Dua minggu kemudian aku balik ke Amerika sementara Ayden masih lagi berada di jerman. Aku membawa bagasi aku keluar dari lapangan terbang.
Baru saja melangkah dari pintu masuk airport, Noah sudah berada di luar menunggu aku di kereta McLaren Elva nya yang seharga 1.7 million dollar. Sumpah kereta ni boleh bayar sewa rumah untuk 10 tahun aku dengan Raisha.
Aku berjalan ke arah Noah. "Terima kasih sebab sudi jemput aku Noah." Sengih aku. Sah aku ni memang tak tahu malu lepas tak bagi jawapan dekat dia hari tu.
"Sama-sama. Lagi pun kau masih lagi tak beri jawapan tentang perasaan aku pada kau. But...it's alright. I will waiting until you get the answer." Senyum Noah. Noah menolong aku memasukkan bagasi ke dalam kereta.
Baru saja aku ingin bukakan pintu untuk diri sendiri dia berlari ke arah aku untuk membukakan pintu untuk aku.
"Sebelum jawapan tu tiba, aku masih lagi ada peluang untuk curi hati kau." Ucap Noah sambil membukakan pintu.
"Err...terima kasih?" Kekok pulak rasanya.
"Get in, Miss Emerald." Ucap Noah dengan gentleman-nya.
"Kenapa panggil aku Miss Emerald pulak?"
"Ye la. Mata kau kan warna emerald?"
Hm...ye tak ye jugak. Tanpa ragu-ragu aku pun masuk ke dalam keretanya. Cantik jugak kereta Noah ni...konsep mewahnya memang sama dengan Lamborgini Sian kepunyaan Ayden.
Noah duduk di tempat pemandu dan dia menghulurkan sebatang coklat untuk aku.
"Tahu-tahu je. Thanks." Aku mengambil coklat bar itu lalu makan sambil menikmati pemandangan sepanjang perjalanan.
Sepanjang perjalanan, Noah tak tanya sebarang soalan pada aku. Macam...best ke jumpa mak ayah Ayden..atau macam mana dengan Ayden... Tak ada pulak dia tanya. Tapi yang penting aku dapat coklat kesukaan aku sekarang ni.
"Dah makan?" Soal Noah.
"Belum..."
Aku duduk di meja makan berhapan dengan Noah sambil melihat menu yang terpapar di buku.
Selepas memesan makanan, aku dan Noah hanya melakukan kegiatan masing-masing. Aku menghantar mesej kepada doktor Joseph yang aku akan masuk kerja esok. Maklumlah dah dua minggu lebih pergi bercuti."Noah, aku nak pergi toilet kejap." Ucap aku sambil bangun membawa handbag aku.
Apabila sampai ke tandas, aku bertemu dengan seorang wanita berambut pendek yang mengenakan pakaian mahal. Dia memiliki rambut hitam yang pekat. Tapi kalau dilihat dengan jelas, struktur wajahnya hampir sama dengan Fiona.
Tapi mustahil kalau tu Fiona sebab Fiona dah tak dibenarkan masuk negara ni lagi. Disebabkan dia memakai kaca mata hitam, aku tak dapat memastikan identiti wanita tu.
"Oh? Hello there beautiful lady. Is there any problem you staring at me like that?"
"No...nothing. You just remind me to someone. Sorry." Mustahil...nama dia sama dengan Fiona....
"Wait...do i know you Miss?" Ucap ku sambil menghampiri wanita itu. Wanita itu perlahan-lahan mengundurkan langkahnya.
"What? I-i didn't understand what do you mean actually..." Ucapnya sambil berundur selangkah demi langkah.
Aku berjalan menghampirinya. Semakin dekat dan aku mengambil kaca mata hitam darinya dan terpapar wajah yang sangat mirip dengan Fiona.
"Are you crazy or something?!" Sah! Suara dia memang sama dengan Fiona. Tanpa ragu aku bertanya.
"Apa yang kau buat dekat sini Fiona?" Soal aku.
"K-kejap..macam mana kau boleh kenal aku? Aku dah tukar rambut perang aku...? Tapi macam mana kau masih lagi kenal aku?"
"Aku kenal dari segi suara dengan cara percakapan kau Fiona. Jawab persoalan aku. Macam mana kau boleh ada dekat sini?"
YOU ARE READING
Contract Marriage: Meine Liebe
RomanceSeorang lelaki kaya yang mempunyai sebuah rahsia yang tidak boleh diketahui oleh sesiapa pun. Ayden, seorang CEO yang memegang perkerjaan rahsia sebagai kongsi gelap (mafia) bertemu dengan seorang doktor pakar kanak-kanak yang merupakan seorang wan...