Bab 36

54 2 0
                                    

Aynaa perlahan-lahan membuka matanya dan menyedari bahawa dia sudah berada di rumah dan Ayden sudah berada di sampingnya sepanjang dia pengsan.

"You're awake Mein Liebe. Kau ada sakit mana-mana tak?" Soal Ayden.

Ayden bangun dari tempat duduk dan berjalan ke arah katil Aynaa.

"Tak....tapi Ayden, awak ada sesuatu yang nak beritahu saya?"

"Tak. Aku nak bagitahu kau ape?"

"Orang yang culik saya tu...dia cakap ada sesuatu yang awak rahsiakan...betul?"

Ayden terdiam. "Tak ada rahsia. Bedebah tu cakap kosong je." Jawab ayden dengan ringkas.

"T-tapi penculik macam serius je masa dia cakap macam tu! Kalau awak ada rahsia, awak boleh je terus terang! Saya akan terima awak!" Ucap Aynaa dengan suara yang lantang. Tetapi Ayden membentak meja yang berada di samping katil Aynaa dengan kuat.

"How should i tell you that there's no secret! The man only telling you a lies Mein Liebe! Stop asking me that question." Suara kasar Ayden membuatkan Aynaa tersentak.

"I-i'm sorry...i don't mean to say like that to you Aynaa...." Ayden keluar dari bilik Aynaa dan meninggalkan Aynaa sendirian.

Ayden cuba mengelak dari soalan tu jadi memang betul ada sesuatu yang dia rahsiakan.

'Tut'

Satu mesej dihantar dari nombor yang tidak dikenali.

"Met me at Your's Crown Cafe. This evening. - Fiona"

Kenapa Fiona nak jumpa dengan aku? Semuanya mula berjalan seolah-olah semua rahsia mula terungkap.

Aku pergi ke Your's Crown Cafe dan berjumpa dengan Fiona yang sedang menunggu aku. Penampilan dia yang sekarang memang berbeza dengan dulu.

Aku duduk dihadapan dia dan dia mula membuka perbualan.

"Ada sesuatu yang kau perlu kau tahu tentang Ayden Ryker Hayes. Sesuatu yang tak pernah dia beritahu kau atau sesiapa pun termasuk aku. Aku dapat tahu semua ni pun selepas aku hantar seseorang untuk jadi perisik dan mati di tangan Ayden." Ucapan Fiona seolah-olah perkara yang sangat penting. Aynaa memasang telinganya dengan jelas.

"Apa yang kau maksudkan?"

Apa yang dia maksudkan orang dia hantar tu mati? Tak mungkin Ayden tu pembunuh...

"Ayden, ialah kongsi gelap (mafia)." Jawap Fiona

"Kongsi...gelap? Mustahil...."

"Kau ingat kan semasa kau dengan Ayden kena tuduh ada hubungan istimewa tu kan? Aku yang sebarkan. Sebab pada waktu tu aku fikir Ayden akan hapuskan kau seperti yang aku fikir tapi aku salah. Malahan kau dah jadi orang terpenting bagi dia. Dan wartawan yang aku hantar tu ditangkap, dan rakaman suara yang aku letak pada wartawan tu dah jelas yang mengatakan Ayden tu ialah kongsi gelap. Semua kes-kes yang kau dengar selama ni berkaitan dengan Ayden."

Mustahil....Ayden tak akan buat hal macam tu...tapi orang yang culik aku semalam tu pun tak kan la dia bunuh jugak?

Jadi selama ni orang yang aku cintai tu pembunuh? Tak....tak boleh....aku kena lari dari dia....dia tu seorang mafia...walau sayang pun aku tetap boleh mati....

"Selain daripada Claude, ada seorang lagi yang tahu kisah silam dia. Tapi aku tak tahu siapa. Aku bagitahu kau semua ni pun supaya kau tahu Ayden tu siapa."

Betul tu...kalau kau tahu diri Ayden yang sebenar, kau akan takut dan lari dari Ayden. Dan waktu tu, ialah peluang keemasan aku.

"A-aku.....pergi dulu." Aynaa bangun dan pergi dari kafe itu dan mula berfikir...siapa seorang lagi yang dekat dengan Ayden?

Kalau aku tahu siapa orang tu mungkin aku dapat pastikan sama ada perkara yang Fiona katakan tu benar atau palsu...

'Kau urus la. Pihak mahkamah tak akan ambil tindakan kalau kes yang macam ni.' - Ivy

Betul tu....Ivy! Dia selalu tak ambil kisah kalau ada kes yang berkait rapat dengan Ayden. Tapi tak akan la dia...dia kan peguam?

'Selain daripada Claude, ada seorang lagi yang tahu kisah silam dia.' - Fiona

Betul tu...selain daripada Claude orang yang paling rapat dengan Ayden ialah Ivy!

Contract Marriage: Meine LiebeWhere stories live. Discover now