Bab 2

203 2 0
                                    

"Aku akan benarkan kau jadi doktor pakar Ian lagi'' - Ayden

"Hah! Macam lah aku berharap sangat! Memang tak lah... Tapi patutlah pernah dengar nama tu rupanya, lelaki tu ialah CEO Syarikat terkenal tu. Boleh dikenali sebagai Syarikat Teknologi H." Aynaa terus membuang surat itu lalu duduk di atas sofa sambil berharap kalau esok harinya akan kembali normal. Tapi,

Keesokan harinya,
"Bunga lagi!"

Esoknya lagi,
"Bunga lagi!"

Esoknya lagi dan lagi,

"Dia tu memang keras kepala ya?" Tidak lama selepas itu telefon Aynaa terus berdering. Sebuah nombor yang tidak dikenali sedang menghubungi Aynaa. Tanpa ragu Aynaa terus menjawab panggilan itu.

"Hello? Siapa ni?" Soal Aynaa
"Hei Doktor buka pintu bilik kau sekarang."

Ayden? Mustahil dia ada di sini...

"Tuan Ayden apa yang anda inginkan?!" Aynaa terus membuka pintunya dan ternyata Ayden dan Ian sudah berada di hadapan pintunya sejak tadi. Ayden terus menatap wajah Aynaa sambil mendekatkan wajahnya kepada Aynaa.

"Kau." Jawab Ayden.
"Tuan Ayden, saya tak akan ubah fikiran saya. Bagaimana kalau muncul khabar angin tentang kita? Ye la... Cuba Tuan fikir Ian kan selalu bersama anda jadi pasti saya juga perlu berada bersamanya untuk melihat perkembangannya." Kata Aynaa.
"Hem... Maybe I will protecting you? Dan aku akan ubah keputusan kau untuk terima tawaran ni."
"N-nanti saya fikirkan..." Balas Aynaa.
"Kalau begitu sekarang periksa Ian."

Aynaa terus memandang kearah Ian yang sudah memeluknya dari tadi. Pemeriksaan dimulai dan Aynaa mula memeriksa Ian dari cara percakapannya pada Ayden.

"Kakak." Tegur Ian.
"Ya Ian ada apa?" Tanya Aynaa.
"Kenapa bawah mata kakak kelihatan berkedut?" Soal Ian.
"Kakak cuma perlu buat penelitian jadi kakak tak sempat berehat. Tapi tak apa sebab penelitiannya dah hampir selesai." Jawab Aynaa.

"Kau ni... Kau cuma tahu cara merawat orang lain saja tapi tak tahu cara merawat diri sendiri. Dah la berhenti memeriksa."
"Apa maksud anda. Tuan. Eh?!" Ayden terus membaringkan Aynaa ke atas sofa.
"Tidur. Biar aku yang selesaikan penelitian kau. Aku tak nak anak saudara aku ada doktor pakar yang sakit. Kata Ayden sambil menyelimuti Aynaa dengan kotnya.

"Y-ya..." Aynaa terus menutup matanya. Ayden pula terus melakukan penelitian Aynaa. 30 minit berlalu dan Aynaa tersedar dari tidurnya dan Ayden terus mengajak Aynaa untuk keluar bersama.

"Cepat sedikit aku tak nak tunggu lama." Kata Ayden
"Tapi kita nak ke mana?" Soal Aynaa
"Pusat beli belah. Beli baju untuk Ian. Biar dia sendiri cari pakaian kat sana. Biar dia tahu cara untuk bercakap dengan orang asing." Balas Ayden.

Di pusat beli belah,

"Ian pergi lah cakap pada pelayan tu pakaian mana yang kau nak." Bisik Ayden.

"Selamat datang ke butik Theo's. Tuan dan Puan kelihatan pasangan yang sangat sesuai. Butik kami mempunyai pakaian untuk set pasangan Encik dan Puan ingin mencubanya?"
"Tak kami bukan-" Ayat Aynaa terus dipotong oleh Ayden.
"Kalau macam tu bawakan set tu untuk kami." Balas Ayden.

'Tak! Kami bukannya pasangan lah! Ayden ni kan aku tarik jugak telinga dia ni!" Marah Aynaa dalam hati.

Aynaa terus menukar pakaiannya. Selepas selesai, Aynaa terus membuka tirai dan Ayden sudah berada di hadapan bilik persalinan sambil menghulurkan tangannya ke arah Aynaa.
"Jom." Ajak Ayden
"Pergi mana? Bukan ke kita ke sini untuk pilih pakaian Ian?" Soal Aynaa.
"Tapi aku tak pernah cakap pun kalau hanya Ian kan? Cepat jom pergi sekarang. Bayaran pakaian tu aku dah urus jangan risau." Ayden terus menarik tangan Aynaa diikuti Ian yang memegang tangan Aynaa.

"Tapi Tuan Ayden, hari ini saya juga ada majlis. Hari ni hari kepulangan Dr. Joseph." Kata Aynaa.
"Majlis tulah yang akan kita pergi. Dr. Joseph itu datukku." Balas Ayden.

Eh....

Contract Marriage: Meine LiebeWhere stories live. Discover now