sekejap. Mungkin petang nanti baru balik"

Ayden keluar daripada rumah, dan masuk ke dalam keretanya dan memandu ke rumah Ivy.

Ayden menyerbu masuk ke dalam rumah Ivy. "Ivy! Mana Aynaa?!"

"Kenapa? Aynaa bukan ke dia ada kat rumah kau?" Soal Ivy.

"Damn it!"

"Apa yang jadi ni? Korang bergaduh ke?"

Ayden terus menceritakan semuanya kepada Ivy. Ivy ternganga saat mendengar cerita itu.

"Jadi kau kena kahwin dengan Fiona?!" Ivy terus bangun daripada tempat duduknya.

"Apa yang kau nak buat ni?" Soal Ayden.

"Bawak Fiona masuk mahkamah. Tak lah mengarut! Aku tahu Aynaa pergi mana!"

"Rumah yang dia tinggal dengan Raisha?"

"Exactly!"

Contract Marriage: Meine LiebeWhere stories live. Discover now