UJUR, tidur Annesa tidak lena, wanita itu diganggu oleh buah fikiran. Apatah lagi kerana Raissa mengkhabarkan tentang gambar tersebut. Semalaman dia menangis dan meratap nasib sendiri. Mengapa begini jadinya?
Pada awal pukul lapan pagi dia sudah bersiap segalanya, dengan bertudung di kepala. Lalu terus keluar dari bilik untuk mencari jawapan. Setelah dia memanggil lelaki itu keluar, dia pergi ke bilik Jasmine pula untuk menyuruh wanita itu turut sama.
"Jasmine! Ikut saya sekejap!" Annesa mula muncul di dalam bilik mengejutkan Jasmine yang sedang bersolek.
"Kenapa?" soal Jasmine yang sedang memakai gincu itu pelik. Kasau nau memanggil, apa kes?
"Sini jela." pinta Annesa menahan suaranya.
Jasmine memandang Nuha pelik. Macam maghoh je budak ni, dah kenapa?
"Dia dah tahu." bisik Nuha sambil memicit dahi sendiri.
Jasmin terdiam, matanya bulat. Ini tidak lain tidak bukan, pasti ada kena mengena dengan soalan bodoh Zamir semalam. Ataupun...., gambar photoshoot tu? Shit!
Harraz memberikan pandangan yang bimbang pada Jasmine ketika mereka berdua bertembung. Sementara Jasmine pula sudah membuat riak wajah 'kan aku dah kata?' kepada lelaki itu.
Tiga individu itu berkumpul di beranda tengah, di tingkat atas. Harraz sudah tertunduk, Jasmine dengan riak wajah yang tenang selamba, Annesa pula merah menahan marah.
"Apa semua ni awak?" Annesa menyua gambar di dalam telefonnya. Harraz bersama Jasmine dalam busana perkahwinan bersama.
Harraz panik, matanya bulat memandang gambar itu. Argh! Hadap lah kau Harraz!
Jasmine menghela nafas berat, mengangguk kecil. Hadap jela.
"Jasmine! You're such a bitch! Desperate! Takde lelaki lain ke dalam dunia ni?" Annesa menghamburkan marahnya. Dia betul-betul cemburu dengan apa yang dia nampak. Seolah Harraz benar-benar mahukan Jasmine dan bukan dia.
Jasmine menjuih bibir. Dia panggil aku bij?
"Nessa.... Apa ni?" soal Harraz tidak senang dengan ayat Annesa. Salah aku, bukan salah Jasmine.
"Awak diam! Awak dah curang dengan saya!" Annesa menuding jari kepada Harraz.
"Kau settle lah Harraz, aku tak nak tahu apa-apa." Jasmine mencebik malas.
Edzril Shah menjengah dari beranda untuk melihat kekecohan yang berlaku. Dia baru sahaja habis mandi dan menyarung seluar jeans, tidak sangka pula telinganya dapat menangkap pergolakan itu.
"Ooo awak diam-diam je eh curang belakang saya dengan ex-crush awak? Saya tahulah awak suka Jasmine!" Annesa marah Harraz.
Jasmine tercengang sekejap. The hell? Aduh, darjah berapa sia, gaduh macam ni?
"Apa ni Nessa? Bila masa saya curang? Saya dah lama tak suka dia!" Harraz berkerut memandang teman wanitanya.
"Kau pernah suka aku?" soal Jasmine terlopong. 'Dah lama tak suka dia?' maksudnya betul lah Harraz pernah suka aku? What?
Harraz terdiam mendengar soalan Jasmine, dia meraup wajahnya. Aduh, makin naik hantu lah si Annesa ni.
"Tipu lah awak, curang mana mengaku kan? Saya tahulah Jasmine ni cantik, senang je awak lupakan saya dan pergi kat dia. Saya dah perasan dah. Sejak Jasmine datang kat rumah awak malam kenduri tu, saya nampak mata awak asyik pandang dia. Apa ni Harraz?" Annesa menggeleng kepala kecewa, hatinya betul-betul hancur.
ANDA SEDANG MEMBACA
STARBOY : Levent Neslisah
RomanceEDZRIL SHAH - Seorang guru sekolah, serba biasa. Di sebalik raut wajah dan kerjaya sucinya, ada sisi yang dia gelapkan. Lelaki yang dihantui oleh masa lalu. Disebabkan kesilapan sendiri, tunangnya Sakinah menjadi mangsa dan mati dengan cara yang tra...
